cache cetak  w3c biru hijau merah uk Bahasa/Language
 
  • Direktori JPM
  • Profil Pengarah
  • Profil Jabatan
    • Carta & Organisasi
    • Carta Organisasi KDN
    • Ikrar Jabatan
  • PERSIAP
  • Sistem Tempahan Produk
  • Peta Lokasi
Dari 01 Mei 2010,
Bilangan Capaian :

View Statistic


fb tweet prihatin youtube qr rss


videogaleri
Tarikh Kemaskini : 02 Disember 2014


  Pautan Dalaman

GALERI PRODUK PENJARA PULAPEN MPM AKADEMI SUKPEN


  Pencapaian
capai
  Artikel
 
 
   
Aktiviti Pemulihan di Jabatan Penjara Malaysia
Ahad, 20 Mei 2007 00:05 | Admin
Aktiviti Pemulihan di Jabatan Penjara Malaysia

Objektif

Salah satu peranan utama Jabatan Penjara Malaysia ialah memberi pemulihan kepada banduan-banduan semasa mereka menjalani hukuman supaya mereka menjadi rakyat yang berguna dan bertanggungjawab apabila kembali ke pangkuan masyarakat.

Objektif pemulihan boleh diringkaskan seperti berikut:-

i)Memulih dan melatih banduan/orang tahanan/juvana melalui aktiviti perusahaan vokasional, spiritual dan mental agar mereka menjadi warganegara yang berguna dan produktif.
ii)Menanam sikap menghargai diri, berdisiplin dan bertanggungjawab di kalangan banduan/orang tahanan/juvana dengan menerapkan nilai-nilai positif yang murni yang menjurus ke arah pembentukan sahsiah manusia yang baik.

Aktiviti Pemulihan di Jabatan Penjara Malaysia

Objektif

Salah satu peranan utama Jabatan Penjara Malaysia ialah memberi pemulihan kepada banduan-banduan semasa mereka menjalani hukuman supaya mereka menjadi rakyat yang berguna dan bertanggungjawab apabila kembali ke pangkuan masyarakat.

Objektif pemulihan boleh diringkaskan seperti berikut:-

i)Memulih dan melatih banduan/orang tahanan/juvana melalui aktiviti perusahaan vokasional, spiritual dan mental agar mereka menjadi warganegara yang berguna dan produktif.
ii)Menanam sikap menghargai diri, berdisiplin dan bertanggungjawab di kalangan banduan/orang tahanan/juvana dengan menerapkan nilai-nilai positif yang murni yang menjurus ke arah pembentukan sahsiah manusia yang baik.

Bahagian Pemulihan adalah terdiri daripada tiga seksyen:
i)Seksyen Perusahaan dan Vokasional
ii)Seksyen Kebajikan dan Pendidikan
ii)Seksyen Rawatan Khas

i)SEKSYEN PERUSAHAAN DAN VOKASIONAL
 Fungsi/Objektif
 Fungsi utama seksyen ini ialah untuk menyediakan program perusahaan dan vokasional supaya banduan/orang tahanan dan juvana berpeluang menerima latihan vokasional yang membantu mereka berdikari selepas dibebaskan.
  
 Strategi
 Secara kasarnya, strateginya adalah seperti berikut:
 a)Menyediakan aktiviti latihan vokasional.
 b)Menyediakan tenaga pengajar yang terlatih dan mencukupi.
 c)Menyediakan kemudahan dan kelengkapan yang sesuai.
  
 Bengkel Perusahaan
 Perusahaan vokasional diwujudkan bagi memberi pendedahan latihan kemahiran asas kepada banduan-banduan supaya apabila bebas kelak akan dapat berdikari hasil daripada latihan yang dijalani semasa berada di penjara. Banduan-banduan yang bekerja di bengkel-bengkel perusahaan dibayar gaji mengikut peringkat.
  
 Bengkel Akaun Amanah
 Bengkel-bengkel perusahaan tradisional memberi fokus kepada latihan asas bagi banduan yang baru diterima masuk ke penjara dan belum berapa mahir dalam kerja-kerja vokasional, manakala bengkel-bengkel Akaun Amanah pula memberi peluang kepada banduan-banduan yang berkemahiran untuk menggunakan kemahiran mereka melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti vokasional yang memerlukan tahap kemahiran yang lebih tinggi. Justeru itu, banduan-banduan berpeluang meningkatkan tahap kemahiran mereka di samping berpeluang mendapat pendapatan yang lebih tinggi.
  
 

Banduan-banduan yang bekerja di bawah bengkel-bengkel Akaun Amanah adalah dibayar berdasarkan kadar yang ditetapkan. Pendapatan mereka dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

60% -Tabung Akaun Amanah
40% - Banduan
  
 Bengkel Skim Usahasama
 Pada tahun 1981 Jabatan Penjara telah mengambil langkah untuk memperkenalkan pendekatan perusahaan secara usahasama (joint venture scheme) dengan syarikat-syarikat swasta. Tujuannya adalah seperti berikut:
  Untuk mengatasi masalah menyediakan peluang latihan yang terhad kepada banduan yang mana populasi mereka semakin meningkat.
  Untuk mendedahkan banduan-banduan kepada penggunaan teknologi yang lebih moden dan sesuai dengan perkembangan semasa.
  Untuk memberi pendapatan yang lebih tinggi kepada banduan-banduan.
  Mengadakan peluang-peluang pekerjaan kepada banduan-banduan apabila bebas kelak untuk diambil bekerja oleh syarikat-syarikat swasta.
  
 Hasil pendapatan yang diperolehi oleh banduan adalah dibahagikan mengikut pecahan seperti berikut:
 
45% -Hasil kerajaan
40% - Banduan
10% - Tabung Akaun Amanah
5% -Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara

 

ii)SEKSYEN PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN
 a)Pendidikan Kerohanian
  Sebilangan besar banduan melakukan kesalahan kerana mereka mempunyai pendidikan akhlak yang kurang sempurna. Ketiadaan kekuatan akhlak dan pegangan hidup yang teguh menyebabkan mereka tiada pedoman dan tidak teragak-agak untuk menceburkan diri dalam kegiatan-kegiatan negatif termasuk penjenayahan.
  Menyedari hakikat bahawa pendidikan agama adalah merupakan unsur penting dalam program pemulihan, maka pendidikan agama telah disediakan mengikut agama yang mereka anuti disediakan seperti pengajaran dan pendidikan agama Islam, agama Kristian, agama Hindu dan Buddha.
   
  Objektif
  Memberi bimbingan agama kepada penghuni bagi membentuk sikap dan akhlak yang mulia.
   
  Aktiviti-aktiviti Kerohanian
  i) Agama Islam
   Kelas-kelas keagamaan
    Aqidah
    Syariah
    Akhlak
    Al-Quran/Alhadis
    Sirah Nabawiah
   Halaqah
   Ceramah-ceramah agama
   Sembahyang berjemaah dan sembahyang sunat
   Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam
   Tilawah Al-Quran
     
  ii) Agama Lain
   Ceramah keagamaan
   Sambutan Hari-hari kebesaran agama
     
 b)Pendidikan Akademik
  Dalam bidang akademik, Jabatan Penjara berusaha memberi pendidikan kepada juvana. Sekolah Henry Gurney menyediakan guru-guru akademik yang terdiri daripada jawatn kader Kementerian Pendidikan. Seramai 20 perjawatan guru akademik telah diperuntukan di sekolah-sekolah Henry Gurney dengan tujuan untuk memberi khidmat menyambung pendidikan kepada para juvana.
   
  Objektif
  Memberi peluang kepada penghuni untuk menyambung pelajaran serta meningkatkan tahap akademik mereka.
   
  Aktiviti-aktiviti Pendidikan
  i)Kelas 3M
  ii)Kelas Moral/Sivik
  iii)Kelas Tingkatan 2
  iv)Kelas PMR
  v)Kelas Tingkatan 4
  vi)Kelas SPM
    
 c)Kebajikan
  

Kehidupan manusia yang tidak pernah terlepas dari belenggu masalah, makan banduan-banduan yang tinggal di penjara juga menghadapi masalah-masalah yang sama. Di antaranya adalah masalah-masalah besar yang lazim dihadapi oleh mereka adalah masalah peribadi, keluarga dan majikan.

Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab Jabatan bagi menguruskan hal-hal tersebut dengan sebaik mungkin. Dalam hal ini, pegawai-pegawai kebajikan yang terdapat di peringkat institusi diberi tanggungjawab untuk mengendalikan urusan dengan harapan akan memberi kesan positif terhadap banduan kerana sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan jiwa di kalangan banduan dan mempastikan pengurusan penjara berjalan dengan baik dan terkawal.

   
  Objektif
  i)Menyediakan kemudahan bagi membantu penghuni serta mengekalkan hubungan mereka dengan keluarga dan masyarakat.
  ii)Menyediakan aktiviti kebajikan yang sewajarnya kepada penghuni bagi mengurangkan ketegangan dan kebosanan sewaktu dalam tahanan.
    
  Aktiviti-aktiviti Kebajikan
  i)Temuduga semasa kemasukan penghuni.
  ii)Pengurusan masalah penghuni yang meliputi pembaharuan kad pengenalan, nikah cerai dan harta benda penghuni.
  iii)Sukan dan rekreasi.
  iv)Perpustakaan.
  v)Lawatan dan perjumpaan dengan keluarga.

 

iii)SEKSYEN RAWATAN, PEMULIHAN DADAH DAN KESIHATAN AM
 Seksyen ini mengandungi tiga (3) unit :-
 i)Unit Rawatan dan Pemulihan Dadah (Kaunseling)
 ii)Unit Kesihatan Am, HIV/AIDS
 iii)Unit Pendidikan Pencegahan Dadah & Kesihatan
   
 Objektif
 Merawat dan memulihkan kecergasan jasmani, rohani dan psikologi banduan/orang tahanan/penghuni supaya mereka dapat kembali menjadi warganegara yang produktif dan bertanggungjawab. Ianya juga mewujudkan persekitaran yang sihat dan bebas dari gejala dadah di dalam penjara supaya banduan/orang tahanan/penghuni dapat menjalani kehidupan yang normal.
  
 Program Pemulihan Dadah Penjara Malaysia
 i)Pemulihan Bersepadu
 ii)Pemulihan Therapeutic Community (TC)
  
 Pendekatan Pemulihan Bersepadu
 Program ini melibatkan semua agen-agen pemulihan seperti mana berikut:-
 -Latihan Vokasional
 -Bimbingan Agama/Moral
 -Akademik
 -Kaunseling
 -Latihan Kawad (disiplin)
 -Sukan/Rekreasi
 -Kegiatan masa lapang (muzik, menonton TV, dll.)
 -Kemudahan Perpustakaan
   
 Pendekatan Pemulihan Therapeutic (TC)
 Program ini lebih menumpukan aspek psikologi ke arah pembentukan tingkah laku dan berkonsepkan hubungan kekeluargaan di kalangan residen kategori banduan menyertai program ini pada dasarnya adalah secara sukarela, namun demikian terdapat juga peserta diambil secara pilihan terhadap banduan yang difirkan berpotensi mengikuti program ini dengan jayanya. Walau apa pun mereka perlu ditemuduga bagi menentukan kesesuaiannya. Tempoh bagi seseorang perlu mengikuti program ini paling minima ialah satu tahun.
  
 Latar Belakang
 

Pada 2.9.1992 satu projek percubaan "Pilot Project" program pemulihan TC telah dilaksanakan di Bahagian Rawatan Dadah, Penjara Kajang. Ekoran dari pencapaian program percubaan ini yang positif, kemudiannya program yang sama dikembangkan ke :-

1.12.1994-Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka
27.7.1996-Institusi Pemulihan Dadah (IPD) Jelebu
1.8.1999-Penjara Wanita Kajang
1.10.1999-Penjara Marang, Terengganu
7.7.1999-SHG. Kota Kinabalu
1.10.1999-Penjara Seremban, Negeri Sembilan
1.11.1999-Penjara Sibu, Sawarak
  
 Ujian Pengesanan Dadah
 Pada dasarnya Jabatan Penjara Malaysia sangat memandang serius terhadap masalah penyeludupan dan penagihan dadah di dalam penjara. Antara strategi untuk menangani masalah ini ialah operasi ujian air kencing mengesan kandungan dadah. Hasil pengesanan dadah dalam air kencing dijadikan sebagai petunjuk, berlakunya kegiatan penyeludupan dan penagihan dadah dalam penjara, maklumat pengesanan dadah akan digunapakai untuk tujuan tindakan 'pemulihan' mengikut Peraturan Penjara, Akta Dadah tindakan disiplin ke atas banduan atau mana-mana kakitangan yang cuai.
  
 Pengurusan Banduan HIV/AIDS
 

Pembawa virus HIV di kalangan banduan mula dikesan pada tahun 1989 seramai 4 orang dan bilangan pembawa virus HIV positif dikesan melalui saringan dadah oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Bilangan HIV positif yang dikesan terus meningkat pada setiap tahun.

Pengurusan banduan HIV/AIDS di penjara pada dasarnya berpandukan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sama ada dari aspek penjagaan kesihatan mereka mahu pun dalam aktiviti kawalan jangkitan. Bagi semua banduan yang dikesan sebagai pembawa virus HIV positif akan ditempatkan di bangunan khas, berasingan dari banduan yang tidak dijangkiti virus HIV, dengan mengambil kira kepentingan kesihatan banduan lain (kawalan jangkitan). Walaubagaimana pun pengasingan ini lebih bertumpu pada waktu malam hari (tidur), pada waktu siang mereka dibenarkan melibatkan diri dalam aktiviti harian dalam program pemulihan dengan syarat-syarat tertentu, seperti tidak dibenarkan bekerja di dapur, bengkel yang menggunakan peralatan tajam, sukan lasak dan aktiviti laian yang boleh menyebabkan kecederaan.

  
 Objektif
 Mengurus banduan/orang tahanan/penghuni HIV/AIDS secara bersistematik dan membendung jangkitan HIV/AIDS.
  
 Zon Penempatan Banduan HIV/AIDS
 

Oleh kerana peningkatan bilangan banduan pembawa virus HIV positif yang begiu ramai, maka Jabatan Penjara Malaysia masih mengekalkan sistem penempatan mengikut zon. Sistem ini diperkenalkan bagi tujuan memudahkan pengurusan dan rawatan kesihatan yang khusus bagi diri mereka.

ZON UTARA-Penjara Taiping
ZON TENGAH-Penjara Pusat Kajang, Selangor
ZON SELATAN-Penjara Johor Bahru
Pusat Pemulihan Akhlak Spg. Renggam, Johor
(Bagi O/T Seluruh Semenanjung)
ZON TIMUR-Penjara Marang, Terengganu.
(BANDUANITA)-Banduanita kes HIV ditempatkan di Penjara Wanita Kajang.
(PENGHUNI SEK. HENRY GURNEY)-Lelaki atau perempuan ditempatkan di institusi masing-masing.
  
 Kesihatan Am Penjara
 Pengurusan kesihatan di dalam sesebuah institusi penjara merupakan salah satu aspek yang perlu diberi perhatian. Keadaan fizikal banduan yang sihat dan persekiran yang bebas dari wabak penyakit turut menyumbang ke arah mengekalkan ketenteraman dan keselamatan di dalam sesebuah penjara.
  
 Objektif
 -Memastikan keadaan fizikal banduan sentiasa berada dalam keadaan sihat.
 -Mewujudkan keadaan persekitaran penjara yang bebas dari wabak penyakit berjangkit.
   
 Kemudahan Klinik
 Dari jumlah semua institusi penjara seluruh Malaysia terdapat 27 buah institusi yang mempunyai kemudahan klinik. Fungsi klinik-klinik ini ialah memberi perkhidmatan rawatan segera sementara mendapatkan rawatan selanjutnya oleh pihak Hospital dan rawatan lanjutan seperti mana yang diarahkan oleh pihak berkuasa Hospital.
  
 Kaunseling Jabatan Penjara Malaysia
 

Program kaunseling telah mula diperkenalkan di Jabatan Penjara Malaysia mulai tahun 1981. Pada ketika ini jawatan Pegawai Kaunseling yang diperuntukan masih seramai 150 orang akan tetapi jawatan yang diisi seramai 125 orang. Jika dibuat perbandingan didapati perbezaan nisbah Pegawai Kaunseling dan banduan adalah begitu tinggi, berbanding dengan jumlah banduan seramai 24,862 (1362) iaitu nisbah 1:89.

(Nisbah pegawai kaunseling dangan banduan yang disaran oleh pihak JPA ialah 1:30)

  
 OBJEKTIF
 Pemulihan dalam bentuk psikologi untuk mengubah gaya hidup dan tingkah laku banduan ke arah yang positif dan produktif.
 
 
mygov spr ksn bpa mobile dapat epsa msc hrmis ep tour pemudah integriti bisa  
Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.        Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi