TUAN WAN MOHAMAD NAZARIE BIN WAN MAHMOOD
KOMISIONER PENJARA
(PENGURUSAN)

Tuan Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood, anak kelahiran Kota Bharu Kelantan, telah dilahirkan pada tanggal 6 Ogos 1959.

Beliau telah menamatkan pengajian peringkat universiti dalam jurusan ekonomi dari Universiti Malaya pada tahun 1984.

Karier beliau di Jabatan Penjara Malaysia bermula pada tanggal 1 Ogos 1985 dan ditempatkan di Penjara Taiping. Tiga tahun kemudian, beliau ditukarkan ke Bahagian Pembangunan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Pada 2 Februari 1991, beliau telah dinaikkan pangkat ke Penguasa Penjara di tugaskan di Penjara Pudu. Pada 16 Jun 1993, beliau telah dilantik menjadi Pengarah Penjara Penor, Kuantan sehinggalah pada 1 Februari 1997, dimana telah ditukarkan ke Maktab Penjara Malaysia apabila dinaikkan pangkat ke Penguasa Kanan Penjara.

Beliau bertugas di Maktab Penjara Malaysia sehinggalah pada penghujung Jun 2000, dimana pada 1 Julai 2000 telah dinaikkan pangkat ke Pengarah Penjara dan bertugas sebagai Pengarah Penjara Sungai Buloh.

Sekali lagi, beliau berpatah balik dan bertugas di Ibu Pejabat Penjara Malaysia mulai 16 Mac 2002, sebagai Pengarah Sumber Manusia. Pada 20 Mac 2004, karier beliau meningkat cemerlang apabila dilantik ke jawatan Pengarah Keselamatan dengan pangkat Pengarah Kanan Penjara.

Mulai 1 Mei 2007, Tuan Wan Mohamad Nazarie telah dilantik menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan) dengan pangkat Komisioner Penjara, sehinggalah sekarang.

[ Carta ]