cache cetak  w3c biru hijau merah uk Bahasa/Language
 
  • Direktori JPM
  • Profil Pengarah
  • Profil Jabatan
    • Carta & Organisasi
    • Carta Organisasi KDN
    • Ikrar Jabatan
  • PERSIAP
  • Sistem Tempahan Produk
  • Peta Lokasi
Dari 01 Mei 2010,
Bilangan Capaian :

View Statistic


fb tweet prihatin youtube qr rss


videogaleri
Tarikh Kemaskini : 27 Ogos 2014


  Pautan Dalaman

GALERI PRODUK PENJARA PULAPEN MPM AKADEMI SUKPEN


  Pencapaian
capai
  Keratan Akhbar / Kenyataan Media
 
 
   
Jabatan Penjara sentiasa prihatin kebajikan penghuni
Isnin, 17 Mei 2004 00:05 | Admin
Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 22.12.2003
Muka surat : 10

Saudara Pengarang,
Pihak Jabatan Penjara Malaysia mengucapkan terima kasih terhadap maklum balas Anti Aniaya, Alor Star yang disiarkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia 17 Disember 2003 mengenai pengalamannya berkunjung ke Penjara Air Molek, Johor untuk lawatan keluarga sempena Aidilfitri.

Lawatan keluarga penghuni sempena perayaan adalah lawatan khas yang tidak menjejaskan kekerapan lawatan berjadual yang telah ditetapkan. Kemudahan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada mereka agar turut sama merasai kemeriahan sambutan perayaan bersama keluarga walaupun menjalani hukuman di dalam penjara.

Mulai Januari tahun 2003, makanan atau minuman dari luar tidak dibenarkan untuk diberikan kepada penghuni sempena lawatan keluarga semasa semua perayaan. Maklumat berkaitan larangan membawa makanan dari luar telah dimaklumkan kepada orang awam melalui media cetak elektronik serta oleh anggota di institusi penjara semasa lawatan biasa.

Para penghuni juga telah dimaklumkan. Antara faktor-faktor larangan ini dilaksanakan ialah:

Makanan terpaksa disediakan awal oleh keluarga menyebabkan tidak segar lagi apabila sampai kepada penghuni. Ia kemungkinan basi dan menyebabkan keracunan makanan apabila dimakan oleh penghuni.
Peraturan Penjara 2000 menetapkan bahawa barangan yang dibawa oleh keluarga perlu diperiksa oleh anggota penjara. Pemeriksaan dilakukan ke atas makan dengan memotong dan mencarik-carikkannya yang kemudian akan dimakan oleh penghuni. Perbuatan ini dianggap agak menjijikkan dan menghina keluarga penghuni dan menjejaskan imej Jabatan Penjara dari segi layanan yang diberikan kepada orang ramai. Kemungkinan akibat daripada pemeriksaan juga, makanan tercemar.
Terdapat ahli keluarga yang cuba menyeludup barang-barang larangan (seperti wang, dadah, tembakau dan sebagainya) melalui makanan yang dibawa seperti dalam tulang ayam, coklat, kek, sup, buah-buahan dan sebagainya. Tindakan seperti ini menjejaskan usaha Jabatan Penjara yang bertungkus lumus memulihkan penghuni.
Jabatan Penjara mengutamakan kehadiran ahli keluarga semasa lawatan keluarga sebagai satu bentuk pemulihan kepada penghuni.

Makanan bukanlah satu perkara yang diutamakan. Lagi pun, anggota penjara di semua institusi penjara berusaha menyediakan makanan istimewa seperti nasi minyak atau nasi ayam dan sebagainya untuk disajikan kepada penghuni pada hari perayaan. Jika makanan dibenarkan masuk, pemeriksaan perlu dilakukan. Oleh kerana pada hari lawatan perayaan, bilangan pelawat adalah terlalu ramai, maka ia akan mengambil masa untuk menjalankan pemeriksaan ke atas makanan. Ini akan melambatkan proses lawatan dan menjadikan masa menunggu terlalu lama.

Jabatan Penjara mengadakan jualan makanan kepada orang ramai sebagai satu kemudahan dan bukan bermatlamatkan keuntungan. Ibu Pejabat Penjara Malaysia memberi arahan (seperti cara layanan, keutamaan kepada orang tua dan ibu mengandung serta keselesaan tempat lawatan) bagi melicinkan proses lawatan dan bukan dari segi penetapan harga.

Mengenai makanan yang dijual dengan harga mahal, Jabatan Penjara akan mempergiatkan pemantauan harga di institusi penjara. Dakwaan bahawa satu set beriani yang dijual dengan harga RM12 adalah kurang tepat. Semakan dengan Penjara Air Molek, Johor didapati bahawa satu set beriani (ayam/daging) adalah RM6. Rokok adalah artikel larangan di dalam penjara. Malah menukarkan barangan dengan rokok merupakan satu kesalahan dan boleh diambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

Jabatan Penjara sentiasa prihatin terhadap kebajikan penghuni serta keluarga serta mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan keberkesanannya. Di samping itu, anggota penjara sentiasa ditekankan untuk memberi layanan yang mesra kepada orang ramai. Siasatan akan dilakukan terhadap dakwaan tentang layanan yang kurang memuaskan. Sekiranya didapati berlaku keadaan sedemikian, Jabatan penjara tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas anggota yang terlibat.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Anti-Aniaya Alor Star. Maklum balas yang diberikan akan digunakan untuk meningkatkan keberkesanan sistem lawatan keluarga penghuni. Untuk meningkatkan prestasi kami, sekiranya orang ramai mempunyai sebarang masalah/persoalan, sila hubungi Pegawai Perhubugan Awam Penjara di talian 03-87328205 atau merujuk kepada mana-mana pegawai di penjara berhampiran.

- KAULSALYA DEWI a/p SATHOO PP, Pegawai Perhubungan Awam, b.p Ketua Pengarah Penjara, Malaysia.
 
 
mygov spr ksn bpa mobile dapat epsa msc hrmis ep tour pemudah integriti bisa  
Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.        Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi