cache cetak  w3c a- a a+ biru hijau merah uk Bahasa/Language
 
  • Direktori JPM
  • Profil Pengarah
  • Profil Jabatan
    • Carta & Organisasi
    • Carta Organisasi KDN
    • Ikrar Jabatan
  • PERSIAP
  • Sistem Tempahan Produk
  • Peta Lokasi
Dari 01 Mei 2010,
Bilangan Capaian :

View Statistic


fb tweet prihatin youtube qr rss


Tarikh Kemaskini : 15 April 2014


  Pautan Dalaman

GALERI PRODUK PENJARA PULAPEN MPM AKADEMI SUKPEN


  Pencapaian
  Keratan Akhbar / Kenyataan Media
 
 
   
Gaji : JPA disyor selami tugas kakitangan Penjara
Selasa, 14 September 2004 00:09 | Admin

Sumber : UTUSAN MALAYSIA

Tarikh : 14/09/2004

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Noh Omar yang kecewa kelewa­tan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kemente­rian Kewangan melaksa­nakan pelarasan gaji pega­wai dan anggota Jabatan Penjara, mencadangkan supaya mereka dibawa me­lawat penjara dan wad yang menempatkan ban­duan dijangkiti HIV/AIDS. Katanya, langkah itu bertujuan membolehkan mereka menyelami sendiri susah payah tugasan pegawai dan anggota Jabatan Penjara.

"Bawa mereka berjumpa dengan banduan yang ada HIV/AIDS. Minta mereka berjabat tangan, jika tidak sanggup segerakanlah ke­lulusan permohonan," ka­tanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Penja­ra Malaysia Peringkat InsÃ?­titusi Penjara Kelantan di Dewan Tan Sri Murad Ah­mad, Penjara Pengkalan Chepa di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Pe­ngarah Jabatan Penjara, Datuk Mustafa Osman. Pada majlis itu, seramai 33 pegawai dan kakita­ngan'penjara Kelantan me­nerima anugerah khidmat cemerlang.

Kegelisahan pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara berhubung ke­naikan gaji dan elaun yang tidak mereka nikmati dalam Bajet 2005 sebagimana rakan mereka dalam agensi lain turut disuara­kan oleh Mustafa dalam ucapannya sebelum itu. Bercakap kepada pembeÃ?­rita selepas itu, Noh berka­ta, beliau berharap JPA akan mempercepatkan pe­larasan gaji baru pegawai dan anggota Jabatan Pen­jara yang kini dikatakan di peringkat akhir. Selain itu, beliau turut berharap beberapa elaun yang diminta oleh Jabatan Penjara, diambil kira me­mandangkan ketika ini pe­gawai dan anggota jabatan itu turut terdedah kepada jangkitan HIV/AIDS yang dibawa oleh banduan.

"Kita harap perkara ini akan dipercepatkan kera­na anggota jabatan ini su­dah letih dengan tugasan yang banyak dan tang­gungjawab semakin men­cabar tetapi gaji mereka tidak naik-naik. Jadi, kalau ada kenai­kan gaji ini, kita harap ia memberi rangsangan baru kepada anggota dan pega­wai-pegawai penjara," ka­tanya. Noh berkata, bebanan tugas pegawai dan anggota Jabatan Penjara kini se­makin meningkat dan mencabar sedangkan gaji mereka adalah paling ren­dah disebabkan kelayakan jawatan hanya Sijil Ren­dah Pelajaran (SRP) dengan gaji pokok sekitar RM536.

"Sebab itu,kita telah memohon kepada JPA un­tuk membuat pelarasan gaji kalangan pegawai dan anggota Jabatan Penjara. Gaji polis sudah diselaraskan. Apabila pelarasan gaji dibuat, saya difaham­kan kelayakan sebagai anggota wadar akan dina­ikkan daripada SRP kepa­da Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.

Difahamkan, Jabatan Penjara telah mengemuka­kan permohonan untuk mendapatkan kenaikan 10 peratus gaji selain bebera­pa elaun seperti elaun khas untuk anggota yang beru­rusan dengan banduan di­jangkiti HIV/AIDS, elaun pemandu dan elaun sebat.

Mengulas perkara itu, Noh berkata, permohonan mendapatkan elaun berke­naan tidak boleh ditolak dan wajar dipertimbang­kan kerana ketika ini tiada sebarang perlindungan dinikmati oleh pegawai dan anggota Jabatan Penjara yang mengendalikan ban­duan-bariduan dijangkiti penyakit.

Malah katanya, statistik yang ada menunjukkan terdapat pegawai dan anggota Jabatan Penjara di­jangkiti penyakit dari banduan seperti TB seramai 26 orang dan Hepatitis B seramai 12 orang. Perangkaan ini menunjukkan seramai 8,467 orang banduan dijangkiti HIV/AIDS sepanjang tempoh antara tahun 2000 hingga bulan lalu, melibatkan 135 kematian.

"Elaun sebat juga telah kita minta kerana sekarang ini lebih banyak hukuman sebat dijatuhkan kepada banduan. Jadi, sa­ya percaya tuntutan-tuntuÃ?­tan ini akan mendapat reaksi positif daripada JPA," katanya.

 
 
spr hrmis  
Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.        Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi