Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia
audio cache cetak   w3c 1 1 1 1 1 1 1
  Mac
 
 
   

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor


Jumaat, 25 Mac 2011 10:03 | Admin -

23 Mac  2011 : PPA Muar Program Gaya Hidup Sihat Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor telah diadakan di Dewan Gemilang Kuarters Kakitangan PPA Muar. Seramai 60 orang peserta menyertai program ini dengan pelbagai pengisian aktiviti seperti senaman ringan fisioterapi yang dikendalikan oleh Tuan Hj Hamid Bin Ali, dari Unit Fisioterapi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. Peserta turut menjalani pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan oleh Unit Kejururawatan HPSF, Muar. Program Gaya Hidup Sihat Peringkat Institusi ini telah dirasmikan pelancarannya oleh PKP Wan Umar Bin W. Abdullah, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Muar. Slot ceramah , Program Gaya Hidup Sihat telah disampaikan oleh Dr. Nik Mahani Bte Nik Mahmod dari Unit Dietetik dan Sajian Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. Pertandingan ping pong antara pegawai-pegawai kanan dan pegawai rendah telah diadakan pada sebelah petang. . Keseluruhannya program ini telah berjaya mencapai matlamat yang dihasratkan iaitu meningkatkan tahap penjagaan kesihatan, pengetahuan tentang pemakanan seimbang serta mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan.



 
 

Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi

Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.
PENAFIAN : Jabatan Penjara Malaysia TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.Paparan terbaik pada Internet Explorer (9/10/11), Google Chrome, Mozilla Firefox 3 dan dengan resolusi minima 1366x768.


JABATAN PENJARA MALAYSIA | Kompleks Penjara Malaysia, 43000 Kajang, Selangor. Tel : 03 8732 8000 | Faks : 03 8739 9205 Email : pro@prison dot gov dot my
cert

Top