Bahasa/Language
 
  • Direktori JPM
  • Profil Pengarah
  • Profil Jabatan
    • Carta & Organisasi
    • Carta Organisasi KDN
    • Ikrar Jabatan
  • PERSIAP
  • Sistem Tempahan Produk
  • Peta Lokasi
Dari 01 Mei 2010,
Bilangan Capaian :

View Statistic


fb tweet prihatin youtube qr rss


videogaleri
Tarikh Kemaskini : 08 Julai 2014


  Pautan Dalaman

GALERI PRODUK PENJARA PULAPEN MPM AKADEMI SUKPEN


  Pencapaian
capai
  Ogos
 
 
   
Kejohanan Ping Pong Penjara Malaysia Kali Ke-6 Tahun 2010
Jumaat, 13 Ogos 2010 00:08 | Admin - Share on Facebook

Machang –,Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan telah diberi kepercayaan oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia bagi menjadi tuan rumah pada Kejohanan Ping Pong Jabatan Penjara Malaysia Kali Ke 6 bagi Tahun 2010 yang berlangsung pada 30 Julai hingga 01 Ogos 2010. Kejohanan yang telah disertai oleh 18 buah pasukan telah diadakan bertempat di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam,Kelantan. Antara acara yang dipertandingkan ialah acara perseorangan lelaki terbuka, Perseorangan wanita, Bergu lelaki terbuka dan Acara Berpasukan. Apa yang menariknya, Kejohanan Ping Pong pada kali ini juga dipertandingkan acara bagi kategori VIP dimana turut disertai oleh Yang Berbahagia Datuk Wira, Pengarah-pengarah bahagian dan Ketua-ketua Institusi

Majlis Perasmian dan makan malam Kejohanan Ping Pong telah dirasmikan oleh YBhg. KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Hj. Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia merang Yang Dipertua Majlis Sukan Penjara Malaysia pada malam 31 Julai 2010 bertempat di Ballroom Pacific, Hotel New Pacific, Kota Bharu. Pada malam tersebut, upacara penyampaian hadiah bagi kategori VIP turut diadakan yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira. Johan bagi kategori ini telah Berjaya dirangkul oleh pasangan YBhg. Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar/ Mat Hassan bin Mat Esa dari pasukan Selangor ‘C’, Naib Johan pasangan dari pasukan Kedah ‘A’ yang diwakili oleh PKP Kamaruzaman b. Hj. Hamat/PKP Shukri bin Saad manakala tempat ketiga bersama jatuh kepada pasangan PKK Ibrisam b. Abd. Rahman/ PKP Nordin bin Muhamad dari pasukan Selangor ‘C’ dan pasangan PKP Muhammad Zuki/ TPP Zaidi dari Pasukan Kelantan ’A’. Pada Malam tersebut juga jawatankuasa pengelola kejohanan telah mengadakan aturcara kejutan yang cukup istimewa buat YBhg. Datuk Wira dan isteri, iaitu upacara memotong kek bersempena ulangtahun perkahwinan yang ke 23 tahun.

Majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutupan kejohanan pula telah disempurnakan oleh PKK Yasuhimi bin Yusoff, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Ping Pong kali ke 6 tahun 2010 bertempat di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu BRI. Sebelum memulakan aturcara penyampaian hadiah, beliau bersama dif-dif jemputan serta peserta kejohanan sempat menyaksikan pertandingan akhir acara bagi kategori Perseorangan Lelaki Terbuka dan acara Bergu Lelaki Terbuka. Keputusan bagi acara-acara yang dipertandingkan pada Kejohanan Ping Pong Jabatan Penjara Malaysia kali ke 6 tahun 2010 seperti berikut:-



1. Acara Perseorangan Wanita

Johan - Pn. Jamiha bt. Mat Ali (Perak ‘C’)
Naib Johan - IP Suzana bt. Mustaffa (Selangor ‘C’)
Ketiga - PP Rohana bt. Abdullah (Selangor ‘C’) - Pn. Hajah Rosseni bt. Md. Noor (Kelantan ‘B’)



2. Acara Perseorangan Lelaki Terbuka

Johan - Mohd Salim b. Sajak ( N. Sembilan )
Naib Johan - Sobian b. Khamarulzaman(Selangor ‘C’)
Ketiga - Nazaruddin bin Rahmat ( Negeri Sembilan ) - Abd. Karim bin Mohamad (Johor ‘B’)



3. Acara Bergu Lelaki Terbuka

Johan - Mohamad Mokhtar / Mohd. Azlan Abdul Latif (Selangor ‘B’)
N/ Johan - Halim B. Ibrahim / Mohamad B. Talib (Selangor ‘C’)
Ketiga - Fadzil B. Othman / Abd. Rashid B. Alwi (Selangor ‘A’) - Zakaria B. Baharom / Ab. Gani Md. Yasin (Pahang ‘B’)



4. Berpasukan

Johan - Selangor ‘C’
Naib Johan - Negeri Sembilan
Ketiga - Kelantan ‘A’ - Perak ‘C’



 
 
spr hrmis  
Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.        Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi