cache cetak  w3c biru hijau merah uk Bahasa/Language
 
  • Direktori JPM
  • Profil Pengarah
  • Profil Jabatan
    • Carta & Organisasi
    • Carta Organisasi KDN
    • Ikrar Jabatan
  • PERSIAP
  • Sistem Tempahan Produk
  • Peta Lokasi
Dari 01 Mei 2010,
Bilangan Capaian :

View Statistic


fb tweet prihatin youtube qr rss


videogaleri
Tarikh Kemaskini : 30 Oktober 2014


  Pautan Dalaman

GALERI PRODUK PENJARA PULAPEN MPM AKADEMI SUKPEN


  Pencapaian
capai
  Mac 2008
 
 
   
Depot Tahanan Pendatang Tanpa Izin
Rabu, 19 Mac 2008 00:03 | Admin
Pada tanggal 11/03/2008 (Selasa), semua Depot Tahanan PATI telah selesai diserahkan kembali kepada Jabatan Imigeresen Malaysia semepena majlis penyerahan Depot PATI Semuja, Sarawak. Jika disorot kembali serah penyerahan 11 depot ini kepada Jabatan Penjara Malaysia untuk pengurusan kawalan keselamatan, ianya bermula dengan persetujuan dalam Mesyuarat Perancangan Strategi KDN Tahun 2002 pada 6-8 Disember 2001 di Kota Baharu, Kelantan.

Idea ini timbul susulan beberapa insiden kelarian, membakar blok penempatan, rusuhan di depot-depot tahanan berkenaan. Berteraskan kepada konsep 'self custody' dalam pengurusan banduan telah meyakinkan Kementerian Dalam Negeri akan kebolehan Jabatan Penjara menguruskan tahanan PATI secara profesional.

Respon dari saranan itu, pada 11 Mac 2002, Ketua Pengarah Penjara telah membentangkan Kertas Konsep Cadangan Pengambilalihan Depot-Depot Imigresen berkenaan di KDN. Hasilnya Kerajaan bersetuju supaya Jabatan Penjara mengambilalih 11 buah Depot Imigresen di seluruh negara kecuali Depot Imigresen KLIA dan Depot Imigresen di bawah jagaan Pasukan Petugas Khas Persekutuan (BKN) di negeri Sabah.

Pengambilan dibuat secara berperingkat mulai 1 Jun 2002 sehingga 12 Disember 2005. Penyerahan kembali juga dilakukan secara berperingkat di seluruh negara sehingga bulan Mac 2008 bermula dengan depot PATI Semenyih pada 15 Januari 2008 dan berakhir dengan penyerahan Depot PATI Semuja.

Sudah pasti dengan penyerahan semula depot-depot tahanan PATI kepada Jabatan Imegresen akan memberikan peluang dan ruang masa kepada Jabatan Penjara Malaysia untuk menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelaksanaan sistem parol iaitu satu sistem dan kefungsian baru Jabatan Penjara Malaysia yang dijangkakan mula dilaksanakan tidak berapa lama lagi.

Urusan pengambilalihan dan penyerahan kembali Depot Tahanan PATI:

  1. Ajil, Terengganu 1 Jun 2002: Diserah kembali kepada JIM pada 7 Mac 2008
  2. Tanah Merah, Kelantan 1 Oktober 2002: Diserah kembali kepada JIM pada 3 Mac 2008
  3. Belantik, Kedah 1 Oktober 2002: Diserah kembali kepada JIM pada 24 Feb. 2008
  4. Juru, Pulau Pinang 16 September 2003: Diserah kembali kepada JIM pada 28 Feb. 2008
  5. Semuja, Sarawak 16 Februari 2004:
  6. Langkap, Perak 1 Mac 2004: Diserah kembali kepada JIM pada 5 Feb. 2008
  7. Semenyih, Selangor 20 Mei 2004: Diserah kembali kepada JIM pada 15 Jan. 2008
  8. Pekan Nenas, Johor 5 Julai 2004: Diserah kembali kepada JIM pada 15 Jan. 2008
  9. Machap Umboo, Melaka 19 Julai 2004: Diserah kembali kepada JIM pada 19 Feb. 2008
  10. Lenggeng, Negeri Sembilan 12 Ogos 2004: Diserah kembali kepada JIM pada 29 Jan. 2008
  11. Kemayan, Pahang 12 Disember 2005: Diserah kembali kepada JIM pada 15 Feb. 2008


**Urusan pengambilalihan Depot PATI tidak termasuk Pusat Tahanan (PTS) di Sabah, kerana ia di bawah pengurusan dan pentadbiran BKN/JPM.
 
 
mygov spr ksn bpa mobile dapat epsa msc hrmis ep tour pemudah integriti bisa  
Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.        Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi