Pengurusan Kanak-Kanak Di Intitusi Penjara
Isnin, 13 Disember 2004 00:12 | Admin

Artikel ini dipetik dari buku
"Pengurusan Kanak-Kanak Di Institusi Penjara"
yang ditelah diterbitkan oleh pihak pengurusan
Penjara Wanita Kajang pada tahun 2004.


 

Pengenalan

Permulaan sesebuah kehidupan bermula dari peringkat kanak-kanak. Adalah penting memastikan setiap kanak-kanak memperolehi apa yang diperlukan sejajar dengan peringkat perkembangannya. Dalam aspek perkembangan kanak-kanak, ibu merupakan individu yang memainkan peranan penting dari peringkat awal lagi.

Penjelasan ini menunjukkan betapa pentingnya bagi setiap individu yang baru dilahirkan diberi peluang untuk bersama-sama ibunya. Kepentingan ini adalah juga selaras dengan amalan yang dilakukan di Jabatan Penjara berasakan kepada Peraturan 13(1), Peraturan Penjara 2000 yang menggariskan :

?Seseorang kanak-kanak di bawah umur 3 tahun boleh diterima
masuk bersama-sama dengan ibunya oleh Ketua Pengarah."

Kategori Kanak-Kanak Dalam Penjara

a) Bayi/Kanak-kanak yang dilahirkan dalam penjara
Golongan ini terdiri dari kanak-kanak yang lahir semasa ibunya
sedang menjalani hukuman penjara atau masih di dalam
tempoh perbicaraan (banduan reman). Bagi banduanita yang
melahirkan anak dalam penjara, mereka boleh memilih untuk
menjaganya sendiri atau menyerahkan kepada waris.

b) Bayi/Kanak-kanak yang dibawa dari luar
Terdapat juga banduanita yang membawa bersama-sama anak
mereka ke dalam penjara. Sama ada atas rasa tanggungjawab
atau tiada sesiapa yang akan menguruskan anak-anak mereka
di luar sementara mereka menjalani hukuman dalam penjara.
Jelasnya banduanita ini akan menjalani hukuman bersama-
sama dengan anak/bayi mereka sehingga dbebaskan.

Keperluan Asas Kanak-Kanak

Perkara asas yang harus diberikan kepada bayi sesudah dilahirkan ialah memberi makanan, penjagaan kesihatan dan kasih sayang agar pertumbuhan dan perkembangannya berjalan dengan baik. Berdasarkan kepada Peraturan Penjara 200, Institusi Penjara yang terlibat perlu menyediakan keperluan asas kanak-kanak selaras dengan Peraturan 13(2) peraturan yang sama yang menggariskan :-

?Mana-mana kanak-kanak yang diterima masuk bersama
dengan ibunya dibawah peraturan ini boleh diperuntukkan
dengan keperluan asas bagi saraan dan jagaan kanak-kanak
itu oleh Ketua Pengarah"

a) Pemakanan
Institusi Penjara memainkan peranan penting dengan memberi
galakan kepada banduanita yang mempunyai anak supaya
menyusuinya sendiri. Bagi memastikan setiap ibu dapat
menjalankan tanggunjawab penyusuan ini dengan sempurna,
institusi penjara menyediakan pemakan yang baik bagi
banduanita yang menyusukan anaknya. Bagi banduanita yang
tidak mempunyai pengalaman dalam penyusuan bayi, staf
klinik penjara akan memberi tunjuk ajar berhubung cara-cara
penyusuan yang betul sekembalinya dari hospital (bersalin).

Bagi bayi yang berumur lebih dari 6 bulan, bayi dibekalkan
dengan makanan tambahan seperti sayuran rebus yang
ditambah kepada bubur bayi sekurang-kurangnya sekali
sehari. Makan tambahan ini dipelbagaikan mengikut keperluan
harian.

b) Penjagaan Kesihatan
Institusi penjara bertanggungjawab memastikan anak-anak
yang tinggal bersama ibu di dalam penjara mendapat
rawatan imunisasi mengikut jadual yang ditetapkan. Selain
daripada itu, banduanita-banduanita yang mempunyai anak
juga diberi pendidikan kesihatan tentang cara dan bagaimana
menjaga anak mereka terutamanya dari aspek kebersihan bagi
mengelakkan sebarang ancaman penyakit berjangkit.

c) Keperluan-Keperluan Lain
Bayi/Kanak-kanak dibekalkan dengan pakaian yang
bersesuaian mengikut tahap umur. Sumber pakaian samada
dari banduanita sendiri ataupun disediakan oleh pihak
penjara bagi banduanita yang tidak berkemampuan. Bahan
penjagaan bayi seperti sabun, syampu dan bedak juga
dibekalkan.

Bayi/Kanak-kanak dibenarkan tinggal sebilik bersama ibunya.
Oleh yang demikian, keperluan asas seperti tilam bayi dan
selimut juga dibekalkan.

Aktiviti Harian

Bagi memberi kemudahan dan peluang kepada ibu-ibu dalam penjara dapat bekerja, seterusnya menambahkan pengetahuan dan kemahiran, pihak institusi penjara menyediakan sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA). Taska ini dikendalikan oleh banduanita lain dibawah penyeliaan staf penjara. Kakitangan yangb ertugas di taska ini telah diberi latihan kemahiran yang berkaitan perkembangan kanak-kanak yang berumur antara 1-4 tahun supaya mereka dapat melatih dan menyelia banduanita yang bekerja di taska. Secara tidak langsung, banduan yang bekerja di taska juga akan memperolehi kemahiran yang dimanfaatkan apabila dibebaskan kelak.

Banduanita akan kembali ke taska pada waktu makan tengahari bagi menyusu anak atau membawa anak-anak mereka ke Dewan Makan untuk makan bersama-sama.

Alat permainan yang bersesuaian dengan tahap umur juga disediakan di taska bagi mengelakkan kanak-kanak merasa bosan semasa ibu mereka bekerja di samping merangsang perkembangan otak kanak-kanak.

Tindakan Apabila Kanak-Kanak Mencapai Umur 3 Tahun

Peraturan 13(3), 13(4) dan 13(5), Peraturan Penjara 2000 menggariskan :-

ΓΆβ?¬Ε?Apabila mana-mana kanak-kanak dianggap telah mencapai umur 3 tahun, Pegawai Perubatan hendaklah melaporkan sekiranya wajar atau perlu supaya kanak-kanak itu terus disimpan lebih lama.

Kecuali dengan kebenaran khas Ketua Pengarah, seseorang kanak-kanak tidak boleh diletakkan di dalam penjara bersama dengan ibunya selepas mencapai umur 4 tahun.

Apabila seseorang kanak-kanak mencapai umur 3 atau 4 tahun mengikut mana-mana yang berkenaan, Pegawai Yang Menjaga hendaklah merujuk kepada Ketua PENgarah untuk arahan sekiranya Pegawai Yang Menjaga mengetahui tiada saudara-mara yang sanggup atau dalam kedudukan untuk menerima kanak-kanak itu.

Banduanita boleh memilih samada ingin menyerahkan anaknya kepada keluarganya atau ke Rumah Perlindungan Kanak-Kanak di bawah seliaan pihak Kebajikan Masyarakat.


a) Penyerahan Kanak-Kanak Kepada Keluarga Atau Waris
Bagi banduanita yang ingin menyerahkan anaknya kepada
waris, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut :
i) Banduanita berkenaan dikehendaki membuat
permohonan bertulis kepada Pengarah Penjara Institusi
untuk menyerahkan anaknya kepada keluarga atau
warisnya;
ii) Jika permohonan tersebut diluluskan, Pegawai
Kebajikan Penjara akan menghubungi pihak keluarga
atau waris yang berkenaan;
iii) Pegawai Kebajikan akan menyediakan surat serah
menyerah kanak-kanak itu kepada keluarga atau
warisnya;
iv) Pengarah Penjara akan menetapkan tarikh penyerahan
kanak-kanak itu. Pihak keluarga atau waris akan datang
ke penjara untuk mengambil kanak-kanak berkenaan.
Penyerahan di buat setelah keluarga atau waris
menandatangi surat serah menyerah kanak-kanak
tersebut.

b) Pemindahan Kanak-Kanak Ke Rumah Perlindungan Kanak-
Kanak
Bagi banduanita yang tidak mempunya keluarga atau waris
terdekat, kanak-kanak ini akan diserahkan kepada Rumah
Kebajikan Masyarakat untuk jagaan dan penyeliaan sehingga
ibunya dibebaskan. Tindakan yang perlu di ambil adalah :

i) Pegawai Kebajikan Penjara akan menghubungi Pegawai
Kebajikan Masyarakat Daerah bagi memaklumkan
penempatan kanak-kanak tersebut di Rumah Kebajikan;
ii) Setelah Pegawai Kebajikan Daerah menerima permohonan
daripada Pegawai Kebajikan Penjara, beiau akan
memanjangkan permohonan ini kepada Pengarah Kebajikan
Masyarakat Negeri untuk pertimbangan dan kelulusan
sewajarnya;
iii) Kanak-kanak ini akan diperiksa kesihatannya terlebih
dahulu oleh Pegawai Perubatan bagi menentukan
keadaan kesihatannya;
iv) Banduanita dengan anaknya bersekali dengan dokumen
berkaitan akan dibawa oleh wadar wanita ke mahkamah.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah akan memohon
kepada Majistret untuk mendapatkan Perintah Penjagaan
di rumah kanak-kanak mengikut Seksyen 21(3) Akta
Perlindungan Kanak-Kanak 1991:
v) Setelah Majistret berpuas hati dengan penjelasan
yang diberikan, maka satu perintah di bawah Seksyen
21(3) Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1993 akan
dikeluarkan kepada Pengetua Rumah Kanak-Kanak yang
akan dipertanggungjawabkan atas jagaan kanak-kanak
dengan selamat sehingga ibunya dibebaskan;
vi) Kanak-kanak ini akan diserahkan kepada Pengetua
Rumah Kanak-Kanak sepertimana yang diperintahkan
oleh mahkamah bersama-sama dengan Surat Pengesahan
Pemeriksaan Perubatan, Perintah Mahkamah, Sijil Kelahiran,
jika ada.

Perjumpaan Antara Banduanita Dengan Anak Yang Tinggal Di Rumah Perlindungan Kanak-Kanak

Kanak-kanak yang tinggal di Rumah Perlindungan Kanak-kanak tetap diberi peluang untuk berjumpa dengan ibu mereka bagi mengekalkan keakraban hubungan antara ibu dan anak.

Prosedur perjumpaan antara ibu dan anak adalah seperti berikut :-

i) Banduanita membuat permohonan kepada Pengarah Institusi
melalui Pegawai Blok;
ii) Pengarah Institusi mengarahkan Pegawai Kebajikan Penjara
untuk menghubungi Rumah Perlindungan Kanak-Kanak yang
berkaitan bagi memaklumkan permohonan banduanita tersebut
dan menetapkan tarikh perjumpaan yang bersesuaian;
iii) Pegawai Kebajikan mengiringi kanak-kanak berkenaan ke
penjara untuk berjumpa dengan ibunya setelah memperolehi
kebenaran dari Pengetua Rumah Perlindungan Kanak-Kanak;
iv) Setelah perjumpaan selesai, Pegawai Kebajikan akan
mengiringi kanak-kanak kembali semula ke Rumah
Perlindungan Kanak-Kanak;

Kesimpulan

Secara keseluruhannya pihak Jabatan Penjara Malaysia sentiasa peka dengan kehendak dan keperluan banduanita yang mempunyai anak dalam penjara. Beberapa keperluan asas sentiasa disediakan dan ditambah bagi memberi keselesaan selain mengurangkan tekanan perasaan yang ditanggung oleh seorang ibu (banduanita) sementara menanti hari pembebasan. Ejosi yang sentiasa terkawal, amat penting bagi setiap banduan yang menjalni hukuman penjara. Oleh itu, langkah yang diambil oleh pihak Jabatan Penjara Malaysia dengan membenarkan banduan membawa anak mereka ke dalam penjara, sekurang-kurangnya dapat melegakan perasaan banduanita yang sedang menjalani hukuman penjra atau menunggu perbicaraan. Walaupun mereka telah melakukan kesalahan, namun mereka masih mengikut tempoh yang ditetapkan. Justeru kebenaran ini telah membuka ruang kepada banduanita untuk mencurahkan segenap kasih sayang dan perhatian kepada bayi mereka melalui sentuhan ibu yang boleh merangsang daya kognitif dan perkembangan personaliti mereka apabila dewasa kelak.