cache cetak  w3c a- a a+ biru hijau merah uk Bahasa/Language
 
  • Direktori JPM
  • Profil Pengarah
  • Profil Jabatan
    • Carta & Organisasi
    • Carta Organisasi KDN
    • Ikrar Jabatan
  • PERSIAP
  • Sistem Tempahan Produk
  • Peta Lokasi
Dari 01 Mei 2010,
Bilangan Capaian :

View Statistic


fb tweet prihatin youtube qr rss


Tarikh Kemaskini : 15 April 2014


  Pautan Dalaman

GALERI PRODUK PENJARA PULAPEN MPM AKADEMI SUKPEN


  Pencapaian
  Julai 2009
 
 
   
Tawaran Untuk Mengisi Lantikan Ke Unit K9 Jabatan Penjara Malaysia
Rabu, 15 Julai 2009 00:07 | Admin
1. Unit K9 Jabatan Penjara Malaysia mempelawa Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah yang sedang berkhidmat di Jabatan Penjara Malaysia untuk mengisi jawatan di Unit K9 Jabatan Penjara Malaysia.

2. Syarat Lantikan

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

2.1 Pegawai Kanan


  1. Penolong Penguasa Penjara KX 38 dan ke bawah
  2. Umur tidak melebihi 45 tahun
  3. Telah menghadiri Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara
  4. Sihat tubuh badan dan tidak mengalami kecederaan yang serius seperti patah atau kecacatan anggota
  5. Bebas dari sebarang penyakit asma, alergi/alahan
  6. Mempunyai rekod kehadiran yang baik dalam perkhidmatan
  7. Tidak mempunyai apa-apa aduan bertulis (tindakan tatatertib) sepanjang 12 bulan terdahulu
  8. Boleh bekerja lebih masa dan bersedia untuk apa-apa panggilan tugasan pada bila-bila masa
  9. Mempunyai minat yang mendalam terhadap penjagaan anjing dan dapat menyesuaikan diri dengan anjing sehingga tamat tempoh
  10. Sanggup bertugas di mana-mana tempat seperti yang diarahkan

2.2 Pegawai Rendah

  1. Sarjan Mejar KX 24 dan Sarjan KX 22 (Umur tidak melebihi 48 tahun)
  2. Koperal KX 20 dan ke bawah (umur tidak melebihi 40 tahun)
  3. Telah menghadiri Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara
  4. Sihat tubuh badan dan tidak mengalami kecederaan yang serius seperti patah atau kecacatan anggota
  5. Bebas dari sebarang penyakit asma, alergi/alahan
    f. Mempunyai rekod kehadiran yang baik dalam perkhidmatan
  6. Tidak mempunyai apa-apa aduan bertulis (tindakan tatatertib) sepanjang 12 bulan terdahulu
  7. Boleh bekerja lebih masa dan bersedia untuk apa-apa panggilan tugasan pada bila-bila masa
  8. Mempunyai minat yang mendalam terhadap penjagaan anjing dan dapat menyesuaikan diri dengan anjing sehingga tamat tempoh
  9. Sanggup bertugas di mana-mana tempat seperti yang diarahkan
    k. Mempunyai lesen memandu kelas D/E digalakan memohon

3. Cara-Cara Memohon

Calon-calon yang berminat boleh memohon dengan menghubungi atau mengisi borang yang boleh didapati di pejabat Unit K9 Bahagian Keselamatan Ibu Pejabat Penjara Malaysia seperti di bawah :

  Unit K9
Bahagian Keselamatan
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Bukit Wira, 43000 Kajang
SELANGOR
Tel : 03-87394770
Faks : 03-87394769


4. Temuduga

Hanya calon yang telah disenarai pendek dan layak saja akan dimaklumkan untuk menghadiri sesi Ujian Kecergasan Fizikal dan temuduga

Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Januari 2010
 
 
spr hrmis  
Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.        Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi