Bahasa/Language
 
  • Direktori JPM
  • Profil Pengarah
  • Profil Jabatan
    • Carta & Organisasi
    • Carta Organisasi KDN
    • Ikrar Jabatan
  • PERSIAP
  • Sistem Tempahan Produk
  • Peta Lokasi
Dari 01 Mei 2010,
Bilangan Capaian :

View Statistic


fb tweet prihatin youtube qr rss


videogaleri
Tarikh Kemaskini : 30 Oktober 2014


  Pautan Dalaman

GALERI PRODUK PENJARA PULAPEN MPM AKADEMI SUKPEN


  Pencapaian
capai
  Februari 2011
 
 
   

Program Lawatan Kerja Ketua Pengarah Penjara Ke Lokasi Kerja Pusat Kehadiran Wajib Johor Bahru, Penjara Reman (Tegar) Johor Bahru dan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Di Kem Mahkota Kluang, Johor


Jumaat, 18 Februari 2011 08:02 | Admin

14 Februari 2011, Y. Bhg. Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar telah melakukan lawatan kerja sehari ke beberapa institusi di Johor Bahru dan Kluang, Johor. Antara institusi yang dilawati ialah lokasi kerja Pusat Kehadiran Wajib di Johor Bahru, Penjara Reman (Tegar) Johor Bahru dan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Mahkota Kluang, Johor.

 

Jam 9.00 pagi, Y. Bhg. Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar telah melawat lokasi kerja Pusat Kehadiran Wajib di Rumah Kebajikan Orang Tua ‘Lotuskrish Care Centre’ di Jalan Permatang 8A, Kempas, Johor Bahru. Beliau telah disambut oleh PP Raha bt Jawahir Pengarah Parol Negeri Johor dan En. Krishnan Penyelia  ‘Lotuskrish Care Centre’. Lawatan Y. Bhg. Datuk Wira Ketua Pengarah Penjara turut disertai oleh beberapa orang Pengarah Bahagian dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan beberapa Pengarah Penjara dari negeri Johor. Majlis dimulai dengan taklimat oleh Pengarah Parol Negeri Johor dan dikuti dengan sesi temubual Y. Bhg. Datuk Wira Hj. Zulkifli dengan 12 orang pesalah Pusat Kehadiran Wajib yang berkhidmat di pusat tersebut. Majlis diakhiri dengan Y. Bhg. Datuk Wira Hj. Zulkifli melawat penghuni di pusat tersebut dan disamping itu beliau turut menyampaikan sumbangan berupa makanan kepada penghuni pusat berkenaan. Lawatan selesai jam 10.00 pagi.

 




Pada jam 11.00 pagi, Y. Bhg. Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar telah melawat Penjara Reman (Tegar) Johor Bahru di Mukim Pulai dalam Daerah Johor Bahru. Y. Bhg. Datuk Wira Ketua Pengarah Penjara dan rombongan telah disambut oleh Y. Bhg. Datuk Hj. Omar bin Mohamed Dan dari Syarikat Intrasegi Sdn. Bhd.–Tegas Setuju Sdn. Bhd. (JV) yang melaksanakan pembinaan penjara tersebut. Y. Bhg. Datuk Wira telah diberi taklimat berkaitan kemajuan kerja pembinaan. Penjara Reman (Tegar) Johor Bahru ini dibina di atas tapak seluas 50.4 ekar dan pembinaan dijangka siap pada April 2011. Penjara ini akan menggantikan Penjara Reman Johor Bahru yang sedang beroperasi di Jalan Air Molek, Johor Bahru apabila telah siap sepenuhnya. Lawatan kerja Y. Bhg. Datuk Wira Hj. Zulkifli diakhiri dengan lawatan tinjauan ke dalam bangunan penjara yang kini telah siap 99.8%.

 

Pada jam 2.30 petang pula, Y. Bhg. Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar telah melakukan lawatan ke tapak projek Pusat Pemulihan Pemasyrakatan di Kem Mahkota Kluang, Johor. Y. Bhg. Datuk Wira Ketua Pengarah Penjara dan rombongan telah disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan Y. Bhg. Dato’ Mohamad Khalid bin Hj. Shariff, Panglima Markas 7 Briged Y. Bhg. Dato’ Abu Musa bin Abdul Rahman serta Pengurus Projek En. Hasrul dari Syarikat Benarel Engineering Sdn. Bhd.

 




Y. Bhg. Datuk Wira Ketua Pengarah Penjara telah dibawa meninjau projek pembinaan pusat  tersebu dan diberi taklimat di tapak oleh pengurus projek En. Hasrul. Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Mahkota Kluang ini dibina bagi menempatkan banduan yang akan terlibat dalam program pemasyarakatan Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama ATM. Pusat ini dijangka siap dibina pada 07 Mac 2011 dan dijangka akan dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 16 Mc 2011. Lawatan kerja diakhiri dengan jamuan ringan di Wisma Mahkota, Kem Mahkota, Kluang. 



 
 
spr hrmis  
Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.        Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi