Tempat Tahanan Perlindungan




PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk menyediakan tempat kurungan yang selamat dan layanan yang berperikemanusiaan kepada tahanan berlandaskan peruntukan undang-undang. Kami juga berjanji :-

  • Mempastikan tahanan menerima program pemulihan yang bersesuaian
  • Menjamin semua aduan/rayuan tahanan mendapat pertimbangan yang bersesuaian
  • Menyediakan panduan yang lengkap dan mudah difahami bagi tujuan perjumpaan keluarga dengan tahanan
  • Menyediakan tempat menunggu dan tempat perjumpaan yang selamat dan selesa

 



 

Tempat Tahanan Perlindungan Taiping

Batu 4, Kemunting,
34009 Taiping ,
PERAK DARUL RIDZUAN

Tel : 05-8837836/7311
Fax : 05-8837010
Email : ttptpng@prison.gov.my



 


Maklumat Ringkas

Tempat Tahanan Perlindungan Taiping lebih dikenali sebagai KEMTA. Ia terletak kira-kira 8 km. dari bandar Taiping dan 3 km. dari pekan Kamunting dan mempunyai keluasan 230 hektar. Institusi ini mula dibuka pada November 1973 bagi menempatkan orang-orang yang telah melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Sek. 8(1)).

Pada 14 hb. November 1973, perpindahan 91 orang tahanan dari Tempat Tahanan Khas Batu Gajah yang terdiri daripada anggota-anggota komunis merupakan tarikh permulaan institusi ini beroperasi. Walaupun diperingkat awal pembukaannya ia menempatkan tahanan-tahanan yang sebahagian besarnya merupakan anasir-anasir subversif tetapi sekarang ianya menempatkan tahanan-tahanan yang ekstremis politik, pelampau-pelampau agama dan juga bekas anggota-anggota komunis yang menyerah diri.

Klik sini untuk Artikel Modul Tahanan