Ibu Pejabat Penjara




PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk menjamin arahan dan peraturan yang dikeluarkan dengan jelas, tepat dan mudah difahami. Kami juga berjanji :-

  • Memberi perkhidmatan keselamatan yang optimum berdasarkan peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan
  • Mempastikan layanan yang adil dan berperikemanusiaan diberi kepada semua banduan/tahanan/ penghuni
  • Peka dan komited terhadap masalah yang dihadapi oleh institusi penjara dan sedia memberi khidmat
  • Menjamin pengagihan yang adil terhadap peruntukan-peruntukan kewangan mengikut keperluan institusi-institusi penjara
  • Menyediakan peluang-peluang yang saksama kepada kakitangan untuk menimba pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan bidang tugas
  • Menjamin kakitangan yang terlatih diagihkan secara adil kepada semua institusi mengikut keperluan
  • Menyediakan khidmat sokongan yang mencukupi sebagai menjamin kelicinan pengurusan semua institusi

 



 

IBU PEJABAT PENJARA MALAYSIA

Bukit Wira, Beg Berkunci No. 212,
43000 Kajang,
SELANGOR DARUL EHSAN
Tel : 03-87328000
Faks : 03-87368545 (Ketua Pengarah Penjara)
Email : kazar@prison.gov.my

[ Carta ]

 

IBU PEJABAT PENJARA NEGERI SARAWAK

KM 23, Jalan Puncak Borneo,
93250 Kuching,
SARAWAK

Tel : 082-614005/ 616334 / 616332
Faks : 082-613411 / 617306
Email : ippsrwk@prison.gov.my


Maklumat Ringkas

Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak terletak di dalam Kompleks Penjara Puncak Borneo dan mula beroperasi di premis baru ini pada 1 Julai 2008. Sebelum berpindah ke premis baru ini, Ibu Pejabat Penjara Sarawak terletak di Km 10, Jalan Penrissen, Kuching. Ia ditadbir oleh seorang Pengarah Penjara yang bertanggungjawab terhadap semua institusi penjara di Negeri Sarawak iaitu Penjara Puncak Borneo, Penjara Pusat Sri Aman, Penjara Pusat Sibu, Penjara Pusat Miri, Penjara Limbang dan Pusat Latihan Pegawai Penjara Wilayah Sarawak.

Struktur organisasi pentadbiran Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian yang diketuai oleh seorang Ketua Bahagian iaitu Bahagian Keselamatan dan Inteligen, Bahagian Pengurusan Banduan, Bahagian Operasi, Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran, dan Bahagian Kewangan dengan perjawatan yang diluluskan berjumlah 44 perjawatan iaitu 26 perjawatan berpakaian seragam dan 18 perjawatan awam. Selain kemudahan untuk pentadbiran, pejabat ini juga dilengkapkan dengan sebuah auditorium yang mampu memuatkan seramai 175 orang.


Bagi sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Pegawai Perhubungan Awam : KIP Abdul Halim Bin Musa Brahim
(No. Tel : 082 614005 Samb 246)

[ Carta ]

 

IBU PEJABAT PENJARA NEGERI SABAH

88718 Kota Kinabalu
SABAH

Tel : 088-456474
Faks : 088-252938
Email : ippsbah@prison.gov.my

Pada masa era penjajahan “Colony Of North Borneo” dan penjara pertama ialah di Residensi Sandakan yang ketika itu merupakan Ibu Negeri sabah. Penjara Sabah ditadbir pula oleh “Inspector Of Prison yang juga sebagai Commisioner Of Police”.

Pada tahun 1960, penjara mula ditadbir oleh Pesuruhjaya Penjara Sabah, Tuan Betrand Raymond Lowe dari England. Bagaimana pun Pentadbiran Penjara Sabah mula bertukar tangan sepenuhnya pada tahun 1969 apabila Tuan George Samuel David dipindahkan dari Penjara Pulau Pinang ke Ibu Pejabat Penjara Sabah sehingga tahun 1972 sebagai Pengarah Penjara Sabah. Seterusnya Tuan Othman Datuk Mohd. Peter Andu dari tahun 1972 – 1990, Tuan Antony Lajingga dari tahun 1990 -1995, Tuan George Jinivon dari tahun 1995 – 2001, Tuan Micheael Jianul dari 2001 – 2003, Tuan Jamaludin b. Saad 2003- 2006, Tuan Jews Sinau @ Prichard tahun 2006 dan Pengarah Penjara Sabah sehingga hari ini adalah Tuan Mohd. Sabri b. Yaacob.

Bangunan Ibu Pejabat Penjara Sabah dibina pada tahun 1970 dan mula beroperasi pada tahun 1971. Sebelum itu pentadbiran Ibu Pejabat adalah bertempat di Penjara Pusat, Kepayan sehingga pada tahun 1971.

Manakala Ibu Pejabat baru telah siap pada tahun 2007. Jabatan Penjara Malaysia, Sabah merupakan salah satu Jabatan Persekutuan di Negeri Sabah dan menyelia 7 buah institusi iaitu Penjara Pusat Kota Kinabalu, Penjara Wanita Kota Kinabalu, Penjara Sandakan, Penjara Tawau, Sekolah Henry Gurney Wanita Kota Kinabalu, dan Sekolah Henry Gurney Keningau.

Pengurusan Ibu Pejabat Penjara Sabah, telah berpindah ke bangunan baru setelah majlis penyerahan kunci daripada pihak kontraktor kepada Pengarah Penjara Negeri Sabah pada 29 Februari 2008. Tetapi mula diduduki pada 3 Mac 2008.

[ Carta ]