cache cetak  w3c biru hijau merah uk Bahasa/Language
 
  • Direktori JPM
  • Profil Pengarah
  • Profil Jabatan
    • Carta & Organisasi
    • Carta Organisasi KDN
    • Ikrar Jabatan
  • PERSIAP
  • Sistem Tempahan Produk
  • Peta Lokasi
Dari 01 Mei 2010,
Bilangan Capaian :

View Statistic


fb tweet prihatin youtube qr rss


videogaleri
Tarikh Kemaskini : 17 September 2014


  Pautan Dalaman

GALERI PRODUK PENJARA PULAPEN MPM AKADEMI SUKPEN


  Pencapaian
capai
  Warta Sejarah
 
 
   
PENJARA JOHOR BAHRU DALAM KENANGAN
Rabu, 12 Disember 2007 00:12 | Admin

Penjara Johor Bahru atau lebih dikenali dengan "Kota Jail" oleh penduduk tempatan terletak di atas sebidang tanah seluas 4.5 ekar. Penjara ini dilingkungi oleh tiga jalanraya iaitu Jalan Ayer Molek, Jalan Gertak Merah dan Jalan Khalid Abdullah. Kawasan perumahan kakitangan pula mengelilingi 2/3 daripada keseluruhan penjara dengan keluasan 9.4 ekar.


Penjara Johor Bahru atau lebih dikenali dengan
"Kota Jail" dibina pada 1882

Perjanjian membina "Kota Jail" ini dibuat pada tanggal 16 April 1882 dengan keluasan penjara pada masa itu ialah 400 x 400 kaki dengan harga RM 30,000.00 yang dibina oleh kontraktor bernama Wong Ah Fook. Reka bentuk bangunan asal penjara adalah ilham dari limpah Almarhum sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Daeng Ibrahim yang telah melawat penjara-penjara di Shanghai, China dan Osaka, Jepun ketika itu untuk melihat keadaan fizikal serta rekabentuk penjara-penjara yang terdapat di sana. "Kota Jail" dibina untuk menahan orang-orang yang menentang penjajah dan penjenayah di Negeri Johor dengan kapasiti untuk menahan 200 orang pesalah sahaja.



Reka bentuk bangunan asal penjara adalah ilham dari limpah Almarhum sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Daeng Ibrahim

 

 


Rekabentuk dalam blok asal penjara Johor Bahru menyerupai penjara terawal yang terdapat di Shanghai China dan Osaka Jepun.

Pada asalnya terdapat hanya dua buah bangunan penempatan banduan, dua bengkel latihan, dapor memasak, bangunan tandas, rumah sakit dan sebuah pejabat pentadbiran. Peredaran masa dan keperluan bagi menampung kapasiti banduan yang kian meningkat, beberapa bangunan telah dibina dan diubah suai dengan 10 buah blok penempatan, 5 buah bengkel vakasional, tempat lawatan keluarga, pejabat kaunseling, pejabat pegawai kebajikan, surau dan keperluan lain hingga mampu menampung sehingga 1500 orang banduan pada muatan selesa. Keluasan kawasan bertembok ialah 160, 000 kaki persegi dengan ketinggian tembok setinggi 20 kaki.

 



Tembok Penjara Johor Bahru setinggi 20 kaki dibuat serentak dengan pembinaan penjara ini.

 


"Kota Jail" terpaksa diserahkan kepada kerajaan negeri Johor pada 2005 setelah 122 tahun menyumbang khidmat kepada jabatan ini.

Penjara Johor Bahru telah dibuka dengan rasminya oleh Almarhom Sultan Abu bakar ibni Almarhum Daeng Ibrahim dan mula beroperasi pada tahun 1883. Penjara ini dengan rasminya di ditutup dan diserahkan kepada kerajaan negeri Johor pada 09 Disember 2005. Penjara Johor Bahru yang berusia 122 tahun ini telah digantikan dengan penjara baru iaitu Penjara Kluang Johor.

Penjara Johor Bahru telah diterajui oleh beberapa pengarah bermula dari pembukaan sehingga ditutup pada tahun 2005 yang lalu. Senarai pengarah yang terlibat adalah seperti berikut:

1 JG Fitrz Patrick 31/08/57 - 31/12/62
2 Hj. Haron bin Kassim 01/01/63 - 05/03/70
3 Hamzah bin Mat Wahi 06/03/70 - 30/03/73
4 Salleh bin Abu Bakar 01/04/73 - 31/12/75
5 Hj. Abd Rahman bin Ali 01/01/76 - 28/02/81
6 Hassan Sobri bin Hj. Abd Rahman 01/03/81 - 31/12/82
7 Allias bin Naim 01/01/83 - 02/08/83
8 Zainal Abidin bin Hj. Ghani 01/09/83 - 30/11/89
9 Othman bin Mustafa 01/12/89 - 16/10/91
10 Mustafa bin Osman 01/05/91 - 16/10/93
11 Hasanuddin bin Harun 01/11/93 - 07/05/95
12 Hj. Mohd Khairy bin Hj. Said 08/05/95 - 18/09/99
13 Hj. Hassan bin Hj. Sakimon 19/09/99 - 15/03/02
14 Hj. Abd. Wahab bin Hj. Kasim 16/03/02 - 22/11/04
15 Ab. Basir bin Mohamad 23/11/04 - 30/08/05
 
 
mygov spr ksn bpa mobile dapat epsa msc hrmis ep tour pemudah integriti bisa  
Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.        Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi