Bahasa/Language
 
  • Direktori JPM
  • Profil Pengarah
  • Profil Jabatan
    • Carta & Organisasi
    • Carta Organisasi KDN
    • Ikrar Jabatan
  • PERSIAP
  • Sistem Tempahan Produk
  • Peta Lokasi
Dari 01 Mei 2010,
Bilangan Capaian :

View Statistic


fb tweet prihatin youtube qr rss


videogaleri
Tarikh Kemaskini : 27 Ogos 2014


  Pautan Dalaman

GALERI PRODUK PENJARA PULAPEN MPM AKADEMI SUKPEN


  Pencapaian
capai
  Panduan Kerjaya
 
 
   

Panduan Kerjaya di Jabatan Penjara Malaysia

 

Peranan Pegawai Penjara

Pegawai Penjara memberikan sumbangan kepada negara melalui perkhidmatan kepenjaraan yang profesional. Dua peranan yang
dilaksanakan serentak iaitu sebagai pegawai keselamatan dan pemulihan.
Kedua-dua fungsi yang unik ini sangat berbeza dan anggota penjara perlu mencapai satu tahap keseimbangan yang sesuai dalam
menggabungkan kedua-duanya supaya objektif jabatan tercapai.


Perlantikan Jawatan


Bersesuaian dengan kelayakan akademik yang anda miliki, anda boleh menyertai Jabatan Penjara Malaysia melalui tiga tahap
kemasukan yang berikut :


- Perlantikan sebagai Wadar (KX17)
- Perlantikan sebagai Inspektor Penjara (KX27)
- Perlantikan sebagai Timbalan Penguasa Penjara (KX41)
- Sila rujuk kepada struktur perjawatan di bawah.

 

 

Elaun

Elaun Khidmat Awam

Jawatan/ Gred
Kadar Sebulan
Timbalan Penguasa Penjara KX41
RM300.00
Inspektor Penjara KX27
RM160.00
Wadar Penjara KX17
RM 115.00

 

 

Elaun Tetap Perumahan

Jawatan/ Gred
Semenanjung
Sarawak
Sarawak Sabah/Labuan
Timbalan Penguasa Penjara KX41
RM450.00
RM475.00
RM600.00
Inspektor Penjara KX27
RM420.00
RM 450.00
RM580.00
Wadar Penjara KX17
RM230.00
RM 250.00
RM335.00

 

 

Elaun Pakaian Seragam

Jawatan/ Gred
Kadar Setahun
Timbalan Penguasa Penjara KX41
RM500.00
Inspektor Penjara KX27
RM500.00
Wadar Penjara KX17
RM100.00/pasang
(3 pasang setahun)

 

 

Cuti


- Cuti rehat - cuti tahunan mengikut jawatan dan tempoh perkhidmatan
- Cuti sambilan - 14 hari setahun dan mesti dihabiskan dalam tahun yang sama
- Cuti tanpa rekod
- Cuti sakit
- Cuti belajar bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji
- Cuti menunaikan haji bergaji penuh bagi jangka masa tidak melebihi 40 hari
- Kelepasan - sekiranya bekerja pada hari-hari cuti

 

 

Kebajikan Anggota


- Kemudahan perumahan
- Kemudahan perubatan
- Tambang percuma cuti rehat balik ke kampung pada setiap tiga tahun sekali
- Pinjaman perumahan, membeli komputer dan kenderaan


Perkembangan Kerjaya


Setiap anggota dalam Jabatan Penjara Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk kenaikan pangkat. Kecemerlangan dalam
melaksanakan tugas adalah kriteria utama.
Untuk meningkatkan profesionalisme kepenjaraan, pelbagai kursus di dalam dan luar negara turut ditawarkan kepada anggota. Di
samping itu, anggota penjara juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di intitusi pengajian tinggi mengikut minat dan
kelayakan akademik masing-masing.

 

Ranking Perjawatan Seragam
Gred Jawatan
Lencana Pangkat
Komisioner Jeneral Penjara
Gred Utama A
V.U.5
Komisioner Jeneral Penjara
Gred Utama B
V.U.6
Komisioner Penjara
Gred Utama C
V.U.7
Timbalan Komisioner Penjara
KX 54
Penolong Kanan Komisioner Penjara
KX 52
Penolong Komisioner Penjara (PKP)
KX 48
Penguasa Penjara (PP)
KX 44
Timbalan Penguasa Penjara (TPP)
KX 41
Penolong Penguasa Penjara (PPP)
KX 32
Inspektor Penjara (IP)
KX 27
Sub Inspektor Penjara
KX 26
Sarjan Mejar Penjara
KX 24
Sarjan Penjara
KX 22
Koperal Penjara
KX 20
Wadar Penjara
KX 17

 

 

Skim Perkhidmatan Pegawai Penjara

Klasifikasi : Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

Gred KX17

P1T1 RM 827.94 - P1T24 RM 2117.15
P2T1 RM 880.88 - P2T24 RM 2298.18
P3T1 RM 935.33 - P3T24 RM 2423.63


Gred KX20

P1T1 RM 1007.93 - P1T18 RM 2422.16
P2T1 RM 1183.38 - P2T18 RM 2700.46


Gred KX22

P1T1 RM 1932.06 - P1T10 RM 2680.77
P2T1 RM 2107.51 - P2T10 RM 2910.67


Gred KX24

P1T1 RM 2005.00 - P1T12 RM 2920.09
P2T1 RM 2180.45 - P2T12 RM 3162.09


Gred KX26

P1T1 RM 2214.90 - P1T9 RM 3013.54
P2T1 RM 2428.16 - P2T9 RM 3299.36

 

Syarat Lantikan

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-


(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred KX17 : P1T1)


(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang
berikut:-


(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi calon wanita
tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm
semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata
atau kanta lekap;
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan
berdaftar;


Penetapan Gaji Permulaan


2. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred KX17 boleh ditetapkan oleh
Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja
berkaitan.

Tempoh Percubaan

3. Pegawai Penjara Gred KX17 yang dilantik secara terus atau kenaikan pangkat
secara lantikan adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan
selama 1 hingga 3 tahun.

 

Latihan

4. Pegawai Penjara boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh
ketua perkhidmatan yang berkenaan.

 

Kursus Induksi/Peperiksaan

5. Pegawai Penjara KX17 dalam tempoh percubaan adalah dikehendaki hadir
dengan jayanya kursus induksi dan tamat dengan jayanya latihan asas serta
lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan
yang berkenaan.

 

Pengesahan Dalam Perkhidmatan

6. Pegawai Penjara KX17 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan
apabila telah :-
(a) memenuhi tempoh percubaan;
(b)hadir dengan jayanya kursus induksi dan tamat dengan jayanya latihan
asas serta lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
(c) diperaku oleh ketua jabatan/ketua perkhidmatan

 

Pergerakan Gaji Tahunan

7. Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh
ketua jabatan/ketua perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.

 

Penilaian Tahap Kecekapan

8. Pegawai Penjara hendaklah lulus penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan
oleh ketua perkhidmatan untuk kenaikan pangkat.

 

Kenaikan Pangkat ke Gred KX20

9. Pegawai Penjara Gred KX17 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan
pangkat ke jawatan Pegawai Penjara Gred KX20 yang kosong apabila telah :-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) lulus semua penialaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(d) diperaku oleh ketua perkhidmatan.

 

Kenaikan Pangkat ke Gred KX22

10. Pegawai Penjara Gred KX18 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan
pangkat ke jawatan Pegawai Penjara Gred KX22 yang kosong apabila telah :-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) lulus semua penialaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(c) diperaku oleh ketua perkhidmatan.

 

Kenaikan Pangkat ke Gred KX24

11. Pegawai Penjara Gred KX22 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan
pangkat ke jawatan Pegawai Penjara Gred KX24 yang kosong apabila telah :-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) lulus semua penialaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(c) diperaku oleh ketua perkhidmatan.

 

Kenaikan Pangkat ke Gred KX26

12. Pegawai Penjara Gred KX24 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan
pangkat ke jawatan Pegawai Penjara Gred KX26 yang kosong apabila telah :-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) lulus semua penialaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(c) diperaku oleh ketua perkhidmatan.

 

Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke Perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara

13. Pegawai Penjara yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak
dipertimbang bagi kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong
Penguasa Penjara Gred KX27 yang kosong mengikut syarat-syarat yang
ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.

 



Skim Perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara


Borang Permohonan bagi STPM/HSC
Borang Permohanan bagi Diploma


Klasifikasi : Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

 

Gred KX27

P1T1 RM 1215.14 - P1T26 RM 3045.29
P2T1 RM 1284.72 - P2T26 RM 3232.90
P3 T1 RM 1 357.32 - P3T26 RM 3426.42


Gred KX32

P1T1 RM 2453.13 - P1T10 RM 3569.40
P2T1 RM 2714.79 - P2T10 RM 3912.69


Gred KX38

P1T1 RM 3042.24 - P1T12 RM 4660.6 1
P2T1 RM 3255.50 - P2T12 RM 5149.20

 

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;


(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan atau kelulusan yang setaraf dengan kelulusan
Sijil Penuh STP/HSC atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KX27: P1T1;) atau


(ii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KX27 : P1T5)


(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang
berikut:-
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57 m bagi lelaki dan 1.53 m wanita tanpa
bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48 kg. bagi lelaki dan 46 kg bagi
wanita;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangn ya 79sm dan
84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);


(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata
atau kanta lekap;
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal
perubatan berdaftar;
dan (e) lulus Bahasa Malaysia/bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Penjara adalah layak
dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat
secara lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Penjara KX27, tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-


(a) (i) mempunyai kelayakan di para 1(c) di atas atau
(ii)menamatkan dengan jayanya kursus latihan Kadet Penolong
Penguasa Penjara;
dan (b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

Penetapan Gaji Permulaan

3. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas Gred KX27 boleh ditetapkan oleh
Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja
berkaitan.

 

Tempoh Percubaan

4. (a) Penolong Penguasa Penjara Gred KX27 yang dilantik secara terus
atau kenaikan pangkat secara lantikan adalah dikehendaki berkhidmat
dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

 

Latihan

5. Penolong Penguasa Penjara boleh dikehendaki mengikuti latihan yang
ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.

 

Kursus Induksi/Peperiksaan

6. Penolong Penguasa Penjara Gred KX27 dalam percubaan adalah
dikehendaki hadir dengan jayanya Kursus Induksi dan lulus Peperiksaan
Perkhidmatan yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan yang berkenaan.

 

Pengesahan Dalam Perkhidmatan

7. Penolong Penguasa Penjara Gred KX27 yang dilantik adalah layak disahkan
dalam perkhidmatan apabila telah:-
(a) memenuhi tempoh percubaan;
(b) hadir dengan jayanya kursus induksi dan lulus peperiksaan perkhidmatan
yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan oleh ketua perkhidmatan.

 

Pergerakan Gaji Tahunan

8. Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh
ketua perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.

 

Penilaian Tahap Kecekapan

9. Penolong Penguasa Penjara hendaklah lulus penilaian tahap kecekapan yang
ditetapkan oleh ketua perkhidmatan untuk kenaikan pangkat.

 

Kenaikan Pangkat ke Gred KX32

10. Penolong Penguasa Penjara KX27 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan
pangkat ke jawatan Penolong Penguasa Penjara KX32 yang kosong apabila
telah :-


(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) lulus semua penialaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(d) diperaku oleh ketua perkhidmatan.

 

Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke Perkhidmatan Penguasa Penjara

11. Penolong Penguasa Penjara Penjara yang menunjukkan prestasi yang
cemerlang adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat secara lantikan ke
jawatan Penguasa Penjara Gred KX41 yang kosong mengikut syarat-syarat
yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.

 


Skim Perkhidmatan Penguasa Penjara


Klasifikasi : Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

 

Gred KX41

P1T1 RM 1702.81 - P1T22 RM 4688.95
P2T1 RM 1798.82 - P2T22 RM 4968.61
P3T1 RM 1899.01 - P3T22 RM 5272.07


Gred KX44

P1T1 RM 2625.36 - P1T14 RM 4339.93
P2T1 RM 2904.87 - P2T14 RM 4761.04


Gred KX48

P1T1 RM 3814.79 - P1T8 RM 5059.88
P2T1 RM 4149.96 - P2T8 RM 5539.04


Gred KX52

P1T1 RM 4291.53 - P1T8 RM 5536.62
P2T1 RM 4669.05 - P2T8 RM 6015.78


Gred KX54

P1T1 RM 4526.27 - P1T8 RM 5894.78
P2T1 RM 4926.78 - P2T8 RM 6434.44

 

Syarat Lantikan

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan dari universiti-universiti
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred KX41 : P1T1);
atau
(ii) ijazah sarjana kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada universitiuniversiti
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KX41 : P1T3)'

(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang
berikut:-
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57 m bagi lelaki dan 1.53 m bagi wanita
tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48 kg. bagi lelaki dan 46 kg. bagi
wanita
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan
84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata
atau kanta lekap;
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal
perubatan berdaftar;
dan (e) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara
adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk
kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penguasa Penjara Gred KX41,
tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan :-
(a) (i) mempunyai kelayakan di para 1(c) di atas atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

Penetapan Gaji Permulaan

3. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred KX41 boleh ditetapkan oleh
Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja
berkaitan.

 

Tempoh Percubaan

4. (a) Penguasa Penjara Gred KX41 yang dilantik secara terus atau kenaikan
pangkat secara lantikan adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh
percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

 

Latihan

5. Penguasa Penjara Gred KX41 boleh dikehendaki mengikuti latihan yang
ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. Timbalan
Penguasa Penjara Gred KX41 yang dilantik mengikut peruntukan para 2 boleh
dikecualikan keseluruhan atau sebahagian daripada latihan yang ditetapkan
oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

 

Kursus Induksi/Peperiksaan

6. Penguasa Penjara Gred KX41 dalam percubaan adalah dikehendaki hadir
dengan jayanya kursus induksi dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang
ditetapkan oleh ketua perkhidmatan yang berkenaan.

 

Pengesahan Dalam Perkhidmatan

7. (a) Penguasa Penjara Gred KX41 yang dilantik adalah layak disahkan dalam
perkhidmatan apabila telah:-
(i) memenuhi tempoh percubaan;
(ii)hadir dengan jayanya kursus induksi dan lulus peperiksaan
perkhidmatan yang ditetapkan; dan
(iii) diperakukan oleh ketua perkhidmatan.

 

Pergerakanan Gaji Tahunan

8. Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh
ketua perkhidmatan berdasarkan prestasi kecemerlangan perkhidmatan.

 

Penilaian Tahap Kecekapan

9. Penguasa Penjara hendaklah lulus penilaian tahap kecekapan yang
ditetapkan oleh ketua perkhidmatan untuk kenaikan pangkat.

 

Kenaikan Pangkat Ke Gred KX44

10. Penguasa Penjara Gred KX41 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan
pangkat ke jawatan Penguasa Penjara Gred KX42 yang kosong apabila
telah :-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

 

Kenaikan Pangkat Ke Gred KX48

11. Penguasa Penjara Gred KX44 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan
pangkat ke jawatan Penguasa Penjara Gred KX48 yang kosong apabila
telah :-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

 

Kenaikan Pangkat Ke Gred KX52

12. Penguasa Penjara Gred KX48 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan
pangkat ke jawatan Penguasa Penjara Gred KX50 yang kosong apabila
telah :-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

 

Kenaikan Pangkat Ke Gred KX54

13. Penguasa Penjara Gred KX52 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan
pangkat ke jawatan Penguasa Penjara Gred KX54 yang kosong apabila
telah :-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

 

Kenaikan Pangkat Ke Gred Yang Lebih Tinggi

14. Penguasa Penjara Gred KX54 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka
mutunya adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih
tinggi yang kosong.


Kembali Ke Atas

 
 
spr hrmis  
Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.        Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi