Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia
audio cache cetak   w3c 1 1 1 1 hijau 1 1
      Refresh  
  AKRAB - Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam
 
 
   


AKRAB
JABATAN PENJARA MALAYSIA


KONSEP AKRAB
Program AKRAB berkonsep ‘rakan membantu rakan’ dengan berteraskan asas kaunseling dan kemahiran membimbing. Ia menekankan perkongsian input pengetahuan, penanaman nilai-nilai murni, pengwujudan sistem sokongan dan sebagainya dalam kalangan kakitangan organisasi. Konsep AKRAB membantu rakan diwujudkan bagi menyediakan medium perantaraan antara rakan sekerja dengan pihak pengurusan sesebuah organisasi. Selain itu, ia juga bertindak sebagai platform untuk berkongsi idea, meluahkan perasaan, memupuk semangat berpasukan dan mendapatkan bimbingan sokongan daripada ahli-ahli AKRAB.
 
OBJEKTIF PROGRAM AKRAB
AKRAB membentuk satu kelompok sokongan atau perantara yang terlatih antara ahli AKRAB dengan rakan sekerja dan pegawai psikologi atau pegawai sumber manusia organisasi. Objektif utama pelaksanaannya ialah untuk membimbing kakitangan organisasi yang menghadapi pelbagai permasalahan demi meningkatkan potensi mereka ke tahap yang optima.
 
PERANAN AKRAB
Peranan ahli AKRAB ialah untuk membantu mewujudkan pengurusan modal insan yang lebih humanistik. Antara peranannya:
1. Berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan
2. Memberi sokongan kepada perubahan
3. Menjadi agen transformasi perkhidmatan awam
4. Memberi motivasi untuk mengekalkan perubahan
5. Menjadi pembimbing kehidupan berkerjaya
6. Menggalakkan budaya kerja berpasukan
7. Menerapkan nilai-nilai kesukarelaan dan empati
 
SKOP AKRAB

Skop AKRAB dalam Perkhidmatan Awam berfokus kepada peningkatan kompetensi seperti berikut :

 

a. Kompetensi Peribadi menggambarkan bagaimana mengurus diri sendiri, sama ada menerima atau menghargai diri sendiri dan kebolehan untuk mengurus emosi dan motivasi secara berkesan.
   
b. Kompetensi Sosial merujuk tentang bagaimana menguruskan perhubungan melalui interaksi sosial. Proses sosial ini mengandungi elemen empati iaitu kesedaran mengenai perasaan, keperluan dan keprihatinan orang lain. Kemahiran bersosial iaitu kebolehan berhubung dan bekerjasama dengan orang lain.
   
c. Kompetensi Budaya merujuk tentang bagaimana menguruskan perubahan organisasi yang mengandungi elemen kesedaran tentang budaya organisasi lain(enlightment) serta pengurusan budaya kerja organisasi.
   
d. Kompetensi Profesional merujuk kepada pengetahuan dan pendekatan ahli AKRAB semasa memberi latihan atau bimbingan. Kecekapan menggunakan kaedah dan pendekatan yang profesional dan mencari jalan penyelesaian masalah sesuatu isu yang dihadapi oleh rakan sekerja.
   
 
 
 
 
 
   

 

 
 

Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi

Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.
PENAFIAN : Jabatan Penjara Malaysia TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.Paparan terbaik pada Internet Explorer (9/10/11), Google Chrome, Mozilla Firefox 3 dan dengan resolusi minima 1366x768.


JABATAN PENJARA MALAYSIA | Kompleks Penjara Malaysia, 43000 Kajang, Selangor. Tel : 03 8732 8000 | Faks : 03 8739 9205 Email : pro@prison dot gov dot my
cert

Top