audio cache cetak   w3c biru hijau merah uk
 
  Februari 2010
 
 
   
Penjara Baru Sungai Udang, Melaka
Selasa, 23 Februari 2010 00:02 | Admin
Satu lawatan kerja oleh Menteri Dalam Negeri, Y.B. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein Menteri Dalam Negeri di Penjara Baru Sungai Udang, Melaka telah berlangsung pada 18 Februari 2010. Lawatan kerja ini diadakan untuk melihat perkembangan terakhir Penjara Baru Sungai Udang, Melaka yang dibina di atas Lot PT 1582 dengan kos pembinaan sebanyak RM 305,000,000.00 dengan keluasan tanah 128 ekar yang dimajukan oleh kontraktor yang dilantik iaitu ALMATAB Sdn.Bhd. Projek pembinaan ini telah bermula pada 16 November 2006 dan siap sepenuhnya pada 4 Februari 2010 dengan jangka masa projek selama 168 minggu.

Lawatan tersebut turut disertai Y.A.B Datuk Seri Hj. Mohd Ali b. Mohd Rustam Ketua Menteri Melaka, Y.B. Datuk Wira Abu Seman Yusop Timbalan Menteri Dalam Negeri, Y.Bhg Datuk Wira Hj Zulkifli bin Omar Ketua Pengarah Penjara, Pengarah- Pengarah Bahagian dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia serta ekco kerajaan Negeri Melaka. Y.B. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein telah diberi penerangan oleh pemaju sebelum beliau mengadakan lawatan ke bangunan dan blok Penjara Baru, Sungai Udang, Melaka.


 
 
Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.        Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi