Majlis Tilawah Al-Quran Dan Pertandingan Nasyid Kakitangan 2009
Isnin, 03 Ogos 2009 00:08 | Admin
Taiping, 1 Ogos - Majlis Tilawah Al-Quran dan Nasyid Kakitangan 2009 telah diadakan di Pusat Latihan Pegawai Penjara Taiping Perak. Sebanyak 11 qari dan qariah memperdengarkan bacaan serta 10 pasukan nasyid telah mempersembahkan lagu masing-masing. Bagi Pertandingan Tilawah Johan disandang oleh Mohd. Nafais bin Mohd. Nasir dari Penjara Seremban, Naib Johan disandang oleh Mohd. Shakir bin Mohd. Tahir dari Penjara Pulau Pinang manakala tempat ketiga disandang oleh Mohd. Shafiee bin Ahmad Zahedi dari Penjara Miri, Sarawak. Bagi kategori qariah disandang oleh Johan menanti Puan Faridah binti Awang Tangah dari Ibu Pejabat Penjara Sabah.

Manakala bagi acara nasyid dimenangi oleh Kumpulan Nawarastu dari Penjara Seremban. Kumpulan ini juga telah menjuarai pertandingan nasyid peringkat Negeri Sembilan baru-baru ini. Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Al-Mu'allim dari Pusat Latihan Pegawai Penjara Taiping dan tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Ikhwan-Murni dari Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka.

Y.Bhg. Dato' Pirdaus bin Hj.Ismail, Pegawai Khas Agama kepada YB. Menteri Dalam Negeri telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan seterusnya merasmikan majlis penutupan Tilawah A-Quran dan Pertandingan Nasyid kakitangan pada tahun ini. Dalam ucapan yang disampaikan, Y.Bhg. Dato' telah memberi komitmen untuk membantu Jabatan menubuhkan Bahagian Agama Jabatan Penjara Malaysia bagi menyemarakkan lagi aktiviti keagamaan di kalangan anggota dan penghuni penjara.