SEJARAH TEMPAT PENAHANAN (1954 – 2006)
Sekolah Henry Gurney Wanita adalah institusi pemulihan yang di kelolakan oleh Jabatan Penjara Malaysia bagi menahan pesalah-pesalah juvana yang berumur 14 hingga 21 tahun.
Nama Sekolah Henry Gurney adalah diambil bersempena pembukaan rasminya Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya iaitu, Sir Henry Gurney yang telah merasmikan Sekolah Henry Gurney , Telok Mas, Melaka pada 19 Julai 1950.
Pada awal penubuhan institusi untuk juvana ialah pada tahun 1948, apabila sebuah institusi pemulihan belia diperkenalkan di negara ini. Ianya ditubuhkan di Penjara Muar, Johor dengan nama Sekolah Pemulihan Lanjutan (Advance Approved School). Sekolah ini mempunyai mempunyai seramai lima puluh orang penghuni. Kemudian sekolah ini telah dipindahkan ke Telok Mas, Malaka dalam tahun 1950. Ianya terletak di suatu kawasan di tepi pantai Selat Melaka seluas 38 ekar dan lebih kurang 4 km dari Bandar Melaka.
Penubuhan sekolah itu bermula dengan pengubalan satu ordinan dalm tahun 1947 yang kemudiannya membawa kepada terbentuknya Mahkamah Juvana. Sebelum Sekolah Henry Gurney pertama dibina Melaka, sebahagian Penjara Muar dijadikan Sekolah Akhlak Tinggi yang pertama di Tanah Melayu bagi menempatkan golongan remaja yang diperintahkan oleh Mahkamah Juvana supaya ditahan untuk pemulihan.
Sekolah Henry Gurney Wanita , Batu Gajah adalah institusi akhlak untuk remaja wanita. Ianya terletak bersebelahan dengan Pusat Pemulihan Akhlak, Batu Gajah, Perak yang dahulunya adalah sebuah penjara wanita yang dikenali sebagai Women Central Prison. Women Central Prison ini mula diwujudkan apabila Kinta Prison yang menempatkan banduan lelaki telah mula menerima banduanita pada tahun 1951. Kebanyakan banduanita ini dikenal pasti sebagai Penjenayah Politik yang terdiri daripada agen-agen komunis bagi kesalahan di bawah “Emergancy Regulations“. Di samping itu, terdapat juga banduanita yang ditahan di bawah “Penal Code“ seperti memiliki dadah, penipuan, peras ugut dan lain-lain. Lingkungan tahun 1951 hingga 1958, terdapat kira-kira 100 orang banduanita yang ditahan di Central Women Prison yang kebanyakkannya di bawah hukuman singkat.
Pada tahun 1954, ada antara pesalah-pesalah wanita yang ditahan adalah pesalah wanita yang di bawah umur 21 tahun. Mereka diasingkan daripada pesalah lain di kawasan bersebelahan Women Central Prison iaitu, bekas rumah Supritendent. Sejak itu, tahanan wanita di bawah umur akan dihantar ke Sekolah Henry Gurney Wanita, Batu Gajah.
Sekolah Henry Gurney Wanita Batu Gajah dibina di kawasan seluas 34,736 kaki persegi. Sekolah ini terletak dalam pentadbiran kawasan Batu Gajah, Mukim Sungai Terap, Daerah Kinta yang lebih dikenali sebagai Changkat. Jarak jauhnya lebih kurang 3 km dari Pekan Batu Gajah, Perak. Kawasan sekolah ini dikelilingi oleh bangunan-bangunan kerajaan yang lain seperti Hospital Daerah, Pejabat Tanah, Balai Polis, Pejabat Daerah dan Mahkamah. Pada awal penubuhannya , terdapat enam buah sekolah akhlak di bawah Jabatan Penjara iaitu i) Sekolah Henry Gurney, Teluk Mas, Melaka, ii) Sekolah Henry Gurney ke II , Banda Hilir, Melaka iii) Dusun Datok Murad, Melaka, iv) Sekolah Henry Gurney (Wanita), Batu Gajah, Perak, dan v) Sekolah Henry Gurney , Kepayan, Sabah dan vi) Sekolah Henry Gurney, Pusat Latihan Pegawai Penjara, Taiping, Perak.
Pada masa kini, terdapat hanya lima buah Sekolah Henry Gurney (SHG) iaitu,
| i) |
SHG Telok Mas, Melaka |
| ii) |
SHG Kota Kinabalu, Sabah |
| iii) |
SHG Keningau, Sabah |
| iv) |
SHG Puncak Borneo, Sarawak, dan |
| v) |
SHG Wanita, Batu Gajah, Perak |
Dasar Am Sekolah Henry Gurney pada awal penubuhannya adalah berdasarkan (Borstal Institution – England) 1900 iaitu untuk membentuk sikap keperibadian dan sikap bertanggungjawab penghuni-penghuni ke arah kesempurnaan kehidupan bermasyarakat yang sejahtera dan produktif kepada negara.
Antara ciri-cirinya ialah :-
- Pelatihnya mempunyai watak dan bakat yang tersendiri dan boleh memperkembengkan kreativiti dan suka kepada kehidupan yang baik.
- Layanan sama rata dan mengikut peraturan
- Pegawai dan sistem Borstal saling bersatu dan saling mempercayai antara satu sama lain.
Mottonya ialah RESURGAM yang bermaksud We Shall Rise Again. Manakala logo Sekolah Henry Gurney (Wanita) ialah burung helang yang terbang dari api yang sedang marak. Ini bermaksud penghuni sedia untuk menerima pemulihan di sini dan menuju ke tempat yang lebih baik sebagai rakyat yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
SEJARAH UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN DI SEKOLAH HENRY GURNEY
A. Pada awal penubuhannya penahanan penghuni adalah berdasarkan:-
| |
1. Akta Mahkamah Juvana
| |
a) Akta Mahkamah
Juvana 1947 Seksyen 38, iaitu, jika seseorang budak didapati bersalah
atas sesuatu kesalah yang boleh dihukum dengan penjara dan pada hemat
mahkamah juvana:
| | i) Pesalah itu berumur
tidak kurang daripada 14 tahun dan dibawah 18 tahun : dan
ii) Oleh sebab jenis kesalahan itu atau oleh tabiat atau kecenderungan
jenayah pesalah itu, atau pergaulan nya dengan orang yang berwatak tidak
baik, adalah sesuai atau manfaat bahawa pesalah itu ditahan selama suatu
tempoh dan diletakkan di bawah suatu arahan dan tatatertib yang difikirkan
paling berfaedah untuk memulihkan akhlaknya dan untuk membenteras jenayah.
Maka adalah sah disisi undang-undang bagi Mahkamah manghantar pesalah
itu ke Sekolah Henry Gurney .
|
|
| |
| |
b) Akta Mahkamah Juvana 1947 Seksyen 40 iaitu,
| | Tidak apa-apa jua
dalam akta ini selain seksyen 15 dan 16, boleh menyentuh kuasa-kuasa mahkamah
tinggi dan segala kuasa yang boleh dijalankan di bawah akta ini oleh sesuatu
Mahkamah Juvana mengenai seseorang pesalah juvana boleh dengan cara yang
sama dijalankan oleh mahkamah tinggi dan sebagai tambahan mahkamah tinggi
, mahkamah seksyen dan mahkamah majistret kelas pertama adalah berkuasa
memerintahkan supaya seseorang yang telah mencapai umur 18 tahun tetapi
belum mencapai umur 21 tahun pada tarikh dibuat perintah itu ditahan di
Sekolah Henry Gurney sehingga orang itu mencapai umur 21 tahun tetapi
tidak selepasnya. |
|
Selain itu, antara
undang-undang dan peraturan yang dijadikan panduan ialah,
2. Undang-Undang
Penjara 1952,
3. Peraturan – Peraturan Penjara 1953,
4. Peraturan Sekolah Henry Gurney 1949,
5. Perintah Tetap Ketua Pengarah Penjara dan
6. Arahan Ketua Institusi.
Namun, pada masa
sekarang Akta Mahkamah Juvana 1947, Undang Undang Penjara 1952, dan Peraturan
- Peraturan Penjara 1953 telah terbatal. |
B. Undang-undang dan peraturan yang digunapakai kini adalah :-
| |
- Undang-Undang Penjara 1995
- Peraturan-Peraturan Penjara Tahun 2000
- Akta Kanak-Kanak 2001
- Peraturan – Peraturan SHG 1949
- Perintah Tetap Ketua Pengarah Penjara
- Arahan Ketua Institusi
|
FASA 1 - PROGRAM ORIENTASI
Program ini merupakan program pertama yang melibatkan kepada pengukuhan disiplin, Program ini adalah selama 3 bulan. Program ini adalah diwujudkan bagi memberi pemahaman dan penyesuaian diri terhadap objektif Jabatan Penjara, peraturan yang perlu dipatuhi dan hak-hak mereka sebagai penghuni dan aktiviti pemulihan yang perlu dilalui oleh mereka.
Dalam program orientasi ini,
| |
a) Induksi – 7 hari
| |
i) penerimaan
ii) pendaftaran orientasi
iii) sesi temuduga
iv) sesitaklimat
v) sesi pemeriksaan kesihatan
vi) kebersihan
vii) sukan & rekreasi
|
b) Orientasi – 75 hari
| |
i) latihan fizikal
ii) aktiviti kenegaraan
iii) aktiviti kemahiran sosial
iv) kerohanian
v) kaunseling
vi) ujian air kencing
vii) ujian HIV/ AIDS
viii) kebersihan
ix) sukan & rekreasi
|
c) Penilaian – 7 hari
| |
i) modul fizikal
ii) modul ketata negaraan
iii) modul kemahiran sosial
iv) modul kerohanian
v) modul kaunseling
vi) kebersihan
vii) modul sukan dan rekreasi
viii) disiplin diri
|
|
FASA 2 - PENGUKUHAN SAHSIAH ( 6 BULAN – 1 TAHUN)
i) Modul kerohanian
| |
Penghuni yang majoriti beragama Islam akan dibimbing oleh pegawai Penjara
yang telah dilantik. Pegawai yang berkebolehan akan ditugaskan secara
rutin untuk mengajar penghuni yang berkenaan.
Selain itu, penghuni juga akan diajar di kelas agama seperti Kelas Iqra’,
Kelas Tahsin, Kelas Taranum, dan Kelas Tafsir Al- Quran.
Penghuni akan dibimbing
oleh Pembantu Pengajar Agama mengikuti kelas yang dibahagikan kepada 3
peringkat pengetahuan agama iaitu, peringkat rendah, peringkat menengah,
dan peringkat tinggi. Pendekatan agama yang diberikan adalah pendidikan
agama berdasarkan kepada Kurikulum Pendidikan Islam Jabatan Penjara Malaysia
meliputi Fekah, Aqidah, Syariah, Akhlak, Al-Quran, Hadith, dan Sirah Nabawiyah
dan aktiviti tambanhan sepertio Zikir , tahlil dan doa.
Penghuni yang beragama
lain seperti Buddha, Hindu atau Kristian akan mengikuti kelas atau ceramah
keagamaan oleh penceramah sukarela. Jadual kelas atau ceramah adalah sekurang-kurangnya
sekali seminggu.
Program-program agama
adalah secara intensif meliputi sepanjang tempoh tahanan penghuni di sini.
Program yang dianjurkan di bawah seliaan Pegawai Penjara adalah seperti
Kelas Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah, Sembahyang berjemaah, bacaan surah
Yasin, Doa diwaktu pagi dan malam, Kelas membaca Al Quran, kelas tajwid
dan Tayangan Video (kaunseling agama).
|
*Kelas Fardu Ain | | |
Kelas ini diadakan 5 kali seminggu. Sasaran utama ialah penghuni baru
yang menjalani program orientasi.
Kelas ini bermula jam 2.30 petang – 3.30 petang. |
| |
| *Tayangan Video |
| |
Melibatkan semua penghuni Islam. Diadakan 2 kali sebulan. |
| |
| *Sembahyang Berjemaah. |
| |
Sembahyang berjemaah melibatkan (5) waktu solat iaitu Subuh hingga solat
Isyak. Imam-imam dipilih oleh guru agama dari kalangan penghuni, yang
layak dan betul sebutan/ bacaannya dalam solat. Mereka dilatih dan digilirkan
setiap hari supaya mereka dapat membawa makmum dengan cara yang betul.
Amalan yang dilakukan pada setiap bulan Ramadhan ialah berpuasa dan solat
terawih dan witir selepas solat Isyak dan berpuasa. |
| |
| *Bacaan Surah Yasin |
| |
Dibuat selepas solat Maghrib dilakukan oleh semua penghuni bagi meningkatkan keimanan dan sebagai amalan mingguan. |
| |
| *Doa Pagi/Malam & zikir harian |
| |
Doa pagi /malam akan dilakukan oleh penghuni setiap hari mengikut rutin
yang ditetapkan seperti waktu beratur pagi, makan, selepas solat jemaah,
dan lain-lain. Zikir harian dibaca pada setiap waktu solat |
| |
| *Solat Sunat Mengiring Solat Fardu (Qabliah dan Baqdiah). |
| |
Solat Sunat Taubat dan Hajat
Solat Sunat Dzuha |
| |
| *Kelas membaca Al-Quran. |
| |
Kelas membaca al Quran diadakan 5 kali seminggu. Kelas ini bermula dari
jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi. Tadarus Al Quran pula diadakan sepanjang
Bulan Ramadhan. Kelas Bimbingan Tajwid pula diadakan seminggu sekali pada
hari Rabu dari Jam 2.30 – 3.30 petang oleh Ustaz Mohd Asri Bin Ibrahim
dari Unit Agama dan Ustaz Abu Samah Bin Abd Wahab (Pusat Pemulihan Akhlak). |
| |
| *Majlis mengingati Hari-Hari Kebesaran Islam |
| |
Majlis diadakan mengikut hari – hari yang dirai seperti awal Muharrram,
Doa Awal Tahun dan Doa Akhir Tahun, Sambutan Maulidur Rasul, Israk Mikraj,
Ehya’ Rejab, Syaaba, & Ramadhan, Nuzul Quran, Sambutan Hari
Raya Aidilfitri & Aidiladha. |
| |
|
ii) Modul Kaunseling
| |
Penghuni-penghuni
akan dibimbing oleh seorang pegawai kaunseling terlatih berpangkat Inspektor
Penjara. Pegawai ini adalah bertugas khas untuk memberi bantuan kaunseling
kepada penghuni dalam sesi kaunseling individu, kaunseling kumpulan atau
kelompok , motivasi dan kanseling keluarga. |
iii) Modul Akademik
| |
Penghuni-penghuni digalakkkan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah (PMR), Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan
(STPM). SHGW juga telah menerima 4 orang guru kader DG 29 pada tahun 2005.
Kelas diadakan seperti sekolah biasa iaitu, setiap hari Isnin hingga Jumaat
bermula jam 8.00 pagi – 1.45 tengahari. Bagi tahun 2007 serama (8)
penghuni menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan (2) penghuni
menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. |
iv) Modul Sukan & Rekreasi
| |
Penghuni akan diberi
peluang mengikuti aktiviti sukan dan rekreasi sejam setiap hari bekerja
manakala enam jam pada hari cuti dan kelepasan am. Antara aktiviti yang
dibenarkan ialah indoor game dan out door game seperti bola jaring, ping
pong dan bola tampar. |
FASA 3 - KEMAHIRAN ( 6 BULAN – 1 TAHUN)
A. LATIHAN VOKASIONAL DI SEKOLAH HENRY GURNEY (W) BATU GAJAH PERAK.
| |
1. Latihan Vokasional di Sekolah Henry Gurney Wanita meliputi (4) buah
bengkel. Selain itu, terdapat sebuah kantin dan dapur penghuni. Butir-butir
dibawah adalah berdasarkan maklumat pada Januari 2005.
2. Jenis-jenis Bengkel:
| |
o Bengkel Jahit
o Bengkel Kraftangan
o Bengkel Batik
o Bengkel Bakeri
o Kantin
o Dapur |
3. Kedudukan Muster Bengkel Pada 9 Ogos 2007
| JENIS BENGKEL DAN JUMLAH PENGHUNI (ORANG) |
| |
Bengkel Jahit - 04
orang
Bengkel Kraftangan - 01 orang
Bengkel Batik - 02 orang
Bengkel Bakeri / kantin - 01 orang
Dapur - 01 orang
Akademik - 10 orang
|
4. Latihan atau Kemahiran yang disediakan dalam setiap bengkel adalah seperti berikut :
| |
4.1 Bengkel Jahit
| | Kakitangan terlibat
merupakan seorang Sarjan Penjara dan seorang Pembantu Latihan Vokasional
J 22 Puan Rokiah binti Deraman. Bagi tahun 2007 terdapat (4) penghuni
yang didaftarkan dalam persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pengkhususan
dalam bidang Pembuat Pakaian Wanita tahap satu. Penghuni di dalam bengkel
ini akan diberikan latihan teori dan praktikal seperti menjahit dan mengunting
pelbagai polar pakaian wanita, uniform kakitangan, pakaian penghuni, cadar,
langsir dan lain-lain. Penghuni juga diajar cara menjahit sama ada menggunakan
mesin jahit atau pun jahitan tangan. Disini juga terdapat kemahiran mempelajari
jahitan sulaman daripada mesin sulaman.
Jenis-jenis Mesin
yang terdapat di SHG(W) sehingga Ogos 2007
| Jenis Mesin dan jumlah
mesin |
| |
Mesin Jahit Tepi Elektrik - 10 Buah
Mesin Eletrik (Brother) - 01 Buah
Mesin Lubang Butang - 02 Buah
Mesin Sulaman Elektrik - 16 Buah
Mesin Jahit Biasa (Juki) - 01 Buah
Mesin Sulam Berkomputer - 02 Buah
|
|
4.2 Bengkel Kraftangan
| | Bengkel ini menempatkan
penghuni yang baru masuk iaitu, seramai (01) orang. Kebanyakan penghuni
baru masuk akan ditempatkan di sini. Bengkel ini menyediakan kemahiran
asas seperti mengait, menjahit crostich, membuat alas kaki dan membuat
kain selimut jahitan tangan daripada perca kain, dan kemahiran lain yang
mudah dipelajari. Selain itu, bengkel ini menghasilkan hasil kraf daripada
kertas. Kakitangan bertugas merupakan seorang Wader Penjara. |
4.3 Bengkel Batik
| | Secara rasminya Bengkel
ini telah mula beroperasi pada Mac 2002. Bengkel ini melibatkan (2) orang
penghuni. Penghuni dipilih, dilatih dan dibimbing oleh kakitangan yang
bertugas teknik membuat batik. Penghuni diajar semua proses membuat batik
dari mencanting hingga ke proses memasak dan menjahit. Antara produk dari
bengkel ini ialah kaftan, baju kurung, kemeja dan frem batik. < |
4.4 Bengkel Bakeri dan Kantin Sekolah
| | Kantin Sekolah Henry
Gurney Wanita melibatkan (1) orang penghuni sahaja. Ianya menerima tempahan
masakan serta menyediakan latihan kemahiran memasak kepada penghuni. Di
sini, penghuni akan diberi latihan seperti penyediaan kuih-muih, biskut,
memasak lauk-pauk serta penyediakan hidangan. Kakitangan terlibat merupakan
seorang Wader Penjara. Pada 14. 09. 2005, Kelab Sahabat Penjara telah
memberi sumbangan sebanyak RM 5 000.00 kepada Sekolah Henry Gurney Wanita
untuk mewujudkan Bengkel Bakeri. Peruntukan tersebut telah digunakan sebagai
permulaan untuk membeli sebuah ketuhar dan sebuah alat pengadun untuk
membuat roti. |
4.5 Dapur
| | Terdapat (1) orang
penghuni yang bertugas harian di sini. Menyediakan makanan untuk semua
penghuni mengikut diet yang ditetapkan. Kakitangan terlibat adalah (2)
pegawai yang bergilir iaitu seorang Kopral Penjara dan seorang Warder
Penjara. |
|
|
FASA 4 - PRA BEBAS ( 6 BULAN HINGGA 1 TAHUN SEBELUM BEBAS )
1) Pada peringkat Fasa 4, kemudahan akan diberi kepada penghuni yang berada di SHGW setelah selama dua tahun dalam tahanan. Mereka akan dipertimbangkan untuk diberi Cuti Sementara (Parole Leave). Penghuni yang berpeluang untuk Bercuti Sementara akan berpeluang untuk di bebaskan awal daripada tarikh bebas sebenar. Antara tujuan diberi cuti selama (7) hari itu adalah untuk :
| | i) Memberi peluang
pelajar merapatkan hubungan dengan ibu/ bapa /keluarga/ penjaga setelah
lama terpisah.
ii) Melatih mereka bergaul dengan masyarakat luar
iii) Menggalakkan mereka berkelakuan baik dan rajin bekerja.
iv) Melatih mereka mempercayai diri sendiri.
v) Memberi peluang mereka mencari pekerjaan apabila dibebaskan kelak. |
2) Penghuni juga diberikan beberapa sesi ceramah yang bersesuaian seperti ceramah motivasi, ceramah kerjaya, dan ceramah kemahiran sosial seperti ceramah daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) , Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dan sebagainya.
[ Peta ]
|