Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia
audio cache cetak   w3c 1 1 1 1 1
  Panduan Lawatan Berkumpulan Ke Institusi Penjara
 
 
   
  Jabatan Penjara menggalakkan lawatan-lawatan ke Institusi Penjara bagi tujuan memberi keinsafan kepada masyarakat dan menggalakkan mereka menyumbang ke arah pemulihan banduan-banduan, tertakluk kepada keadaan keselamatan dan risiko pelawat-pelawat berkaitan.

Kebenaran lawatan ini boleh dipertimbangkan kepada pertubuhan-pertubuhan dan organisasi seperti berikut:-

  1. Badan-badan beruniform seperti Polis/Tentera;

  2. Pertubuhan-pertubuhan sukarela, badan-badan berkanun dan bukan kerajaan yang berhasrat menyumbang ke arah pemulihan Jabatan Penjara seperti pertubuhan keugamaan;

  3. Penuntut-penuntut pusat pengajian tinggi yang ada kaitan dengan Jabatan Penjara dalam bidang pengajian mereka;

  4. Pertubuhan-pertubuhan belia bertujuan memberi kesedaran kepada peserta;

  5. Permohonan lain-lain yang difikirkan wajar diberi pertimbangan.


Tatacara permohonan membuat lawatan :-

  1. Semua permohonan hendaklah dihantar kepada :

    Komisioner Jeneral Penjara
    Ibu Pejabat Penjara Malaysia
    Kajang-Semenyih ByPass, 43000 Kajang
    SELANGOR
    (u.p. : Pengarah Dasar Kepenjaraan)

    Maklumat lanjut hubungi :
    Tel. - 03-87328026
    Fax. - 03-87374194 / 03-87399205


  2. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh empat (4) minggu sebelum tarikh lawatan yang dicadangkan.
    - (Hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum - Aturcara lawatan tidak dibenarkan)
    - Walau bagaimanapun penetapan tarikh tertakluk kepada kelulusan Bukit Wira.


  3. Setiap permohonan hendaklah mengemukakan butir-butir lengkap peserta.
    - (Nama/No. Kad Pengenalan/ Alamat Terakhir/Umur)


  4. Bilangan peserta yang akan menyertai lawatan ini hendaklah tidak melebihi tiga puluh (30) orang


  5. Sekiranya jamuan disediakan untuk pelawat maka segala kos penyediaan ini hendaklah ditanggung oleh pelawat dan menjelaskannya sebaik sahaja tiba sebelum memulakan lawatan.
    - Perbincangan boleh dibuat terlebih dahulu bagi menentukan menu dan bayaran dengan institusi penjara berkenaan


  6. Pelawat-pelawat hendaklah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan yang akan dikeluarkan bersama surat kelulusan bagi permohonan yang diluluskan


  7. Memastikan semua peserta membawa kad pengenalan semasa lawatan untuk tujuan pemeriksaan keselamatan dan berpakaian yang bersesuaian dan sopan.

 
 

 

Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi<

(C) Hakcipta Terpelihara 2012 - Jabatan Penjara Malaysia
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome & Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 * 768

Kemaskini Terakhir: 28-01-2020


JABATAN PENJARA MALAYSIA | Kompleks Penjara Malaysia, 43000 Kajang, Selangor. Tel : 03 8732 8000 | Email : pro@prison dot gov dot my
cert

Top