cache cetak  w3c biru hijau merah uk Bahasa/Language
 
  • Direktori JPM
  • Profil Pengarah
  • Profil Jabatan
    • Carta & Organisasi
    • Carta Organisasi KDN
    • Ikrar Jabatan
  • PERSIAP
  • Sistem Tempahan Produk
  • Peta Lokasi
Dari 01 Mei 2010,
Bilangan Capaian :

View Statistic


fb tweet prihatin youtube qr rss


videogaleri
Tarikh Kemaskini : 17 Oktober 2014


  Pautan Dalaman

GALERI PRODUK PENJARA PULAPEN MPM AKADEMI SUKPEN


  Pencapaian
capai
  Oktober 2008
 
 
   
Persidangan Lembaga Parol III, Kementerian Dalam Negeri Di Penjara Marang
Selasa, 21 Oktober 2008 00:10 | Admin
15 September 2008, Isnin - Lembaga Parol III, Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan Persidangan Lembaga Parol di Bilik Gerakan Penjara Marang Terengganu. Tujuan diadakan Lembaga Parol di Penjara Marang Terengganu adalah untuk melakukan lawatan kerja bagi meneliti Program Pelan Pembangunan Insan (PPI) di Penjara Marang Terengganu.

Disamping itu juga Pihak lembaga Parol telah membuat sessi perjumpaan bersama banduan yang layak diparol semasa sessi Persidangan diadakan. Sebanyak 10 Dosir bagi 10 orang banduan telah dibentangkan pada kedua-dua hari tersebut dan seramai 7 orang banduan dari Penjara Marang Terengganu telah menghadirkan diri untuk sessi perjumpaan bersama Lembaga Parol pada kedua-dua hari tersebut. Pada 15 September 2008 seramai 3 orang banduan dari Penjara Marang Terengganu telah menghadirkan diri bagi sessi perjumpaan dengan Pihak Lembaga Parol dan pada 16 September 2008 seramai 4 orang banduan dari Penjara Marang Terengganu telah menghadirkan diri bagi sessi perjumpaan dengan Pihak Lembaga Parol.

Senarai ahli Lembaga Parol III yang telah hadir untuk sessi persidangan ialah:

1. B.Sarala A/P Ayappan Pillai Pengerusi Lembaga III
2.Ibrisham Bin Abdul RahmanAhli Lembaga III
3.Junaid Bin Hj.ZakariaAhli Lembaga III
4.Hj.Mohd Noh Bin Tan Sri MuradAhli Lembaga III
5.Habibah Binti BabaAhli Lembaga III
6.Hajjah Che?mah Binti Hj.DarusAhli Lembaga III
7.Barkhiya Bin ShahiruddinUrusetia
8.Mohd Radzi Bin IsmailUrusetia
9.Nadia Fadhilla Binti Abdul AzizUrusetia

Senarai nama banduan yang dibentangkan pada Persidangan Lembaga Parol ialah :

Persidangan pada 15hb September 2008

Bil No. siri Lembaga ParolNo.SMPPInstitusi PenjaraNota
1.LP 2008/063265-05-02229MarangJumpa Lembaga
2.LP 2008/063571-04-00371Marang Jumpa Lembaga
3.LP 2008/06408-05-00248MarangJumpa Lembaga
4.LP 2008/0642-Institusi Penjara-

Persidangan pada 16hb September 2008

Bil No. siri Lembaga ParolNo.SMPPInstitusi PenjaraNota
1.LP 2008/074771-07-01543MarangJumpa Lembaga
2.LP 2008/074871-05-00478Marang Jumpa Lembaga
3.LP 2008/074971-04-00123MarangJumpa Lembaga
4.LP 2008/063811-01-00008MarangJumpa lembaga
LP 2008/0646-Institusi Penjara-
LP 2008/0691-Institusi Penjara-

Pada 16hb September 2008, Ahli-hli Lembaga parol juga telah mengadakan lawatan ke dalam kawasan penjara bagi melihat sendiri perlaksanaan Program Pelan Pembangunan Insan (PPI) di Penjara Marang, Terengganu. Ahli-ahli Lembaga Parol telah dibawa melawat ke bengkel-bengkel yang terdapat di Penjara Marang bagi melihat program kemahiran yang dijalankan di bengkel-bengkel Penjara Marang.

Salah Satu diantara bengkel-bengkel yang dilawati oleh Ahli-ahli Lembaga Parol ialah bengkel songket yang merupakan bengkel yang begitu dikenali di Penjara Marang ini. Semasa sessi lawatan ke bengkel songket ini Ahli-ahli Lembaga Parol telah melihat sendiri proes pembelajaran yang di ikuti oleh banduan-banduan, disamping itu juga Ahli-ahli Lembaga parol dapat melihat tahap kemahiran yang dimiliki oleh semua banduan-banduan melalui hasil-hasil kerja yang disiapkan oleh banduan-banduan.

Dikesempatan itu juga Ahli-ahli Lembaga parol berkesempatan untuk bertanya dan menemuduga banduan-banduan yang mengikuti program kemahiran yang dijalankan di Penjara Marang Terengganu.

Pengerusi Lembaga Parol III, Puan B. Saralla A/P Ayappan Pillai sedang menemuduga seorang calon yang memohon untuk di parol. Pengerusi Lembaga Parol III, Puan B. Saralla sedang diberi taklimat mengenai pembuatan songket oleh Koperal Penjara 8411, Zulkifli bin Awang.
Pengerusi Lembaga Parol III, Puan B. Saralla A/P Ayappan Pillai sedang menemuduga seorang calon yang memohon untuk di parol. Pengerusi Lembaga Parol III, Puan B. Saralla sedang diberi taklimat mengenai pembuatan songket oleh Koperal Penjara 8411, Zulkifli bin Awang.
 
 
mygov spr ksn bpa mobile dapat epsa msc hrmis ep tour pemudah integriti bisa  
Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.        Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi