Bahasa/Language
 
  • Direktori JPM
  • Profil Pengarah
  • Profil Jabatan
    • Carta & Organisasi
    • Carta Organisasi KDN
    • Ikrar Jabatan
  • PERSIAP
  • Sistem Tempahan Produk
  • Peta Lokasi
Dari 01 Mei 2010,
Bilangan Capaian :

View Statistic


fb tweet prihatin youtube qr rss


videogaleri
Tarikh Kemaskini : 02 Disember 2014


  Pautan Dalaman

GALERI PRODUK PENJARA PULAPEN MPM AKADEMI SUKPEN


  Pencapaian
capai
  Mei 2013
 
 
   
Kejohanan Petanque Maksak Malaysia Tahun 2013
Rabu, 05 Jun 2013 14:06 | Admin

Penjara Sungai Udang, Melaka telah menjadi tuan rumah bagi  Kejohanan Petanque MAKSAK Malaysia 2013 anjuran MAKSAK Malaysia dan dikelolakan oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia pada 30 Mei 2013 hingga 02 Jun 2013 di Arena Petanque Hang Jebat Melaka. Pada 30 Mei 2013 (Khamis) telah diadakan taklimat dan mesyuarat ketua kontinjen dan pengurus pasukan bertempat di Institut Koreksional Malaysia Tanjung Kling, Melaka. Majlis Perasmian Pembukaan diadakan pada 31 Mei 2013 (Jumaat) yang disempurnakan oleh YB. Datuk Hj.Ab.Rahaman bin Hj.Ab.Karim, Exco kesihatan dan Pembangunan Sukan Negeri Melaka. Kejohanan Petanque ini  telah disertai oleh 15 pasukan dan 4 acara dipertandingkan terdiri daripada acara Berpasukan Lelaki diungguli oleh pasukan MAKSAK Pahang , Berpasukan Wanita oleh pasukan Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia. Acara Veteran Wanita dimenangi oleh pasukan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia dan Veteran Lelaki diungguli oleh pasukan Majlis Sukan Penjara Malaysia .


Pada 02 Jun 2013 (Ahad) Majlis Penutupan Rasmi Kejohanan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Hj. Hassan bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia merangkap Naib Yang DiPertua I Majlis Sukan Penjara Malaysia. Turut hadir pada majlis tersebut Yang Berusaha Encik Ahmad Faedzal bin Md Ramli, Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia, Exco Majlis Sukan Penjara Malaysia, dan Pengarah-pengarah Penjara Zon selatan serta Parol Johor dan Melaka.

 

 
 
spr hrmis  
Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.        Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi