cache cetak  w3c biru hijau merah uk Bahasa/Language
 
  • Direktori JPM
  • Profil Pengarah
  • Profil Jabatan
    • Carta & Organisasi
    • Carta Organisasi KDN
    • Ikrar Jabatan
  • PERSIAP
  • Sistem Tempahan Produk
  • Peta Lokasi
Dari 01 Mei 2010,
Bilangan Capaian :

View Statistic


fb tweet prihatin youtube qr rss


videogaleri
Tarikh Kemaskini : 08 Julai 2014


  Pautan Dalaman

GALERI PRODUK PENJARA PULAPEN MPM AKADEMI SUKPEN


  Pencapaian
capai
  Artikel
 
 
   
Catatan Peristiwa Sejarah Kinta Prison
Rabu, 12 Mei 2004 00:05 | Admin

Pendahuluan

Secara umumnya Pusat Pemulihan yang terdapat di Malaysia adalah dianggap sebagai sebuah Institusi Tahanan Sosial yang terpenting yang terletak di bawah naungan Kementerian Negeri Dalam Negeri (KDN) dan perlaksanaannya adalah mengikut Undang-Undang Penjara 1995 dan Peraturan-Peraturan Penjara 2000.

Pada hakikatnya Pusat pemulihan ini menekankan kepada tiga (3) kontek utama iaitu :

  1. Hukuman
  2. Perlindungan
  3. Pemulihan

Pada dasarnya tempat ini bukanlah boleh kita anggap sebagai tempat untuk mendera atau menyeksa mereka yang telah melakukan berbagai-bagai kesalahan sivil. Ianya adalah sebagai Pusat bagi melindungi mereka dari gejala-gejala yang tidak sihat dan memulihkan mereka agar dapat diterima kembali oleh masyarakat luar.


 

Pra Sejarah

Kebanyakan penjara di Malaysia pada zaman dahulu telah dibina pada abad ke 19. Begitu juga dengan penjara-penjara yang terdapat di negeri Perak.

Selain daripada Penjara Taiping yang telah dibina pada tahun 1879, ada sebuah lagi penjara yang tertua telah dibina pada tahun 1800an yang terletak di Papan lebih kurang 15 km dari bandar Ipoh.Penjara Papan menempatkan orang-orang banduan yang telah melakukan bermacam-macam kesalahan.

Pada tahun 1949, sebuah lagi penjara telah dibina di Negeri Perak yang letaknya di Bandar Ipoh yang dinamakan 'Detention Camp', yang sekarang telah dijadikan sebagai sebuah stadium dan lebih di kenali sebagai Stadium Perak. Pada bulan Mei 1949, ramai anak-anak Melayu dan Sikh termasuk segelintir bangsa Cina telah dipilih secara kecemasan untuk menjadi Warder. Bagi setiap orang yang ingin mendaftar sebagai Warder, pemilihan telah dibuat di Balai Polis Central, Ipoh oleh orang Inggeris pada masa itu kerana setiap penjara adalah di bawah naungan pihak Inggeris.

Setiap orang yang telah dipilih dalam pemilihan itu akan dihantar ke Tanjung Rambutan untuk menjalani latihan. Latihan yang dijalankan hanyalah melibatkan kawad dan penggunaan keselamatan senjatapi sahaja. Pada tahun itu juga, seorang Pegawai Inggeris telah dilantik sebagai orang yang bertanggungjawab untuk mentadbir.

Banduan-banduan yang terdapat di sini terdiri daripada agen-agen komunis yang kebanyakkannya berbangsa Cina yang pada waktu itu seramai 4,000 orang tahanan lelaki dan wanita termasuk lebih kurang 60 orang bangsa Melayu di bawah pengawasan hanya seramai 400 orang Warder sahaja. Mereka yang ditempatkan di sini terdiri daripada beberapa kategori seperti menjadi askar komunis, orang-orang yang datang ke rumah-rumah awam mengutip wang untuk menampung perbelanjaan di hutan dan orang-orang yang telah lari dari hutan dan menyerah diri.

Pada tahun 1950, Detention Camp telah diserang oleh pihak komunis dengan tekad untuk membebaskan rakan-rakan mereka yang telah ditahan. Serangan secara mengejut tersebut berlaku di waktu malam ketika kebanyakan orang tahanan sedang asyik menonton kebanyakkannya datang dari arah perkampungan Cina Bercam, Ipoh.

Pada tahun 1959, Detention Camp, Ipoh telah ditutup dan kebanyakan banduan ini telah dihantar ke merata penjara dalam Persekutuan Tanah Melayu pada masa itu. Selain dari dua penjara yang dibina di Perak, sebuah lagi penjara telah dibina pada abad ke-19 yang terletak di tengah-tengah kawasan Perlombongan Jajahan Kinta. Penjara tersebut telah siap dibina pada tahun 1902 dengan nama Kinta Prison.

Pada peringkat awal penubuhan Kinta Prison adalah untuk menampung penjenayah yang di tahan di bawah hukuman singkat yang terdiri dari ahli kongsi-kongsi gelap, agen komunis dan kesalahan ketenteraman awam. Banduan-banduan ini ada setengahnya dibawa dari Penjara Papan.

Sejarah Penubuhan

Tahun 1902 terbinanya Kinta Prison iaitu penjara yang kedua dibina di Perak dengan menggunakan sistem penempatan yang berbetuk 'SEL'. Ia dibina semasa pemerintahan Inggeris dan terletak di suatu kawasan tanah tinggi dengan keluasan kawasannya 1.255 hektar. Penjara ini terletak dalam pentadbiran kawasan Batu Gajah, mukim Sungai Terap yang lebih dikenali sebagai Changkat. Jarak jauhnya lebih kurang 3 km dari bandar kecil Batu Gajah. Kawasan penjara ini dikelilingi oleh bangunan-bangunan kerajaan yang lain seperti Hospital Daerah, Pejabat Tanah, Balai Polis, Pejabat Daerah dan Mahkamah. Penempatan ini telah wujud di kurun yang ke 19.

Pada peringkat awalnya, Penjara Kinta hanya menahan banduan lelaki yang menghadapi kesalahan di bawah hukuman singkat sahaja yang terdiri dari ahli-ahli kongsi gelap, anasir-anasir subversif dan kesalahan ketenteraman awam dan juga banduan yang dibawa dari Penjara Papan. Dengan peningkatan lebihan seramai 198 orang banduan daripada jumlah 513 orang pada tahun 1902 sehingga tahun 1951, keadaan telah menjadi sesak, maka pihak pentadbiran telah mengambil inisiatif untuk memperbaiki keadaan penempatan.

Pada tahun 1951, Penjara Kinta telah mula menerima banduan dari kalangan wanita untuk ditempatkan di sini. Sehubungan dengan itu, Kinta Prison yang dahulunya menempatkan banduan lelaki sahaja telah juga menempatkan banduanita kepada sebahagian daripadanya dan dikenali dengan nama 'Central Women Prison'. Kebanyakkan mereka ini telah dikenalpasti sebagai Penjenayah Politik yang terdiri dari agen-agen komunis bagi kesalahan di bawah 'Emergency Regulations'. Di samping itu juga terdapat banduanita yang melakukan kesalahan di bawah 'Penal Code' seperti memiliki dadah, penipuan, peras ugut dan lain-lain. Lingkungan tahun 1951 hingga 1958, terdapat kira-kira 100 orang banduanita yang di tahan di 'Central Women Prison' yang kebanyakannya di bawah hukuman singkat.

Dalam tahun 1959, 'Kinta Prison' dan 'Central Women Prison' telah ditukarkan kepada 'Detention Camp' yang berfungsi untuk menahan orang-orang tahan di bawah 'Undang-undang Darurat dan Emergency Ordinan - 1948'. Berikutnya dalam tahun 1961, institusi ini telah diwartakan sebagai 'Special Detention Camp' atau 'Tempat Tahanan Perlindungan Khas' bagi menahan orang-orang tahanan politik di bawah 'Internal Security Act 1960' atau 'Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960' dengan kuatkuasa di bawah Surat Kuasa 'Order of Detention'. Pada tahun itu, hanya seramai 200 orang tahanan ditempatkan di sini termasuk lelaki dan wanita di bawah kawalan seramai 100 orang Pegawai Penjara.

Pada tahun 1964, Tempat Tahanan ini telah dikosongkan di mana sebahagian penghuninya telah dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak Muar dan selebihnya dihantar ke Tempat Tahanan Perlindungan Kamunting. Setelah dikosongkan beberapa ketika, Tempat Tahanan Perlindungan Khas ini telah menerima semula Orang Tahanan di bawah tahanan 'Konfrantasi Indonesia' dan Akta Keselamatan Dalam Negeri termasuk beberapa orang yang ternama seperti Dr. Burhanuddin, Tajudin Kaha, Hamid Tuah, Ahmad Boestamam, Zulkifli Ahmad, Lebai Omar (Tok Ayah) dan lain-lain lagi.

Tempat Tahanan Perlindungan Khas ini beroperasi sehingga awal tahun 1983 sahaja di mana pada 8 Mac 1983, seramai 38 orang tahanan ISA telah dipindahkan ke Tempat Tahanan Perlindungan Taiping. Ini menyebabkan sekali lagi tempat tahanan ini menjadi kosong.

Pada 2 Jun 1983, Tempat Tahanan Perlindungan Khas telah ditukarkan kepada 'Pusat Pemulihan Akhlak (Jabatan Penjara) Batu Gajah' dan diwartakan di bawah 'Undang-undang P.U. (B) 284 bertarikh 25 Mei 1983. Mulai 22 Ogos 1983, Pusat Pemulihan ini mula menerima orang-orang tahanan di bawah 'Public Order and Prevention of Crime 1969'. Peningkatan orang tahanan yang ditahan di bawah ordinan ini semakin bertambah sehingga pada 22 April 1986, Pusat ini mula menerima orang-orang tahanan di bawah 'Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985'.

Di bawah ini tedapat beberapa orang Penguasa yang telah berkhidmat sebagai Pegawai Yang Menjaga, daripada 'Kinta Prison' sehinggalah ditukar kepada 'Pusat Pemulihan Akhlak (Jabatan Penjara) Batu Gajah'. Daripada beberapa maklumat yang telah diperolehi dan diketahui hanya beberapa nama sahaja yang dapat dikenalpasti seperti yang tersenarai di bawah ini:

i. Tuan Mohd Din
ii.Tuan Ismail
iii.Tuan Peter Low
iv.Tuan Elbert Phang
v.Tuan Omar b. Mohd Amin
vi.Tuan Zainal Abidin b. Abd. Ghani
vii.Tuan ABd. Rahim b. Hj. Othman
viii.Tuan Abdullah
ix.Tuan Velayutham
x.Tuan Zaidi b. Hj. Mohd Hashim
xi.Tuan Mohamad b. Hj. Daud
xii.Tuan Hj. Shardin b. Hj. Che Lah
xiii.Tuan Mustafa b. Itam
 
 
mygov spr ksn bpa mobile dapat epsa msc hrmis ep tour pemudah integriti bisa mybyr  
Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.        Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi