Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia
audio cachecetak w3c 1 1 1 biru hijau merah 1
  Julai 2012
 
 
   
Majlis Berbuka Puasa Pelajar Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka bersama Timbalan Ketua Pengarah Penjara
Khamis, 02 Ogos 2012 09:08 | Admin

24 Julai 2012 - Bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah mengelolakan Majlis Berbuka Puasa bersama YBhg TKPJ Dato' Hj Hassan bin Sakimon Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional) bersama Pelajar berada di sekolah ini. Objektif program ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar disini agar dapat sama-sama merasai nikmat berbuka bersama keluarga selain dapat mengeratkan tali silaturahim antara pelajar dan warga kerja Jabatan Penjara Malaysia serta Ahli-ahli Lembaga Pelawat , Guru-guru Halaqah(Majlis Agama Islam Melaka) dan badan NGO's (AL-Taqwa). Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Wira Latiff bin Tamby Chik, Adun kawasan Telok Mas merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Sekolah Henry Gurney Melaka serta Pengarah-Pengarah Penjara Negeri Melaka.


Program dimulakan dengan ceramah oleh Ustaz Mohd Anuar bin Mohd Talib dari Rumahku Syurgaku Jabatan Ketua Menteri Negeri Melaka  bertajuk Ihya' Ramadhan yang berkisarkan  tentang kelebihan dan nikmat di Bulan Ramadhan. YBhg TKPJ Dato' Hj Hassan bin Sakimon turut menyampaikan sumbangan berupa Al-Quran,telekung dan kupiah bagi pihak Unit Agama Ibu Pejabat Penjara Malaysia kepada pelajar-pelajar disini. Majlis ini diakhiri dengan solat Magrib berjemaah.

 

 
 
Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi

Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.
PENAFIAN : Jabatan Penjara Malaysia TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik pada Internet Explorer (9/10/11), Google Chrome, Mozilla Firefox 3 dan dengan resolusi minima 1366x768.


JABATAN PENJARA MALAYSIA | Kompleks Penjara Malaysia, 43000 Kajang, Selangor. Tel : 03 8732 8000 | Faks : 03 8739 9205 Email : pro@prison dot gov dot my
cert

Top