cache cetak  w3c biru hijau merah uk Bahasa/Language
 
  • Direktori JPM
  • Profil Pengarah
  • Profil Jabatan
    • Carta & Organisasi
    • Carta Organisasi KDN
    • Ikrar Jabatan
  • PERSIAP
  • Sistem Tempahan Produk
  • Peta Lokasi
Dari 01 Mei 2010,
Bilangan Capaian :

View Statistic


fb tweet prihatin youtube qr rss


videogaleri
Tarikh Kemaskini : 23 Oktober 2014


  Pautan Dalaman

GALERI PRODUK PENJARA PULAPEN MPM AKADEMI SUKPEN


  Pencapaian
capai
  Keratan Akhbar / Kenyataan Media
 
 
   
Kefahaman agama kalangan banduan tidak diabaikan
Selasa, 20 Julai 2004 00:07 | Admin

Sumber : Berita Harian
Tarikh : 06/07/2004

Pendidikan keagamaan adalah ramuan yang paling penting bagi membentuk sahsiah insan yang dituntut oleh ajaran Islam. Seseorang yang ditarbiah dengan ilmu agama dan mengamalkan ilmu itu secara berterusan(istiqamah) nescaya akan memperoleh input berguna untuk menghindari daripada perbuatan terkutuk, maksiat dan kelakuan menyimpang daripada tata susila serta budaya masyarakat.

Akhir-akhir ini, pelbagai jenayah seperti rogol, bunuh, curi, ragut dan keruntuhan akhlak kian menjadi-jadi. Pelbagai hukuman berat walaupun dikenakan termasuk meningkatkan meningkatkan bilangan sebatan dan tahanan di penjara yang lebih lama, namun kadar jenayah tetap meningkat.

Senario ini pernah dijelaskan oleh pengamal undang-undang, S. Rubin dalam bukunya The law of Criminal Corrections. Beliau menerangkan bahawa pengawalan jenayah mengikut undang-undang belum mencukupi untuk mencegah jenayah.

Ini kerana, katanya, jenayah tetap akan berlaku disebabkan fitrah dan sifat manusia yang mudah terbentuk dan berubah melalui faktor persekitaran, pergaulan dan taraf ekonomi kecuali seseorang itu beretika serta patuh kepada ajaran agama.

Justeru, setiap insan memerlukan persediaan dan kekuatan rohani untuk menghalang diri daripada terjebak dalam jenayah dan perilaku tidak bermoral. Dalam hal ini, Jabatan Penjara Malaysia (JPM) turut berusaha ke arah melahirkan banduan yang memiliki kekuatan rohani, di samping mampu menyumbang kepada pembangunan pembangunan agama, bangsa dan negara terutama selepas bebas kelak.

Bertepatan dengan matlamat ini, JPM menubuhkan Unit Agama di Bahagian Pemulihan dan Rawatan untuk merancang dan menjalankan pelbagai kegiatan keagamaan di kalangan penghuni penjara. Unit ini ditubuhkan pada tahun 2000 kini mempunyai 115 kakaitangan di 37 penjara seluruh negara.

Ketua unit berkenaan, Abdul Nasir Ahmad, berkata tumpuan Unit Agama Penjara antaranya untuk meningkat kan kefahaman dan penghayatan agama di kalangan banduan. Dengan cara itu, katanya, diharap banduan akan menjadi insan bertakwa dan beramal salih serta boleh menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Sejak ditubuhkan empat tahun lalu, katanya, unit itu mendapati ramai kalangan banduan boleh menguasai ilmu agama dengan lebih baik berbanding pada peringkat awal berbanding pada peringkat awal dimasukkan ke penjara.

"Sebelum masuk sini(penjara), ada banduan yang langsung tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah walaupun mereka beragama Islam. Tetapi, selepas mengikuti pelbagai kegiatan yang dijalankan, pengetahuan agama mereka kian bertambah. Ada antara banduan yang khatam al-Quran yang lebih empat kali setahun, di samping membaca secara bertajwid dan bertarannum(berlagu)," katanya.

Bagi menyemarakkan usaha itu, unit berkenaan menganjurkan pelbagai kegiatan keagamaan secara intensif seperti mengadakan kuliah, kelas bimbingan, ceramah dan forum. Turut diadakan kelas pengajian al-Quran dan fardhu ain, kelas taranum serta qiamullail, tahlil dan bacaan Yasin.

Sempena hari kebesaran Islam pula, unit ini menganjurkan majlis sambutan Maulidur Rasul, Maal Hijrah, tilawah al-Quran, majlis berbuka puasa dan hari raya. Dalam pada itu, kalangan banduan terpilih pula akan dianugerahkan dengan gelaran tokoh Maal Hijrah dan Maulidur Rasul penjara.

Abdul Nasir berkata, kegiatan seumpama ini bertujuan menyemarakkan penyertaan banduan untuk sama-sama menghayati dan dan memperkasakan ajaran Islam sepanjang hidup mereka. Sebelum penubuhan unit agama, usaha mendidik banduan berasaskan pendekatan agama dijalankan melalui program Halaqah.

Program diperkenalkan pada 1996 dan masih hingga kini memberi penekanan kepada pengajian dan kefahaman agama Islam dalam tempoh enam bulan. Dilihat kepada keberkesanan pendekatan ini, ia secara tidak langsung mengangkat imej JPM sebagai institusi pemulihan yang gigih memperkasakan jati diri penghuninya seiring dengan falsafah dan tuntutan Islam.

Sarjana Islam pernah menerangkan bahawa pencegahan hakiki dalam Islam bukan sahaja membabitkan persoalan hukuman semata-mata, malah meliputi falsafah pendidikan rohani yang jitu dalam dalam diri seseorang. Malah catatan sejarah membuktikan bahawa Rasulullah mengutamakan usaha dakwah daripada terus menghukum umat Arab jahiliah lantaran kesesatan dan penyimpangan agama mereka daripada ajaran agama.

Justeru, Baginda berdakwah selama 13 tahun di Makkah dengan matlamat membentuk pekerti mulia khususnya dengan mengukuhkan aspek uluhiyyah(keutuhan) dalam aspek manusia. Selepas itu, barulah pelaksanaan hukuman melalui sistem perundanganyang dikanunkan dalam Piagam Madinah, dilaksanakan.

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak." Abdul Nasir berkata, bekalan agama bukan hanya terhad kepada golongan banduan, tetapi perlu sama-sama dihayati oleh masyarakat seluruhnya.

Ini kerana, katanya, walaupun JPM berjaya membentuk banduan berasaskan acuan Islam, namun ia tidak akan berjaya andai masyarakat di luar penjara bersikap lepas tangan. Justeru, katanya, pendidikan dan penghayatan secara konsisten ini hendaklah diperhebat juga kepada masyarakat agar banduan yang sudah tamat menjalani hukuman dapat menikmati persekitaran sama ketika dalam tahanan.

"Jika keadaan ini gagal diwujudkan, apa juga usaha yang dilakukan JPM tidak akan berjaya. Banduan yang bebas tetap akan pulang ke masyarakat dan masyarakat pula perlu membina persekitaran yang sejahtera untuk kepentingan bersama," kata Abdul Nasir.

Melalui kaedah pemulihan ini, konsep dosa, pahala dan balasan di akhirat dilihat sebagai perantara yang boleh menghalang seseorang daripada terjebak dalam kemungkinan jenayah. Tinjauan di Penjara Kajang, Selangor, mendapati ramai banduan yang ditemui melahirkan rasa keinsafan dan mengakui banyakmenimba ilmu bermanfaat sepanjang menjalani hukuman.

Salim, 31, (bukan nama sebenar), berkata, ilmu yang diajarkan di penjara benar-benar menginsafkan dirinya terhadap segala kesalahan dan dosa lalu. Beliau yang dihukum penjara 15 tahun selepas bersalah merogol pelajar sekolah pada 1998 bertaubat tidak akan mengulangi kesalahan itu selepas mengetahui azab dan seksaan yang diterima di akhir kelak.

"Sebelum ini, saya langsung tidak mengambil berat soal dosa dan pahala. Ilmu agama saya juga cetek hinggakan saya melakukan perbuatan terkutuk. Tetapi apa boleh buat, setiap manusia itu tidak akan terlepas daripada kesilapan daripada kesilapan dan kesilapan inilah mengajar saya erti sebenar kehidupan," katanya.

Azman, 45, (bukan nama sebenar) berkata, beliau bersyukur kepada Ilahi kerana masih berpeluang untuk bertaubat di atas segala kesilapan lalu. Katanya, ilmu yang ditimba di penjara banyak menyedarkannya terhadap tanggungjawab sebenar Muslim.

"Saya berharap sesiapa yang berada di luar penjara agar sentiasa mematuhi ajaran agama kerana agama yang akan membimbing seseorang ke jalan kebenaran," katanya yang menjalani hukuman penjara 25 tahun kerana terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah. Dalam pada itu, JPM turut mengadakan beberapa kegiatan keagamaan kepada banduan menganut Buddha, Hindu dan Kristian.

 
 
mygov spr ksn bpa mobile dapat epsa msc hrmis ep tour pemudah integriti bisa  
Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.        Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi