cache cetak  w3c a- a a+ biru hijau merah uk Bahasa/Language
 
  • Direktori JPM
  • Profil Pengarah
  • Profil Jabatan
    • Carta & Organisasi
    • Carta Organisasi KDN
    • Ikrar Jabatan
  • PERSIAP
  • Sistem Tempahan Produk
  • Peta Lokasi
Dari 01 Mei 2010,
Bilangan Capaian :

View Statistic


fb tweet prihatin youtube qr rss


Tarikh Kemaskini : 15 April 2014


  Pautan Dalaman

GALERI PRODUK PENJARA PULAPEN MPM AKADEMI SUKPEN


  Pencapaian
  Teks Ucapan
 
 
   
Ucapan Komisioner Jeneral Penjara Y. Bhg. Datuk Wira Hj. Zulkifli Bin Omar Sempena Majlis Perasmian Bangunan Baru SHG Telok Mas Melaka 2009
Jumaat, 30 Oktober 2009 00:10 | Admin

Ucapan Komisioner Jeneral Penjara
Y. Bhg. Datuk Wira Hj. Zulkifli Bin Omar

Majlis Perasmian Bangunan Baru SHG Telok Mas Melaka 2009

TARIKH : 30 OKTOBER 2009(JUMAAT)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : SHG TELOK MAS MELAKA

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob Yang Di Pertua Negeri Melaka.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob Yang Di Pertua Negeri Melaka di atas kesudian hadir ke majlis ini dan seterusnya merasmikan bangunan baru Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka.

Sesungguhnya kehadiran Tuan Yang Terutama Tun membawa makna yang amat besar kepada Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara Malaysia. Kami yakin dengan menjadikan suntikan semangat seluruh pegawai dan anggota penjara untuk bekerja dengan lebih komited demi menjadikan Jabatan Penjara sebagai Koreksional yang unggul. Berkat sokongan dan panduan Tuan Terutama Tun, Insyallah Jabatan Penjara akan terus maju.

Seterusnya saya memohon izin Tuan Yang Terutama Tun untuk menyampaikan ucapan kepada hadirin di majlis ini.

YAB. Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam
Ketua Menteri Melaka

Y.B Datuk Wira Abu Seman bin Yusop
Timbalan Menteri Dalam Negeri

Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Y.b Datuk Wira Seman bin Yusop
Timbalan Menteri Dalam Negeri

YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

YB. Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka

YB. Ahli-Ahli Dewan Undangan, Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat

Y.Bhg Dato? Sri Mahmood bin Adam
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri

Y. Bhg. Dato? Hj. Hassan bin Sakimon
Komisional Penjara(Pengurusan)

Y. Bhg. Ketua-Ketua Jabatan

Wakil-Wakil Media Massa

Pegawai-pegawai kanan penjara serta tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.


Allahamdulillah, pertama sekali marilah kita bersama-sama melafazkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita berkumpul bersama-sama bagi meraikan Majlis Perasmian bangunan baru Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka yang akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob Yang Di Pertuan Negeri Melaka sebentar lagi.

YAB. Datuk Seri/ Datuk-Datuk/ Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Tujuan pembinaan bangunan baru ini adalah untuk menyusun semula pentadbiran dan pengurusan Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Bangunan baru ini adalah menggantikan bangunan lama yang telah wujud semenjak sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1950. Keadaan fizikalnya yang agak uzur serta kurang sesuai untuk melaksanakan program demi manfaat penghuni. Mudah-mudahan ia akan mempertingkatkan lagi kelicinan dan kecekapan pentadbiran, pengurusan pemulihan dan kawalan keselamatan Sekolah Henry Gurney ini.

Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka kini menempatkan seramai kira-kira 300 penghuni. Ia merupakan Sekolah Henry Gurney terbesar di negara ini. Penghuni sekolah ini telah mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan dalam bidang akademik, vakasional, muzik, sukan, kegiatan ko-kurikulum diperingkat negeri dan juga negara. Ia dijadikan contoh kepada lain-lain Sekolah Henry Gurney. Saya harap kejayaan itu mampu dipertingkatkan lagi oleh kami dengan adanya kemudahan baru tersebut.
YAB. Datuk Seri/ Datuk-Datuk/ Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Disamping projek pembangunan Sekolah Henry Gurney, terdapat beberapa lagi projek pembangunan penjara yang dirancang, sedang dilaksanakan dan telah disiapkan di negeri Melaka. Projek-projek tersebut melibatkan Pusat Kecemerlangan Koreksional Tanjung Keling, Penjara Baru Melaka di Sungai Udang, projek penjara industri, projek agro tourism di Penjara Dusun Dato? Murad, Air Keroh dan Muzium Penjara di Bandar Hilir. Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Negeri Melaka yang telah menyokong dan meluluskan projek-projek berkenaan untuk dilaksanakan di negeri ini.

Tanggungjawab utama jabatan penjara adalah adalah memulihkan penghuni. Langkah untuk mempertingkatkan keberkesanan latihan dan pemulihan penghuni akan diteruskan. Penghuni sekolah Henry Gurney adalah merupakan juvana dan muda. Mereka mumpunyai masa depan yang panjang dan merupakan aset penting untuk mencorrakan masa depan pembangunan dan kesejahteraan negara. Melalui Pelan Pemulihan Jabatan Penjara iaitu Plan Pembangunan Insan, semua semua penghuni sekolah Henry Gurney akan terlibat dengan berbagai aktiviti berbentuk pembinaan displin, moral, kerohanian, kaunseling, latihan kemahiran vokasional secara bersijil, akademik dan lain-lain lagi.

YAB. Datuk Seri/ Datuk-Datuk/ Tuan-Tuan dan Puan-Puan
Dalam melaksanakan tanggungjawab, kami memerlukan kerjasama, sokongan dan panduan dari pelbagai pihak. Usaha kami adalah ?? menutup pintu penjara dan memberikan peluang kedua bagi kehidupan normal bersama masyarakat kepada bekas-bekas penghuni??.

Kami amat bersyukur dengan kerjasama dan sokongan yang sentiasa diberikan oleh kerajaan Negeri Melaka dalam semua program yang dilaksanakan untuk Jabatan Penjara di negeri ini. Sesungguhnya sokongan tersebut telah memberikan impak yang besar terutamanya pemulihan penghuni. Begitu juga dengan Syarikat Swasta, Kolej, NGO?s dan orang perseorangan di negeri Melaka yang telah banyak membantu jabatan. Kami menghargai sumbangan tersebut dan mengalu-alukannya serta mengucapakan ribuan terima kasih.

Tidak ketinggalan saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kerja Raya Cawangan Pengkalan Udara dan Maritin khususnya Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka selaku agensi pelaksana projek serta pihak kontraktor Asal Construction Sdn. Bhd dan Detik Horizon(M) Sdn. Bhd yang telah berjaya menyiapkan projek pembinaan di Sekolah Henry Gurney, Teluk Mas, Melaka dalam tempoh yang ditetapkan. Saya berharap kerjasama sedemikian akan dipertingkatkan lagi bagi membolehkan kami melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

Tuan Yang Terutama Tun, itulah sahaja ucapan yang ingin saya sampaikan kepada hadirin di majlis ini. Kepada Tun, saya dan seluh warga Kementerian Dalam Negeri serta Jabatan Penjara Malaysia mendoakan agar Tun sekeluarga sentiasa sihat dan sejahtera dab dirahmati Allah S.W.T.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Terima kasih dan Salam Sejahtera

 
 
spr hrmis  
Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.        Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi