audio cache cetak   w3c biru hijau merah uk
 
  Oktober 2008
 
 
   
Majlis Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2008 Peringkat Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah,Perak.
Jumaat, 24 Oktober 2008 00:10 | Admin
Pada 20 Oktober 2008 jam 07.30 pagi Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Penjara Tahun 2008 bertempat di dataran Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak.

Majlis dimulakan dengan pemeriksaan barisan kawalan kehormatan oleh Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak iaitu Penguasa Penjara Abdul Halim Bin Ma-Hasan diiringi oleh Pegawai Perbarisan Inspektor Asrul Sani Bin Amrullah.

Seramai 30 anggota telah menyertai Perbarisan Kawalan Kehormatan yang diketuai oleh Inspektor Asrul Sani Bin Amrullah.

1 2


Majlis Sambutan juga turut disertai oleh Jabatan Parol Negeri Perak yang diketuai oleh Pengarah Parol Negeri Perak iaitu PP Puan Norwati Binti Mat Isa dan 19 Anggota Kadet Koreksional dari SMK Dato Bendahara CM Yusuf Tg.Tualang, Perak.

Antara jemputan yang turut hadir ke majlis berkenaan adalah terdiri daripada ketua-ketua jabatan, pesara-pesara penjara, pengetua, guru dan wakil-wakil pelajar dari sekolah-sekolah sekitar Daerah Batu Gajah, Perak.

 
 
Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.        Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi