Bahasa/Language
 
  • Direktori JPM
  • Profil Pengarah
  • Profil Jabatan
    • Carta & Organisasi
    • Carta Organisasi KDN
    • Ikrar Jabatan
  • PERSIAP
  • Sistem Tempahan Produk
  • Peta Lokasi
Dari 01 Mei 2010,
Bilangan Capaian :

View Statistic


fb tweet prihatin youtube qr rss


Tarikh Kemaskini : 15 April 2014


  Pautan Dalaman

GALERI PRODUK PENJARA PULAPEN MPM AKADEMI SUKPEN


  Pencapaian
  Kejayaan & Kecemerlangan Jabatan
 
 
   
Majlis Penyampaian Sijil MS ISO 9001:2008 Jabatan Penjara Malaysia
Selasa, 12 Januari 2010 00:01 | Admin
PUTRAJAYA , 12 Jan - Jabatan Penjara Malaysia telah dianugerahkan Sijil MS ISO 9001:2008 oleh YB. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri sempena Majlis Penyampaian amanat tahun 2010 di Kementerian Dalam Negeri. KJP Y.Bhg. Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar hadir bagi menerima sijil pelaksanaan sistem pengurusan kualiti tersebut. Turut hadir dalam majlis tersebut YB. Timbalan-timbalan menteri, Y.Bhg. Dato' Sri Mahmood bin Adam Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri,Ketua ketua-ketua jabatan di bawah kementerian serta Setiausaha-setiausaha Bahagian Kementerian.
Secara ringkasnya Jabatan Penjara Malaysia telah melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO semenjak tahun 1996 menggunakan versi MS ISO 9002:1994 dan versi 9001:2000 melibatkan 8 Bahagian di Ibu Pejabat Penjara dan 30 buah institusi di bawah Jabatan Penjara. Pada tahun 2009 pihak Jabatan telah berusaha untuk memperolehi pensijilan MS ISO Versi 9001:2008 dan memperluaskan kepada 40 buah institusi di bawah skop pengurusan penahanan dan pemulihan banduan, pengurusan penahanan dan pemulihan tahanan, pengurusan penahanan dan pemulihan penghuni serta pengurusan latihan anggota terangkum dalam 32 prosedur kualiti yang melibatkan;


  1. Ibu Pejabat Penjara Malaysia (10 Bahagian di Ibu Pejabat Penjara)
  2. Ibu Pejabat Penjara Sabah
  3. Ibu Pejabat Penjara Sarawak
  4. 27 Institusi Penjara
  5. 3 Pusat Latihan termasuk Akademi Koreksional Malaysia Langkawi
  6. 4 Pusat Pemulihan Akhlak,
  7. 2 Sekolah Henry Gurney dan,
  8. 1 Tempat Tahanan Perlindungan (ISA), Kamunting

Hasil usaha pihak pengurusan atasan dan komitmen semua institusi penjara pengiktirafan dan pensijilan ini telah diperolehi pada 11 November 2009 melalui SIRIM QAS International dan IQ Net International iaitu sebuah badan pengiktirafan kualiti peringkat antarabangsa. Tahniah diucapkan kepada Jabatan Penjara Malaysia.


 
 
spr hrmis  
Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.        Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi