Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia
audio cache cetak   w3c 1 1 1 1 1 1 1
  September
 
 
   
Sambutan Hari Raya Aidilfitri Di Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka
Jumaat, 14 September 2012 10:09 | Admin -

Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah mengadakan Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat  penghuni Sekolah Henry Gurney Melaka.  Program yang setiap tahun diadakan ini bukan sahaja bertujuan agar penghuni dapat bersama-sama meraikan bulan Syawal yang mulia ini ianya turut memberi  peluang   penghuni  dapat  menunjukan bakat mereka dalam 3 kategori yang dipertandingkan iaitu  sketsa raya,nyanyian lagu-lagu raya dan deklimasi sajak.


Majlis yang dirasmikan oleh Pengarah Sekolah Henry Gurney Melaka  iaitu PKP Jamil Razif bin Kassim ini turut diselitkan dengan persembahan tarian dari rumah Tun Teja, persembahan Marhaban dari Unit Akademik dan persembahan kugiran dari kalangan penghuni yang berbakat. Sketsa raya dari peserta Rumah Hang Tuah berjaya mencuit hati penonton yang hadir dan telah diisytiharkan sebagai pemenang , dalam ketegori nyanyian lagu-lagu raya dimenangi oleh peserta Rumah Tun Teja dan ketagori deklimasi sajak dimenangi oleh peserta Rumah Hang Lekiu.

 

 
 

Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi

Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.
PENAFIAN : Jabatan Penjara Malaysia TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.Paparan terbaik pada Internet Explorer (9/10/11), Google Chrome, Mozilla Firefox 3 dan dengan resolusi minima 1366x768.


JABATAN PENJARA MALAYSIA | Kompleks Penjara Malaysia, 43000 Kajang, Selangor. Tel : 03 8732 8000 | Faks : 03 8739 9205 Email : pro@prison dot gov dot my
certfb tweet youtube rss

Top