Institusi Penjara Malaysia




PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk menyediakan tempat kurungan yang selamat dan layanan yang berperikemanusiaan kepada banduan berlandaskan peruntukan undang-undang. Kami juga berjanji :-

  • Mempastikan banduan menerima program pemulihan yang bersesuaian
  • Menjamin semua aduan/rayuan banduan mendapat pertimbangan yang bersesuaian
  • Menyediakan panduan yang lengkap dan mudah difahami bagi tujuan perjumpaan keluarga dengan banduan
  • Menyediakan tempat menunggu dan tempat perjumpaan yang selamat dan selesa

 



PUSAT KOREKSIONAL PERLIS

Jalan Kok Klang,
02500 Mata Ayer, Kangar,
PERLIS

Tel : 04-9887000
Fax : 04-9860035
Email : prperlis@prison.gov.my



Maklumat Ringkas

Pusat Koreksional Perlis mula dibina pada 5 Mei 2006 dengan kaedah rundingan terus dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bertindak sebagai agensi pelaksana. Manakala IHS Utara Malaysia Sdn. Bhd. merupakan kontraktor yang bertanggungjawab melaksanakan projek pembinaan. Pusat Koreksional ini dibina di atas Lot 1616 Mukim Padang Siding dalam Daerah Mata Ayer Perlis di atas tanah dengan keluasan 40.5 hektar (100 ekar). Kos pembinaan keseluruhan projek berjumlah RM 135 juta. Projek ini disiapkan pembinaannya pada 31 Oktober 2010 dan seterusnya diwartakan sebagai Pusat Koreksional Perlis oleh Menteri Dalam Negeri pada 25 Mac 2011. Pusat Koreksional ini ditadbirkan oleh seorang pengarah berpangkat Penolong Pengarah Penjara (PKP) Gred KX 48.
Pusat Koreksional Perlis berupaya menempatkan penghuni dengan kapasiti 800 orang. Sebagai sebuah Pusat Koreksional yang baru ia turut dilengkapi dengan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu (SKEP) yang melibatkan kawalan CCTV, pagar keselamatan dan juga kunci.
Pusat Koreksional Perlis juga dilengkapi dengan perumahan kakitangan yang moden dan selesa serta kemudahan–kemudahan lain untuk kakitangan pelbagai pangkat. Selain itu, taman-taman permainan serta kemudahan rekreasi yang lain seperti gelanggang-gelanggang pemainan, padang bolasepak, dewan serbaguna, masjid dan rumah kelab turut disediakan.
Selain berperanan sebagai institusi pemulihan, Pusat Koreksional Perlis juga merupakan sebuah institusi latihan untuk pegawai-pegawai penjara bagi Kursus Asas Pengurusan Penjara disamping lain-lain kursus jangka pendek anjuran jabatan. Sehubungan itu ia turut dilengkapi dengan prasarana yang bersesuaian dengan keperluan latihan seperti auditorium, bilik kuliah, dewan banquet dan kemudahan asrama untuk penginapan kepada peserta kursus.

[ Peta ]

 

PENJARA POKOK SENA


KM 24, Jalan Naka,
06400 Pokok Sena,
KEDAH DARUL AMAN

Tel : 04-7825555/7825753/7823653
Fax : 04-7823771
Email : prpsena@prison.gov.my


Maklumat Ringkas

Penjara Pokok Sena dikategorikan sebagai Penjara Maksimum Maksimum yang menempatkan pelbagai kategori banduan. Penjara ini mula dibina pada 1 Ogos 1999 dan siap spenuhnya pada 30 Mei 2003. Kos keseluruhan projek pembinaan melibatkan kos sebanyak RM169,498,000. Keluasan keseluruhan kawasan penjara termasuk kawasan kediaman adalah seluas 195 ekar.

[ Peta ]

 

PENJARA ALOR SETAR

Jalan Sultanah,
05350 Alor Setar,
KEDAH DARUL AMAN

Tel : 04-7302544/7340839
Fax : 04-7328694
Email : pralstar@prison.gov.my



Maklumat Ringkas

Penjara Alor Setar telah dibina pada tahun 1893. Pada peringkat awal ianya dibuka, kategori banduan yang ditahan terdiri daripada kesalahan mencuri, memiliki candu serta kesalahan memiliki senjatapi. Kebanyakan banduan terdiri daripada rakyat Malaysia, Thailand dan Burma (kesalahan menceroboh pengairan Malaysia sewaktu menangkap ikan).

[ Peta ]

 

PENJARA SUNGAI PETANI


08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman
Tel : 04-4202020 Fax : 04-4222171
Email :
prsgptn@prison.gov.my


Maklumat Ringkas

Penjara Sungai Petani telah ditubuhkan pada tahun 1920 oleh pihak British dan dikenali sebagai 'Local Prison Sungai Petani'. Di letakkan di bawah pentadbiran Penjara Alor Star sehingga tahun 1987.
Diisytiharkan sebagai Penjara Pusat Latihan Banduan-Banduan Muda sehingga tahun 1993.
Pada tahun 1993 kategori sebagai Penjara Pusat Latihan Banduan-Banduan Muda telah ditukarkan kepada Penjara Sungai Petani mengikut Warta Kerajaan P.U.(B) 292 bertarikh 30 Jun 1993 (KDN.S.171/1355 Klt2:PN (PU) 163/11.1.
1997 ditukarkan menjadi penjara bagi menempatkan banduan-banduan Pra Bebas yang dipindahkan dari lain-lain institusi Penjara Zon Utara.
29 Mac 2002 dijadikan tempat untuk menahan banduan-banduan muda yang berumur 21 tahun ke bawah.

Maklumat Lawatan Keluarga

Sabtu Hingga Rabu - 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Khamis - 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Jumaat & Kelepasan Am Tutup - Tutup

[ Peta ]

 

PENJARA PULAU PINANG

Jalan Goal,
10990 PULAU PINANG

Tel : 04-2289562
Fax : 04-2293528
Email : prppng@prison.gov.my



Maklumat Ringkas

Pada awal abad ke 19, Pulau Pinang adalah koloni ‘Penal’ untuk tahanan daripada India. Sesetengah daripada tahanan ini merupakan tahanan politik dan bukannya penjenayah, dan dipenjarakan kerana menentang penjajahan British di India. Pulau Pinang dan Singapura merupakan koloni ‘penal’ untuk tahanan India yang dijatuhi hukuman lebih daripada 7 tahun. Kewujudan penjara di Pulau Pinang dikesan sejak 1811 apabila wujudnya tinggalan penjara dalam Kota Cornwallis.

Pada pertengahan abad ke 19, tahanan-tahanan India yang dibawa daripada Penjara Bangkahulu, Sumatera dan pesalah tempatan telah ditempatkan di Chowrusta Lines di Jalan Penang. Namun kerana kawasan tahanan itu terlalu kecil untuk menampung bilangan pesalah yang ramai, satu tempat kurungan yang lebih besar telah dibina bertentangan dengan penjara sedia ada.

Menjelang akhir tahun 1840-an, Penjara Chowrusta Lines telah mengalami kesesakan. Pada masa yang sama, timbul bantahan daripada saudagar-saudagar di negeri-negeri Selat terhadap tindakan Inggeris menjadikan Negeri-Negeri Selat sebagai tempat pembuangan orang salah. Keadaan ini menjatuhkan imej Negeri-Negeri Selat dan mempengaruhi perdagangan di tanah-tanah jajahan itu

Gambar Penjara Pulau Pinang, dulu dan kini

Senarai Ketua-Ketua Institusi yang terdahulu


Bil.

Nama Ketua Institusi

Tarikh Mula Berkhidmat

Tarikh Bertukar / Bersara
 
1. Colonal William T. Butterworth 1849 1944
2.
F.T.L.T. Morgan
1945
3.
L.W.N. Growny
1945
4.
A.R. Page
1946
1950
5. Maj W.G. Webb 1951 1952
6. H.J. Shepart 1953  
7. J. Banister 1954 1955
8. A.C. Smith 1956  
9. N.T. Smart 1956 1957
10 W.J. Elderton 1958  
11. R.J. Glaziar 1959  
12 Pretap Singh 1960  
13. Indra Singh 1961 1962
14. Ibrahim Bin Mohamad 1963 1965
15. Ismail Bin Ibrahim 1966 1970
16. Abdullah Bin Ariffin 1971 1973
17. Jalaluddin Bin Mohd Ayit 1974 1979
18. Mohd Nadzri Bin Kushairy 1979 1983
19. Hj. Abdul Raof Bin Hj. Ahmad 1983 1984
20. Abdulah Bin Hj. Abu Bakar 1984 1988
21. Zainal Abidin Bin Mohd Noor 1989 1990
22. Chong Fok Choy 1989 1990
23. Hj. Omar Bin Hj. Mohd Dan 1990 1993
24. Hj. Yahaya Bin Hj. Salleh 1993 2002
25. Idris Bin Hj. Ismail 2002 2005
26. Thang Ah Yong 2005 2006
27 Ibrisam Bin Abdul Rahman 2006  

[ Peta ]

PENJARA SEBERANG PERAI

Kompleks Penjara Seberang Perai,
Jalan Kerian Kedah
14200 Sungai Jawi
Seberang Perai Selatan

PULAU PINANG

Tel : 04-5858888
Fax : 04-5826711
Email : prsperai@prison.gov.my




Maklumat Ringkas

Sejarah penubuhan Penjara Seberang Perai bermula dengan Majlis penyerahan Kompleks Penjara Seberang Perai daripada Jabatan Kerja Raya kepada Jabatan Penjara Malaysia pada bulan 28 Ogos 2009. Pembinaan Kompleks Penjara Seberang Perai adalah berasaskan kepada Penjara Sukan.

Mula beroperasi dan menerima banduan pada 15 Oktober 2009. Salah sebuah Penjara yang menggunakan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu untuk keselamatan (SKEB).

Penjara Seberang Perai Dikategorikan Sebagai Penjara Yang Menempatkan Banduan kes-kes dadah pertama kali dan kali kedua masuk penjara dengan kapasiti selesa 1509 penghuni.

Keluasan keseluruhan kawasan Penjara Seberang Perai 119 hektar. Terbahagi kepada kawasan penjara (penempatan banduan) 76.6 hektar dan keluasan penempatan kakitangan 42.4 hektar.

Penjara Seberang Perai ditadbir oleh Pengarah Penjara yang berpangkat Penolong Kanan Komisioner Penjara Abd. Basir bin Mohamad.


Tarikh Proses Pemindahan Banduan Diawal Pembukaan Penjara Seberang Perai


Tarikh

Jumlah O/B

Jumlah Penuh

Penjara
15 Oktober 2009 83 Banduan ( HL) 83 Banduan P. Pinang
22 Oktober 2009 24 Banduan (HL) 107 Banduan P. Pinang
3 November 2009 120 Banduan (HL) 227 Banduan P. Pinang
6 November 2009 108 Banduan (HL) 433 Banduan P. Pinang
6 November 2009 4 B.A 437 Banduan P. Pinang
17 November 2009 152 Banduan (HL) 685 Banduan P. Pinang

[ Peta ]

 

PENJARA TAIPING


Jalan Taming Sari,
34000 Taiping,
PERAK DARUL RIDZUAN

Tel : 05-8072177, 8064053, 8083675
Fax : 05-8077631
Email : prtaipg@prison.gov.my


Maklumat Ringkas

Penjara Taiping telah dibina pada tahun 1879, iaitu semasa pentadbiran Sir Hugh Low iaitu residen ketiga Perak. Pada tahun 1879 - 1960, pentadbiran Penjara Taiping berada di bawah pengurusan pegawai Inggeris. Penjara Taiping telah dibina di atas tanah seluas 5.159 hektar dengan menggunakan tenaga buruh paksaan yang terdiri daripada tawanan perang atau banduan yang dibawa masuk dari India dan Afrika. Bahan-bahan binaannya pula diimport dari England melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris. Tujuan Penjara Taiping dibina adalah untuk memenjarakan ahli kumpulan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San. Di samping itu juga bagi memenjarakan pembesar Melayu yang menentang penjajahan Inggeris dan penjenayah yang laian seperti perompak, pencuri, pembunuh dan sebagainya.

Struktur fizikal awal terdiri daripada pagar kayu setinggi 9 kaki dan 5 buah bangunan yang diperbuat daripada separuh batu-bata yang bersambung di antara satu sama lain. Setiap bangunan dapat memuatkan 50 orang banduan sahaja. Semasa permulaan pembinaan Penjara Taiping dikenali sebagai Penjara Larut kemudian ditukar kepada Penjara Pusat Latihan Taiping. Pada 9 Januari 1992 melalui warta kerajaan (KDN.S 171/1355; PN. (PU) 163/11) Penjara Taiping telah diberi nama kekal sehingga hari ini.

[ Peta ]

 

PENJARA TAPAH


KM. 12, Jalan Tapah,
35400 Tapah,
PERAK DARUL RIDZUAN

Tel : 05-4181818
Fax : 05-4182897
Email : prtapah@prison.gov.my


Maklumat Ringkas

Penjara Tapah mempunyai keluasan keseluruhan 81.75 hektar. Terletak di Lot11233, Mukim Batang Padang, Daerah Batang Padang, Perak Darul Ridzuan. Kedudukannya 12 km dari Pekan Tapah dan 67 km dari Bandaraya Ipoh. Dibinapada 1 Julai 2000 dan siap pada 30 Jun 2003 dengan nilai kontrak RM191,379,850.11. Mula beroperasi pada 1 April 2004. Ianya telah diwartakanmelalui Warta Kerajaan Persekutuan No. 4 Bil. 47.P.U( B ) 79 bertarikh 13Disember 2003. Keluasan kawasan Penjara 21.88 hektar dan 14.28 hektar merupakan keluasanpenempatan kakitangan. Selebihnya , 45.6 hektar adalah kawasan pertaniandan ladang kelapa sawit. Penjara ini telah dilengkapi dengan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu ( SKEB ) dan menggunakan teknologi terkini serta kemudahan penempatan dan rekreasi yang bersesuaian dengan perkembangan zaman kini samada kepada penghuni penjara mahupun kakitangan.

Penjara Tapah adalah bermodelkan Penjara Sungai Buloh , “Reman &Convicted Prison" dengan kapasiti selesa 2,062 penghuni. Pada peringkat awal pengisian penempatan, penjara ini menempatkan penghuni-penghuni yang di pindahkan dari penjara-penjara yang berhampiran. Kini penjara ini telah menerima penghuni-penghuni yang di jatuhkan hukuman oleh mahkamah-mahkamah di bahagian selatan Negeri Perak khususnya dan dari seluruh Negeri Perak amnya. Penjara Tapah ditadbir oleh Pengarah Penjara yang berpangkat Penolong Kanan Komisioner Penjara.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan MuhibbuddinShah Ibni Al Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun telah berkenan mencemar duli merasmikan Penjara Tapah, Perak pada tanggal 17 Mei 2006 bersamaan 19 Rabiul Akhir 1427 Hijrah.

Pengarah-Pengarah Penjara Tapah:

Bil
Nama Pengarah
Tempoh (Dari - Hingga)
 
1 PP Shukri bin Saad (memangku) 01-04-2004 hingga 22-11-2004
2 PKK Abdul Aziz bin Mohamad 22-11-2004 hingga 10-12-2007
3 PKK Rosni bin Mansor 10-12-2007

[ Peta ]

 

PENJARA SUNGAI BULOH

KM 10, Jalan Sg. Buloh,
47000 Sungai Buloh,
SELANGOR DARUL EHSAN

Tel : 03-60384690
Fax : 03-60384870/60384685
Email : prsgblh@prison.gov.my



Maklumat Ringkas

Kawasan tapak Penjara Pudu yang telah dicadangkan untuk dijadikan kawasan komersial menyebabkan Jabatan Penjara mencari tapak yang sesuai bagi menggantikan Penjara Pudu. Pada tahun 1990, satu kawasan telah dikenalpasti di daerah Kepong. Oleh sebab masalah kosnya yang terlalu tinggi bagi proses menimbus tanah, Jabatan Penjara terpaksa mencari alternatif yang lebih sesuai untuk mendirikan bangunan penjara. Tapak ini telah diwartakan sebagai penjara pada 2 Julai 1992.

Pembinaan Penjara Sungai Buloh dirancang dan dilaksanakan dengan menampung pertambahan populasi banduan yang meningkat di Penjara Pudu dan tidak lagi sesuai dari segi keselamatannya. Setelah Penjara Pudu ditutup operasinya pada bulan Oktober 1996, sebuah penjara berteknologi tinggi di Sungai Buloh telah dibina untuk menggantikan tapak lamanya sebagai pertukaran tanah Penjara Pudu yang akan dibangunkan oleh UDA (Perbadanan Pembangunan Bandar). Seluruh operasi di Penjara Pudu telah dipindahkan, baik kakitangan serta banduan. Pemindahan dan penempatan banduan dari Penjara Pudu ke Penjara Sungai Buloh dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Penjara Sungai Buloh terletak 30 km dari Bandar Sungai Buloh dan melibatkan keluasan 60 ekar serta 144 ekar rumah kakitangan. Projek pembangunan kompleks penjara membabitkan kos sejumlah RM 172 juta. Sebanyak 655 buah kuarters kakitangan telah disediakan dan muatan selesa penjara adalah seramai 2500 penghuni. Penjara ini siap dibina pada bulan September 1996 dan mula beroperasi pada bulan November 1996. Penjara ini merupakan sebuah institusi yang diklasifikasikan sebagai sebuah penjara yang memiliki ciri-ciri keselamatan yang maksima dan bersepadu.

[ Peta ]

 

PENJARA KAJANG


Sungai Jelok,
43000 Kajang,
SELANGOR DARUL EHSAN

Tel : 03-87364620
Fax : 03-87367449
Email : prkajang@prison.gov.my


Maklumat Ringkas

Penjara Kajang, Selangor yang dahulunya dikenali sebagai Penjara Pusat Selangor merupakan salah sebuah daripada 38 buah institusi penjara yang terletak di bawah pentadbiran Jabatan Penjara Malaysia. Ia terletak di kawasan Sungai Jelok, Kajang, lebih kurang 3 kilometer dari bandar Kajang.

Penjara Kajang mula dibina pada tahun 1975 di atas tanah seluas 161.3 hektar dan beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun 1985. Pada permulaannya Penjara Kajang hanya menempatkan seramai 30 orang banduan yang dibawa setiap hari dari Penjara Pudu, Kuala Lumpur pada bulan Oktober 1980. Mereka ditempatkan di Bahagian Pra Bebas dan ditugaskan untuk kerja-kerja kebersihan dan penyelenggaraan kawasan dan bangunan-bangunan penjara yang baru siap dibina.

Pembinaan Penjara Kajang telah menelan belanja lebih kurang RM 65 juta dan dipecahkan kepada 4 bahagian utama iaitu :

  1. Bahagian Utama
  2. Bahagian Rawatan dan pemulihan dadah
  3. Bahagian Pra Bebas
  4. Penjara Wanita
Bagi melicinkan lagi pentadbiran di Penjara Wanita, penjara tersebut telah dipisahkan daripada Penjara Kajang dengan diberi tanggungjawab mengurus pentadbiran sendiri pada tahun 1993. Penjara Pusat Selangor telah diwartakan secara rasminya sebagai Penjara Kajang pada 8 Mei 1997.

3 Bahagian Penjara Kajang dan fungsinya :

  1. Bahagian Utama

  2. Menahan pesalah-pesalah yang dijatuhkan hukuman kerana melakukan kesalahan jenayah dan melanggar undang-undang imigresen.

  3. Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah

  4. Menahan pesalah-pesalah yang dijatuhi hukuman kerana mengedar dan menyalahgunakan dadah serta kesalahan jenayah.

  5. Bahagian Pra Bebas

  6. Bangunan jenis dormitari yang menempatkan o/b yang bekerja di luar kawasan tembok penjara dan juga Banduan Dagang. O/b yang terpilih untuk tinggal di bahagian ini adalah terpilih dari kalangan o/b yang tarikh bebasnya tidak melebihi 9 bulan, warga negara Malaysia, tidak melakukan pelanggaran undang-undang/ peraturan dalam penjara, tiada kes mahkamah dan sebagainya.

[ Peta ]

 

PENJARA WANITA KAJANG

Sungai Jelok,
43000 Kajang,
SELANGOR DARUL EHSAN

Tel : 03-87341025
Fax : 03-87372279
Email : prwntkjg@prison.gov.my



Maklumat Ringkas

Penjara Wanita Kajang telah dibuka pada 1 Mac, 1984 dan mula beroperasi dengan kekuatan seramai 54 orang Pegawai Penjara. Muster banduanita ketika itu adalah seramai 155 orang yang telah dipindahkan dari Penjara Pudu, Kuala Lumpur.

Pada 1 Mac, 1992 segala kuasa telah diturunkan kepada Pegawai Yang Menjaga Penjara Wanita oleh Ketua Pengarah Penjara Malaysia selaras dengan peruntukan Seksyen 14(2) Prison Ordinance 1952. Walau bagaimanapun, segala peruntukan, urusan pentadbiran/kewangan masih tertakluk di bawah Pentadbiran Penjara Pusat Selangor. Mulai pada 1 Januari, 1993 segala urusan kewangan dan pentadbiran secara keseluruhannya diuruskan oleh pihak Penjara Wanita Kajang sendiri.

[ Peta ]

 

PENJARA SEREMBAN


Jalan Muthu Cumaru,
70990 Seremban,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Tel : 06-7652500
Fax : 06-7635991
Email : prsrmbn@prison.gov.my


Maklumat Ringkas

Tahun yang tepat pembinaannya tidak diketahui. Walau bagaimanapun di dalam 'Goverment Gazette' dilaporkan pada tahun 1896 telah wujud penjara (gaol) Seremban. Adalah dipercayai bangunan penjara yang awal dibina ialah di depan Ibu Pejabat Polis Kontijen, Negeri Sembilan yang ada sekarang yang ada mempunyai kesan 2 bahagian tembok.

SENARAI PEGAWAI YANG MENJAGA PENJARA SEREMBAN ( 1957 HINGGA SEKARANG)

BIL

NAMA PENGARAH

TEMPOH (Dari - Hingga)
1 MR WB MITCHELL 1957 - 1958
2 TN INDER SINGH 20-02-1958 - 27-12-1960
3 TN HJ HARUN BIN KASSIM 1960 - 1962
4 TN SAID BIN TAHIRAN 1962 - 1966
5 TN GURDEV SINGH 1966 - 03-01-1975
6 TN KASSIM BIN YAHYA 04-01-1975 - 30-07-1979
7 TN JALIL BIN CHE DIN 31-07-1979 - 31-07-1985
8 TN NAZLAN CHIN ABDULLAH 01-08-1985 - 15-05-1989
9 TN MOHD JAAFAR YAACOB 16-05-1989 - 09-09-1991
10 TN MD NOH TAN SRI MURAD 10-09-1991 - 31-01-1995
11 TN HASSAN BIN SAKIMON 01-02-1995 - 15-02-1998
12 TN ROSLAN BIN MOHAMED 16-02-1998 - 30-06-2000
13 TN MUSTAFHA BIN ITAM 01-07-2000 - 16-09-2003
14 TN MOHD SABRI BIN YAACOB 17-09-2003 - 31-07-2006
15 TN KU NAWAWI BIN KU HAMID 01-08-2006 -

Klik sini untuk maklumat selanjutnya (fail dalam format pdf)


[ Peta ]

 

INSTITUT PEMULIHAN DADAH JELEBU

71600 Titi, Jelebu,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Tel : 06-6111224
Fax : 06-6112487
Email : ipdjlb@prison.gov.my



Maklumat Ringkas

Institusi Pemulihan Dadah Jelebu dengan keluasan tanah 87 hektar berada di Mukim Gelami Lemi dalam Daerah Jelebu di atas Lot No. 3189. Institusi ini mula dibina pada tahun 1982 dengan kerja-kerja pembinaan bangunan adalah dengan menggunakan kemahiran pegawai-pegawai penjara serta tenaga banduan dengan bantuan Jabatan Kerja Raya sebagai agensi utama.

Tujuan utama institusi ini dibina ialah untuk mengasingkan pesalah-pesalah penagih dadah dengan pesalah-pesalah jenayah yang lain. Di sini mereka akan diberi latihan pemulihan melalui program yang telah disusun bersesuaian dengan keadaan semasa di samping dilatih dalam bidang pertanian dan perusahaan.

[ Peta ]

 

PENJARA BANDA HILIR


Jalan Parameswara
75000 Banda Hilir,
MELAKA

Tel : 06-2823948
Fax : 06-2846658
Email : prbdhlr@prison.gov.my


Maklumat Ringkas

Pada tahun 1964 hingga 1990, institusi ini dikenali sebagai Sekolah Henry Gurney Ke 2 Bandar Hilir, Melaka. Ianya lebih merupakan sebuah pusat atau 'borstal' yang tertutup. Dalam ertikata yang lain, disiplin dan undang-undang yang terdapat adalah lebih ketat berbanding dengan institusi yang mempunyai fungsi yang sama dengannya.

Pada tahun 1990, institusi ini telah bertukar taraf menjadi penjara dan pada tarikh 11 hb. Jun 1990, seramai 52 penghuni terakhir telah dihantar ke Sekolah Henry Gurney, Telok Mas. Kemudian pada keesokan harinya, seramai 16 orang banduan dari Penjara Seremban telah dibawa masuk untuk menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian untuk dijadikan penjara.

[ Peta ]

 

PENJARA SUNGAI UDANG


76300 Sungai Udang,
MELAKA

Tel : 06-3519600
Fax : 06-3517791
Email : prsgudang@prison.gov.my


Maklumat Ringkas

Penjara Sungai Udang, Melaka terletak di Lot PT 1582, Mukim Sungai Udang, Daerah Melaka Tengah, Melaka Bandaraya Warisan Dunia (UNESCO). Dibina pada 19 September 2005 dan siap pada 4 Februari 2010 dengan nilai kontrak RM 305,000,000.00.Mula diserah kepada Jabatan Penjara Malaysia pada 19 Mei 2010 dan mula beroperasi pada 25.05.2010. Ianya telah diwartakan melalui Warta Kerajaan Persekutuan (KDN.PDP(S)03/171/1:PN (PU)163/IX) bertarikh 1 Mei 2010.

Berdasarkan brif projek yang disediakan oleh Jabatan Penjara Malaysia, cadangan Penjara Sungai Udang ini bertujuan untuk menggantikan Penjara Banda Hilir, Melaka dan menempatkan seramai 2000 orang banduan yang terdiri daripada 1700 orang banduan lelaki dan 300 orang banduan wanita.

Cadangan Penjara Sungai Udang ini melibatkan kawasan tanah seluas 129.8 ekar yang terletak bersebelahan dengan Jalan Baru Sungai Udang-Ayer Keroh. Tapak ini dimiliki sepenuhnya oleh Jabatan Penjara Malaysia dan merupakan lokasi yang strategik di mana sediada adalah kawasan ladang kelapa sawit dan berada luar daripada lingkaran kawasan pusat petempatan utama penduduk.

Selain itu, faktor kemudahsampaian yang baik juga menjadi penentu kepada kesesuaian dari aspek lokasi penjara ini. Berdasarkan kepada ketetapan prinsip-prinsip ketelusan dan keselamatan dari aspek kawalan ke atas keadaan semasa tapak cadangan ini maka, kawasan ini telah dijadikan lokasi bagi pembinaan Penjara baru di Mukim Sungai Udang, Daerah Melaka Tengah, Melaka.

[ Peta ]

 

PENJARA PRA BEBAS DUSUN DATO' MURAD

75450 Ayer Keroh,
MELAKA

Tel : 06-2323428/2318725
Fax : 06-2325790
Email : ddm@prison.gov.my



Maklumat Ringkas

Penjara Pra Bebas Dusun Dato’ Murad berkeluasan 38.85 ekar yang merangkumi kawasan ladang, bangunan kediaman, tempat rekreasi dan Pejabat Pentadbiran. Kedudukan institusi ini adalah lebih kurang 12 km. dari Pusat Bandar dan lebih kurang 3 km. dari Rumah Tol PLUS (Exit Ayer Keroh).

Penjara Pra Bebas, Dusun Dato’ Murad telah mula beroperasi pada 15 Januari 2003. Ianya bermula apabila institusi-institusi penjara mengalami kesesakan yang amat ketara. Sebagai langkah penyelesaian, Ibu Pejabat Penjara Malaysia dengan kelulusan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) telah mengambil keputusan untuk menutup Sekolah Henry Gurney Dusun Dato’ Murad dengan memindahkan operasinya ke Sekolah Henry Gurney, Telok Mas.

Institusi ini telah diwartakan dalam warta Kerajaan bertarikh 18 hb. Februari 2003 bersesuaian dengan keperluan mengikut Seksyen 3, Akta Penjara 1995. Dengan pengwartaan tersebut, institusi ini telah melaksanakan satu sistem pengawalan baru yang melibatkan kategori banduan yang berbaki hukuman dua (2) tahun ke bawah di mana banduan-banduan dipilih dari empat (4) buah institusi yang berhampiran seperti Penjara Johor Bahru, Penjara Simpang Rengam, Penjara Kajang dan Penjara Sungai Buloh.

Institusi ini masih lagi menjalankan aktiviti pertanian sebagai proses pemulihan yang utama. Di samping itu juga, ada sebahagian banduan-banduan yang dikenal pasti sebagai banduan yang berkelayakan untuk bekerja secara usahasama dengan kilang-kilang yang berhampiran.

Perjumpaan banduan di institus ini dijalankan secara terbuka (Contact Visit). Tempat perjumpaan yang diberi nama ‘Balai Perjumpaan’ terletak bersebelahan dengan Pintu Besar, Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan serta Pejabat Rekod.

Waktu perjumpaan untuk banduan bagi institusi ini adalah seperti berikut :

Isnin hingga Khamis - 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Jumaat - Tutup
Sabtu, Ahad Kelepasan Am - 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Hari Perayaan - Mengikut ketetapan yang dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan IPPM

Ahli keluarga banduan dibenar mengadakan lawatan mengikut kesesuaian masa mereka. Ahli keluarga juga dimaklumkan mengenai waktu perjumpaan melalui surat kepada keluarga apabila banduan-banduan dipindahkan ke institusi ini. Walaubagaimanapun, ahli keluarga boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pegawai Rekod yang bertugas mengenai perjumpaan.


[ Peta ]

 

PENJARA SIMPANG RENGAM

86200 Simpang Rengam,
JOHOR DARUL TAKZIM

Tel : 07-7550990
Fax : 07-7556050
Email : prspgrg@prison.gov.my



Maklumat Ringkas

Penjara Simpang Renggam, Johor telah dibina pada tahun 1982 dan siap sepenuhnya pada tahun 1986 di atas kawasan seluas 82.6 hectar (198.2 ekar).

Pada tarikh 20hb. Oktober, 1986 diwartakan sebagai Penjara bagi menempatkan kalangan banduan kategori reman dan banduan pra-bebas/kerja luar. Kapasiti penempatan adalah seramai 1100 orang.

Pada tarikh 10hb. Mei, 1991 diwartakan sebagai Pusat Pemulihan Akhlak bagi menempatkan tahanan-tahanan dibawah Tahanan Akta Dadah Berbahaya (LLPK) 1985 dan Tahanan Ordinan Darurat (KAMJ) 1969. Kapasiti penempatan adalah seramai 1400 orang.

[ Peta ]

 

PENJARA KLUANG

Kg. Gajah,
Jalan Mersing,
86000 Kluang
JOHOR DARUL TAKZIM

Tel : 07-7875200
Fax : 07-7875128
Email : prkluang@prison.gov.my



Maklumat Ringkas

Kerajaan Malaysia dalam usaha menangani kesesakan yang dialami di institusi penjara di seluruh negara telah mengambil beberapa langkah positif antaranya dengan membina beberapa buah penjara baru. Di antara penjara tersebut ialah Penjara Kluang yang dibina dengan matlamat bagi mengatasi masalah kesesakan dan permasalahan yang timbul akibat dari kesesakan tersebut terutama di Penjara Johor Bahru, Johor dan seterusnya menggantikan penjara yang telah berusia lebih 100 tahun itu.

Dibina di Lot PTD 11021, PTD 11294, PTD 13872 dalam Mukim Kluang dengan keluasan 450 ekar. Pembinaannya bermula pada awal tahun 2001 dan secara praktikalnya siap pada 31 Julai 2004 dengan jumlah kos sebanyak RM 223.5 juta. Had muatan penghuni yang mampu ditampung pada satu-satu masa ialah seramai 2,000 penghuni iaitu 1,800 bagi penghuni lelaki dan 200 penghuni wanita. Pada 20 Ogos 2004, Pemeriksaan bangunan dan sel penempatan banduan telah dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Kluang dan Pengesahan Perakuan Kelayakan Menduduki Bangunan dikeluarkan pada 27 Ogos 2004 . Seterusnya pada 15 Januari 2005 ianya telah dengan rasminya diistiharkan sebagai Penjara Kluang.

Penjara Kluang mula beroperasi pada 1 Februari 2005 dengan penempatan 40 pegawai penjara. Jumlah kakitangan ditambah dari masa ke semasa secara berperingkat dan sehingga kini jumlah kakitangan Penjara Kluang seramai 568 orang terdiri dari pelbagai peringkat perjawatan.

Penempatan banduan di Penjara Kluang pula bermula pada pertengahan Februari 2005 dengan perpindahan seramai 150 orang banduan daripada Penjara Johor Bahru, Penjara Simpang Rengam dan Penjara Kajang. Selangor. Operasi perpindahan ini berterusan secara berperingkat-peringkat sehingga perpindahan kumpulan terakhir banduan dari Penjara Johor Bahru diikuti dengan penutupan operasi Penjara Johor Bahru pada 19.12.2005.

Selaras dengan pertambahan jumlah banduan yang ditempatkan, pengurusan pentadbiran juga telah dinaiktarafkan dengan penempatan seorang pegawai kanan penjara berpangkat Penolong Kanan Komisioner Penjara (PKK) yang memegang jawatan Pengarah Penjara Kluang berkuat kuasa April 2006.

Senarai Ketua-Ketua Institusi Yang Terdahulu.

Nama-nama pegawai kanan penjara yang pernah bertugas di Penjara Kluang bertindak sebagai Pengarah Penjara

Bil. Nama Ketua Institusi Tarikh Mula Berkhidmat Tarikh Bertukar/Bersara
1. TPP Shuib Bin Ongah 1 Feb 2005 1 Mac 2005
2. PP Samihan Bin Hj. Misdi 1 Mac 2005 6 Sept 2005
3. PKP Kushairi Bin Manap 6 Sept 2005 3 April 2006
4. PKK Jamaludin Bin Saad 3 April 2006 6 Jun 2007
5. PKK Roslan Bin Hj. Mohamed 6 Jun 2007 -

Penghuni-penghuni yang ditempatkan di Penjara Kluang merupakan pesalah-pesalah yang telah dijatuhi hukuman oleh mahkamah bagi seluruh negeri Johor terdiri dari pelbagai jenis hukuman iaitu :-

i. Hukuman Singkat.
ii. Hukuman Lama.
iii. Hukuman SeUmur Hidup.
iv. Hukuman SeUmur Hayat.
v. Hukuman Mati.
vi. Banduan Dagang.
vii. Buang Tempatan.

Di samping itu, terdapat juga tahanan reman yang ditempatkan di Penjara Kluang tetapi hanya melibatkan Tahanan Wanita sahaja bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam negeri Johor.

Tahanan Reman ini terdiri dari tahanan :-

i. Tahanan Mahkamah Sesyen.
ii. Tahanan Mahkamah Rendah.
iii. Tahanan Mahkamah Tinggi.
iv. Tahanan Mahkamah Sesyen ( Syariah ).
v. Tahanan Mahkamah Tinggi ( Syariah )

[ Peta ]

 

PENJARA PENOR

KM. 18, Jalan Kuantan-Pekan
25150 Kuantan,
PAHANG DARUL MAKMUR

Tel : 09-5121044
Fax : 09-5311169
Email : prpenor@prison.gov.my



Maklumat Ringkas

Penjara Penor yang mempunyai keluasan 200 ekar, terletak di Lot 2142, Mukim Penor, Daerah Kuantan, Pahang. Jaraknya dari pusat bandar Kuantan ialah 18 km., manakala dari Bandar Diraja Pekan ialah 30 km. Ia mula dibangunkan pada tahun 1982 dan pada mulanya untuk dijadikan Sekolah Henry Gurney, Kuantan. Tetapi memandangkan ketika itu, Penjara Kuantan mengalami masalah kesesakan serta bilangan penghuni di Sekolah Henry Gurney di seluruh Malaysia kurang, maka cadangan asal itu telah diubah. Pada 30 hb. Julai 1990, penjara ini telah diwartakan sebagai "Penjara Terbuka Penor".

[ Peta ]

 

PENJARA BENTONG

Kompleks Penjara Bentong, Mempaga
28600 Karak, Bentong
PAHANG DARUL MAKMUR
Tel : 09 - 221 0111 Faks : 09 - 224 1553


Maklumat Ringkas

Penjara Bentong Pahang adalah sebuah penjara baru yang dibina dengan kaedah rundingan terus dan JKR sebagai agensi pelaksana. Trans Resources Corporation Sdn Bhd adalah kontraktor yang bertanggungjawab melaksanakan pembinaan Penjara Bentong. Dibina diatas Lot PT 15878 Mukim Sabai dalam Daerah Bentong Pahang dengan keluasan 54.97 hektar (135.84 ekar) yang terletak di gugusan Felda Mempaga. Kos pembinaan keseluruhan projek adalah sebanyak RM 238 juta. Projek ini dimulakan pada 31 Mei 2005 dan siap pada 31 Julai 2008. Diwartakan sebagai Penjara Bentong berkuatkuasa sah pada 1 Jun 2008 melalui surat [ KDN.S.171/1355 Klt. 6:PN(PU˛)163/VIII ] bertarikh 12 Mei 2008. Penjara Bentong ditadbir oleh seorang Pengarah Penjara berpangkat Timbalan Komisioner Penjara Gred KX54.

Penjara Bentong menempatkan banduan-banduan “Reman dan Sabitan“ lelaki dan wanita dengan kapasiti selesa 2,200 orang banduan. Penjara Bentong dilengkapi dengan Sistem Keselamatan Elektronik bersepadu yang melibatkan kawalan-kawalan CCTV, pagar keselamatan dan juga kunci.

Penjara Bentong juga dilengkapi dengan perumahan kakitangan yang moden dan selesa serta kemudahan-kemudahan lain untuk kakitangan pelbagai pangkat. Selain itu taman-taman permainan juga disediakan serta kemudahan-kemudahan rekreasi yang lain seperti gimnasium, gelanggang-gelanggang permainan, padang bolasepak, dewan serbaguna dan rumah kelab.

[ Peta ]

 

PENJARA MARANG


21600 Marang,
TERENGGANU DARUL IMAN

Tel : 09-8320200
Fax : 09-8321269
Email : prmrng@prison.gov.my


Maklumat Ringkas

Penjara Marang letaknya di Mukim Pulau Kerengga dalam Daerah Marang, lebih kurang 11 km. dari Bandar Marang dan 33 km. dari Bandar Kuala Terengganu. Penjara ini mempunyai keluasan 78.18 hektar, di mana 28 hektar untuk projek pembangunan, 32 hektar untuk projek pertanian dan bakinya untuk projek rekreasi.

Penjara Marang telah dibuka dengan rasminya pada 17 hb. April 1987 oleh Y.A.B. Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Satu ciri yang unik berhubung dengan pembangunan penjara ini adalah disebabkan projek pembinaannya dilaksanakan oleh banduan-banduan dengan penyeliaan kakitangan-kakitangan penjara sendiri. Aktiviti-aktiviti pemulihan di Penjara Marang adalah terdiri dari latihan-latihan vokasional di samping beberapa projek usahasama dan khidmat bakti yang ada dijalankan.

[ Peta ]

 

PENJARA PENGKALAN CHEPA

Jalan Maktab,
16109 Pengkalan Chepa,
KELANTAN DARUL NAIM

Tel : 09-77388915
Fax : 09-7737522
Email : prchepa@prison.gov.my



Maklumat Ringkas

Penjara Pengkalan Chepa yang dahulunya dikenali dengan nama Penjara Kelantan, terletak kira-kira 8 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Mula beroperasi pada 17 Ogos 1950. Sebelum ini institusi ini terletak di Bandar Kota Bharu iaitu di Bangunan Pejabat Kawalan Bawaan Vektor Negeri Kelantan, Jalan Mahmood, Kota Bharu di hadapan Stadium Sultan Muhammad ke IV atau bersebelahan dengan Gelanggang Seni. Bangunan ini masih utuh dan telah diubahsuai oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

Penjara Pengkalan Chepa sekarang terletak di atas tanah seluas 26.45 hektar yang mana 10.2 hektar digunakan sebagai Penjara dan selebihnya digunakan sebagai kawasan perumahan dan padang permainan. Penjara ini pada awal penubuhannya dikenali sebagai Penjara Terbuka yang merupakan Penjara Terbuka Pertama di Malaysia dan juga di Asia Tenggara. Konsep Penjara Terbuka ini diambil daripada Sistem Witz Will di Bern, Switzerland pada tahun 1875. Pada 2 Feberuari 1994 Penjara ini telah diwartakan (KDNS 171/1355 Klt.2 Pindaan (PU2) 163/11) di bawah Pentadbiran yang diketuai oleh Pegawai Penjara berpangkat Penguasa Kanan Penjara.

Penjara Pengkalan Chepa dipecahkan kepada 2 Bahagian iaitu Penjara Lelaki dan Penjara Wanita dan pada hari ini dapat menampung melebihi 1,000 orang banduan yang terdiri daripada beberapa kategori hukuman dan tahanan seperti Banduan Akhir, Banduan Seumur Hidup, Banduan Hukuman Lama, Banduan Hukuman Singkat, Tahanan Mahkamah Tinggi, Tahanan Mahkamah Sesyen, Tahanan Mahkamah Majistret, Banduan Dagang dan Tahanan Imigeresen.

Sepanjang tempoh menjalani hukuman banduan diberi Latihan Vokasional seperti Bengkel Pertukangan Kayu, Bengkel Kimpalan, Bengkel Pertukangan Rotan, Bengkel Jahit, Bengkel Batik, Pembinaan Bangunan, Bengkel Elektrik, Kebun Sayur dan lain-lain. Disamping memberi Latihan Kemahiran Hidup yang boleh menjadi sumber rezeki bila dibebaskan nanti, Pendidikan Agama juga diajar sebagai cara untuk memulihkan akhlak, di mana aktiviti ceramah agama dan sembahyang berjemaah diamalkan di Institusi ini. Selain daripada Latihan Vokasional dan Pendidikan Agama kepada banduan-banduan juga (terutama yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah) diberi bimbingan kaunseling. Manakala sebelah petang diadakan aktiviti-aktiviti sukan, disediakan untuk menghilangkan rasa bosan dan mewujudkan keharmonian hidup diantara mereka.

Banduan juga sebagai insan yang mempunyai perasaan kasih sayang dan rindukan keluarga, maka dengan itu keluarga mereka dibenarkan melawat mereka sekurang-kurangnya sekali sebulan, tiga minggu sekali, dua minggu sekali dan tiap-tiap minggu mengikut peringkat banduan. Setiap perjumpaan diperuntukan masa selama 30 minit dengan menggunakan ‘intercom’ bagi membolehkan keluarga banduan memberi nasihat agar tidak mengulangi kesilapan yang lalu dan sekurang-kurangnya menghilangkan sedikit rindu mereka.

[ Peta ]

 

PENJARA PUNCAK BORNEO



Penjara Puncak Borneo
KM 23, Jalan Puncak Borneo
93250 Kuching, Sarawak

Tel: 082-614066
Fax: 082-614015
Email: prpborneo@prison.gov.my


Maklumat Ringkas

Penjara Puncak Borneo mempunyai keluasan keseluruhan 43.91 hektar. Terletak di Lot 543, Blok 4, Daerah Tanah Sentah Segu, Padawan, 25 km dari Bandaraya Kuching, ia telah mula dibina pada tahun 1997. Penjara ini telah beroperasi dan diwartakan sebagai penjara berkuatkuasa pada 27 November 2008 melalui surat [KKDN.S.171/1355 Klt. 7;PN(PU2)163/VIII] bertarikh 7 November 2008. Penjara ini telah dilengkapi dengan Anti-Climb Fence dan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu (SKEB) yang melibatkan kawalan CCTV. Penjara Puncak Borneo juga merupakan institusi yang melaksanakan program pendidikan iaitu Sekolah Integriti bagi Zon Sarawak yang mula beroperasi pada 9 Februari 2009. Penjara Puncak Borneo ditadbirkan oleh seorang Pengarah Penjara berpangkat Penolong Komisioner Penjara Gred KX48.

Penjara Puncak Borneo menempatkan banduan-banduan “Reman dan Sabitan” lelaki dan wanita dengan kapasiti 550 orang banduan.

Kompleks Penjara Puncak Borneo juga dilengkapi dengan perumahan kakitangan untuk pelbagai pangkat. Selain itu kemudahan-kemudahan seperti Masjid kakitangan dan Tabika KEMAS juga disediakan.

[ Peta ]

 

PENJARA PUSAT SRI AMAN

Peti Surat 251
95008 Bandar Sri Aman,
SARAWAK

Tel : 083-322161
Fax : 083-325495
Email : prsraman@prison.gov.my



Maklumat Ringkas

Penjara Sri Aman terletak di Lot No. 493, Jalan Brayun, Sri Aman. Ianya berkeluasan 7.9 ekar dan mula di bina pada tahun 1978 bagi menggantikan penjara lama (Fort Allice). Penjara ini siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada 10 hb. Jun 1980. Penjara ini pada mulanya ditadbir di bawah kuasa Pegawai Daerah Sri Aman, tetapi pada awal tahun 1981, ianya telah diserahkan sepenuhnya kepada Jabatan Penjara Malaysia.

[ Peta ]

 

PENJARA PUSAT SIBU


Jalan Awang Ramli Amit
96000 Sibu,
SARAWAK

Tel : 084-330740
Fax : 084-348487
Email : prsibu@prison.gov.my


Maklumat Ringkas

Semasa pemerintahan Brooke, Penjara Sibu dikenali sebagai 'Rumah Pasong'. Rumah pasong yang awal dibina pada tahun 1890 di tebing Sungai Rejang dan berdekatan dengan Hospital Lau King Howe serta ditadbir oleh polis. Pada tahun 1918 ianya dipindahkan ke tempat sekarang iaitu di kawasan seluas 3 ekar yang dikelilingi Palm Road, Pisang Road dan Padang Road. Dari tahun 1918 hingga 1963, Rumah Pasong ditadbir oleh Pegawai Daerah. Apabila Negeri Sarawak merdeka melalui Malaysia pada 1963, rumah pasong turut berubah dan dikenali sebagai penjara. Pentadbirannya adalah terletak di bawah Jabatan Penjara dan telah diwartakan pada 25 Ogos 1972.

PROSEDUR LAWATAN BERJADUAL

  1. Untuk tempahan lawatan/temujanji mela;ui telefon, sila dail 084-330740 samb. 25 pada hari bekerja waktu pejabat.
  2. Maklumat yang perlu dinyatakan ialah Nama banduan, No. Banduan, Tarikh Lawatan, Waktu Lawatan, Nama Pemanggil/hubungan
  3. Pelawat dikehendaki datang 15 minit lebih awal. Lawatan akan dikategorikan sebagai lawatan biasa sekiranya datang lewat.
  4. Pembatalan lawatan hendaklah dimaklumkan kepada Unit Pendaftaran Lawatan.
Waktu perjumpaan untuk banduan bagi institusi ini adalah seperti berikut ;

AHAD/CUTI UMUM - Tutup
ISNIN hingga KHAMIS - 8.15 pagi hingga 12.30 tengahari
  2.15 petang hingga 4.00 petang
JUMAAT - 8.15 pagi hingga 11.00 pagi
  2.15 petang hingga 4.00 petang
SABTU - 8.15 pagi hingga 12.30 tengahari

[ Peta ]

 

PENJARA PUSAT MIRI

Beg Berkunci No. 11
98009 Miri,
SARAWAK

Tel : 085-611057
Fax : 085-612051
Email : prmiri@prison.gov.my



Maklumat Ringkas

Penjara Pusat Miri dibuka pada 08 Disember 1962 di Jalan Brighton, Miri untuk menempatkan seramai 62 orang pesalah yang mencetuskan pemberontakan di Bekenu, Miri pada tarikh tersebut. Ia telah diwartakan sebagai sebuah penjara pada 26 April 1962 dalam volume XVIII N0. 24 No. S66. Pada permulaan penubuhannya, Pegawai Daerah Miri telah bertindak sebagai Timbalan Penguasa Penjara dan Pegawai Yang Menjaga ialah Ketua Pegawai Penjara (KPP) Sumarja. Jumlah pegawai pada masa itu seramai 12 orang.

Penjara Pusat Miri terletak di Kampung Tunku Abdul Rahman, Lambir dengan keluasan tanah 20.05 ekar dan jarak dari bandar ialah 14 kilometer. Penjara ini telah diwartakan pada 14.02.1980 di dalam Warta Kerajaan SWK.LN(F) dan SWK.L.N(F) 10 (SGG Part II Volume XXXV No. 5).

Penjara Pusat Miri ialah penjara terbuka yang mempunyai beberapa ciri umum iaitu:-

  • Tidak dilingkungi oleh tembok konkrit tetapi hanya dilingkungi oleh pagar zink dan chainlink yang terpasang barbed wire di atasnya.
  • Menempatkan banduan dan tahanan dari Bahagian Miri, Marudi, Lawas dan Bintulu.
  • Menempatkan banduan dan tahanan ‘hardcore’ dari Penjara Pusat Limbang.
  • Dilengkapi dengan sistem keselamatan elektronik dan diklasifikasikan dalam kategori penjara “Medium”
Penjara Pusat Miri ditadbir oleh Ketua Institusi berpangkat Penguasa Penjara Gred KX 42. Institusi ini menempatkan banduan terdiri dari kategori banduan akhir, banduan seumur hayat, banduan seumur hidup, hukuman lama, hukuman singkat, orang tahanan mahkamah (under remand) dan orang tahanan (order of detention). Muatan bagi penjara ini ialah seramai 250 orang banduan lelaki dan 150 orang banduanita. Institusi ini mempunyai 5 buah bengkel perusahaan untuk latihan kemahiran kepada penghuni-penghuni. Antara bengkel-bengkel yang ada adalah seperti:

i) Bengkel Ketukangan Kayu
ii) Bengkel Jahit
iii) Bengkel Kraf
iv) Bengkel Kimpalan
v) Bengkel Dobi

Waktu perjumpaan untuk banduan bagi institusi ini adalah seperti berikut :

Isnin/Cuti Umum - Tutup
Selasa – Ahad - 8.00 pagi hingga 4.30 petang

[ Peta ]

 

JABATAN PENJARA MALAYSIA LIMBANG



455,460,461 Blok 16 Pandaruan L.D,
98700 Limbang,
SARAWAK

Tel : 085-211066 / 211068
Fax : 085-211060
Email : prlmbng@prison.gov.my


Maklumat Ringkas

Merupakan penjara alaf baru bagi Negeri Sarawak. Perlaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (2001 – 2005) menelan belanja RM84 juta.

Tapak penjara terletak di Lot 455, 460, 461 Blok 16 Pandaruan L.D dengan keluasan keseluruhan 20.2631 hektar / 50.0694 ekar, MP5/60-1 D21-3-3 Block 16 Pandaruan L.D. Ciri-ciri binaan seperti berikut:

a. Bangunan
 
i. Rekabentuk bangunan berdasarkan konsep pembetulan dan pemulihan penjenayah.
ii. Terdapat 10 blok kediaman kakitangan, 12 blok bangunan sokongan di Fasa 1 dan 18 blok bangunan dalam kawasan penjara Fasa 2.
iii. 7 blok penempatan banduan merangkumi 316 banduan dan 83 banduanita.
 
b. Keselamatan
 
i. Secara amnya, sistem keselamatan di penjara ini adalah di tahap sederhana.
ii. Pengurusan aspek keselamatan di kawal secara pusat dari Bilik Kawalan Keselamatan manakala setiap bangunan dikawal melalui Bilik Pengawal Tempatan.
iii. Setiap bangunan dipasang Stesen Interkom, Butang Kecemasan, Sistem PA dan kamera CCTV.
iv. Alat-alat seperti Pengesan Besi, Interkom untuk Pelawat Luar dilengkapi dengan sistem rakaman dan sistem “Walkie Talkie” dipasang untuk fungsi dan operaisi spesifik.
v. Sistem Kekunci yang digunakan adalah secara manual kecuali untuk “Automatic Sliding Gate”.

Perwartaan diisytiharkan dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil.49 No.5 10 Mac 2005 P.U.(B) 91. Seksyen 3 Akta Penjara 1995 (Akta 537) berkuatkuasa 15 Mac 2005 (KKDN.S 171/1355/Klt. 5; PN(PU2) 163/VI). Nama Kompleks Penjara Baru Limbang ditukar kepada Jabatan Penjara Malaysia Limbang.

Memulakan operasi secara rasmi pada tanggal 12 Disember 2005 bersamaan hari Isnin. Semua pegawai dan kakitangan beruniform dan awam dari Penjara Pusat Limbang ditukarkan ke penjara tersebut. Populasi banduan semasa pemindahan penjara seramai 49 banduan (44 lelaki & 5 wanita). Detik sejarah bermula jam 9.35 pagi apabila semua penghuni penjara selamat berpindah ke Penjara Baru. Turut hadir menyaksikan operasi pemindahan Y.A.S Tuan Haji Zulkipli bin Omar Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Tuan Wan Abdul Rahman bin Abdullah Pengarah Penjara Negeri Sarawak.

[ Peta ]

 

PENJARA PUSAT KOTA KINABALU

Peti Surat 11020,
88811 Kota Kinabalu,
SABAH

Tel : 088-456474
Fax : 088-270470
Email : prkknbl@prison.gov.my



Maklumat Ringkas

Penjara Pusat Kota Kinabalu pada asalnya terletak di Batu Tiga, Jesselton iaitu ketika di bawah pemerintahan Kolonial British dan di bawah kuasa pentadbiran Polis. Pada tahun 1953 ia telah dipindahkan ke kawasan Kepayan yang berkeluasan tapak 7.14 ekar. Sekitar tahun 1963, pentadbiran Jabatan Penjara Sabah telah diserahkan kepada warga Malaysia pertama iaitu Tuan G.S. David (rakyat Pulau Pinang) selaku Pesuruhjaya Penjara Sabah selepas Pesuruhjaya British B. R. Lowe. Awal pembinaannya, penjara ini hanyalah untuk menempatkan seramai 250 orang pesalah sahaja. Walau bagaimanapun semasa pembukaan ianya telah memuatkan seramai 300 orang penghuni dengan kekuatan anggota seramai 31 orang sahaja.

No. Lot :
Keluasan keseluruhan : 31.6 hektar
Keluasan Penjara Pusat : 3.5 ekar
Kapasiti : 750

KETUA-KETUA INSTITUSI PENJARA PUSAT KOTA, KINABALU, SABAH

Bil.
Nama
Tahun Mula
Tahun Berkhidmat
1. B.R. Lowe
1957
1966
2. G.S. David
1966
1969
3. Othman Peter Andu
1969
1973
4. Syed Hassan bin Hj. Masumally
1973
1975
5. G.S. David
1975
1985
6. Gurcharan Dass
1985
1987
7. Michael Jianul
1987
1990
8. Anthony Lojinga
1990
1990
9. George Jinivon
1990
1992
10. Othman bin Hj. Omar
1992
1992
11. Michael Jianul
1992
1995
12. Suhaimi bin Hassan
1995
1995
13. Hj. Abd. Wahab bin Hj. Kassim
1995
1999
14. Ku Nawawi bin Ku Hamid
1999
2000
15. Jews Sinau @ Prichard
2000
2004
16. Tan Tian Heng
2004
2007
17. Suria bin Idris
2007

[ Peta ]

 

PENJARA WANITA KOTA KINABALU

Peti Surat 11020
88811 Kota Kinabalu
SABAH

Tel : 088-456474/088-319472
Fax : 088-319471
Email : prwntkk@prison.gov.my



Maklumat Ringkas

Institusi Penjara Wanita, Kota Kinabalu terletak di Zon Kepayan iaitu kira-kira 3 km dari pusat bandar. Institusi Penjara Wanita yang dahulunya dikenali sebagai Penjara Perempuan telah dibina pada tahun 1967 dan mula beroperasi pada Mei 1968. Institusi ini pada asalnya mempunyai keluasan 0.83 ekar dan ia dibina bersebelahan dengan Penjara Pusat Kota Kinabalu.

Pada 1 Julai 2003, institusi ini telah berpindah ke lokasi Sekolah Henry Gurney Kota Kinabalu, sekaligus mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut melalui pewartaan KDN.S.171/1355, Klt. 4; PN(PU2) 163/VI.

Aktiviti latihan vokasional untuk banduan meliputi bidang kemahiran seperti salun kecantikan, jahitan dobi, mendjanting batik dan katering. Orang awam adalah dialu-alukan untuk mendapatkan perkhidmatan dalam bidang yang dinyatakan dan boleh berhubung dengan Pegawai Perusahaan pada waktu pejabat.

Waktu perjumpaan untuk banduan bagi institusi ini adalah seperti berikut :

Isnin - Tutup
Selasa – Jumaat - 8.10 pagi hingga 4.30 petang
Sabtu – Ahad - 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

*Untuk tempahan lawatan, sila dail 088-319004.

[ Peta ]

 

PENJARA SANDAKAN

Peti Surat 1469
98000 Sandakan,
SABAH

Tel : 089-663027/089-665860
Fax : 089-663713
Email : prsndkn@prison.gov.my



Maklumat Ringkas

Sebelum terbinanya Penjara Sandakan, telah wujud Penjara Sim Sim yang telah beroperasi sejak 1950an. Pada masa itu, penjara ini ditadbir oleh Penguasa Polis. Penjara Sim Sim telah ditutup pada tahun 1981 dan banduannya dipindahkan ke Penjara Sandakan yang telah siap dibina pada 1978 tetapi hanya beroperasi pada 1981. Dalam tahun 1984, bangunan Penjara Sim Sim telah dimusnahkan untuk memberi laluan kepada pembinaan lebuhraya.

Waktu perjumpaan untuk tahanan bagi institusi ini adalah seperti berikut :

Masa Lawatan Berjadual
Temujanji melalui telefon boleh dibuat pada waktu berikut ;

Selasa hingga Khamis dan Ahad  
8.15 pagi - 12.30 tengahari
2.15 petang - 4.00 petang
Jumaat  
8.15 pagi - 11.00 pagi
2.15 petang - 4.00 petang
 
Sabtu  
8.15 pagi - 12.30 tengahari
 

[ Peta ]

 

PENJARA PUSAT TAWAU


91000 Tawau,
SABAH

Tel : 089-712509
Fax : 089-711564
Email : prtawau@prison.gov.my


Maklumat Ringkas

Penjara Tawau telah dibina pada tahun 1964 dan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun berikutnya. Luas kawasan secara keseluruhan ialah 13.55 ekar, iaitu 3 ekar kawasan kurungan dan 10.55 ekar bagi tempat kediaman pegawai.

[ Peta ]