Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia
audio cache cetak   w3c
  Mei
 
 
   
Perasmian Program Pemasyarakatan Banduan Di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan
Jumaat, 11 November 2011 00:11 | Admin -

YAB Perdana Menteri telah merasmikan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, NegerI Sembilan. Perasmian ini merupakan perasmian kali ke 2 beliau setelah Pusat Pemulihan Pemasyarakatan, Kem Mahkota, Kluang Johor pada Mac yang lepas. Beliau menegaskan bahawa kerjasama yang unik melibatkan dua kementerian iaitu Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan adalah salah satu usaha yang diilhamkan melalui Strategi Samudra Biru Kebangsaan dalam Pelan Transformasi Kerajaan.

 

Program ini merupakan langkah bijak kerajaan bagi menjimatkan wang untuk kos pembinaan penjara dan kos penyelenggaraan kem. Melalui program ini juga, Orang Yang Diselia(ODS) yang ditempatkan di kem-kem ini turut didedahkan dengan program-program khusus agar mereka dapat berinteraksi dan kembali kepada masyarakat dengan lebih berkenyakinan dan penuh keinsafan.

 

 

 

Pada majlis perasmian tersebut, kesemua tetamu kehormat dan pihak media turut dibawa melawat ke kawasan sekitar Pusat Pemulihan Kemasyarakatan termasuk tapak projek pertanian dan perikanan dan turut serta melihat sesi perjumpaan ODS bersama keluarga dijalankan.

 

 

 

Dalam pelaksanaan fasa pertama program ini, lima buah kem tentera dari seluruh Negara telah dipilih bagi menempatkan banduan yang melakukan kesalahan kecil yang mempunyai baki hukuman kurang dari 24 bulan. Kem tentera yang terlibat ialah Kem Sultan Abdul Halim, Jitra (Kedah); Kem Syed Sirajuddin, Gemas (Negeri Sembilan); Kem Batu 10, 4 Briged Mekanis, Kuantan (Pahang); Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas (Kelantan) dan Kem Mahkota Kluang (Johor).

 

 
 

Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi

Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.       
PENAFIAN : Jabatan Penjara Malaysia TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik pada Google Chrome, Mozilla Firefox 3 dan Internet Explorer 10 dengan resolusi minima 1366x768.
JABATAN PENJARA MALAYSIA
Kompleks Penjara Malaysia, 43000 Kajang, Selangor.
Tel : 03 8732 8000 | Faks : 03 8739 9205
Email : pro@prison dot gov dot my
cert
Top