Lawatan Bloggers Ke Penjara Kajang
Isnin, 16 Disember 2013 16:12 | Admin

Pada 12 Disember 2013 (Khamis), Penjara  Kajang telah menerima lawatan Bloggers bagi mendapatkan kerjasama menghebahkan konsep Penjara Sejahtera dalam laman blog masing-masing. Lawatan tersebut bertujuan bagi memberi gambaran yang lebih jelas kehidupan penghuni di dalam penjara. Ketibaan mereka telah disambut oleh Penguasa Ranjit Singh a/l Gurdev Singh, Penguasa Mohd Sharin bin Sabtu, Timbalan Penguasa Shahrul Nizam bin Husain, Bahagian Keselamatan dan Inteligen serta pegawai-pegawai kanan institusi. Mereka telah diberikan taklimat ringkas seterusnya dibawa melawat ke Unit Rawatan & Pemulihan Dadah (RPD).