cache cetak  w3c biru hijau merah uk Bahasa/Language
 
  • Direktori JPM
  • Profil Pengarah
  • Profil Jabatan
    • Carta & Organisasi
    • Carta Organisasi KDN
    • Ikrar Jabatan
  • PERSIAP
  • Sistem Tempahan Produk
  • Peta Lokasi
Dari 01 Mei 2010,
Bilangan Capaian :

View Statistic


fb tweet prihatin youtube qr rss


videogaleri
Tarikh Kemaskini : 30 Oktober 2014


  Pautan Dalaman

GALERI PRODUK PENJARA PULAPEN MPM AKADEMI SUKPEN


  Pencapaian
capai
  Jun
 
 
   
Konvensyen KIK Jabatan Penjara Malaysia 2012
Selasa, 19 Jun 2012 10:06 | Admin - Share on Facebook

Langkawi, 15 Jun 2012 Jabatan Penjara Malaysia telah menganjurkan Konvensyen KIK peringkat jabatan tahun 2012 bertempat di Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi. Konvensyen dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori Pengurusan dan kategori Teknikal di mana sebanyak 11 pasukan  telah bertanding di peringkat akhir setelah meraih gelaran johan di peringkat zon masing-masing.


Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Farida binti Mohd Ali, Timbalan Ketua  Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Beliau telah sudi menyampaikan hadiah-hadiah dan sijil penyertaan kepada para peserta. Dalam ucapan perasmian penutupan, beliau menyeru kepada semua pihak supaya menggunakan kumpulan KIK ini sebagai kumpulan pemikir dan penyelesai masalah di tempat kerja masing-masing dan tidak hanya berpuashati dengan apa yang telah dicapai sebaliknya sentiasa berusaha untuk penambahbaikan demi kebaikan perkhidmatan awam secara keseluruhannya.


Hadir bersama  dalam majlis tersebut YBhg. KJP Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Yang Setia KPj. Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), KPj Dato' Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan, PKK Mohd. Sabri bin Yaacob Pengarah Akademi Koreksional Malaysia Langkawi, wakil-wakil KDN, Pengarah-pengarah Bahagian IPPM serta pengarah-pengarah institusi.


Sebelum itu, dalam ucapan aluan YBhg. Datuk Wira Ketua Pengarah Penjara Malaysia menyatakan, komitmen Jabatan Penjara Malaysia dalam aspek penubuhan pasukan-pasukan Kumpulan Inovatif dan Kreatif tidak dapat dipertikaikan semenjak pekeliling kerajaan berhubung perkara ini dikeluarkan. Menurut beliau lagi, hasil usaha gigih beberapa Pasukan KIK institusi penjara telah mula melakarkan nama dengan kejayaan mewakili negeri ke konvensyen KIK di peringkat kebangsaan. Malahan ada pasukan KIK Jabatan Penjara Malaysia telah berjaya dinobatkan sebagai pemenang bagi Anugerah KIK peringkat sektor Awam.


Konvensyen pada kali ini telah dimenangi oleh Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak  bagi kategori pengurusan manakala  Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah bagi kategori teknikal. Johan membawa pulang piala pusingan, piala iringan serta wang tunai RM 2,500.00. Semoga tahun hadapan, pasukan-pasukan KIK Jabatan Penjara Malaysia akan terus menjana idea-idea baru yang inovatif dan kreatif yang bukan hanya dapat memberikan manafaat terhadap jabatan tetapi juga lain-lain agensi di luar.


 

Bil.
INSTITUSI
NAMA KUMPULAN
TAJUK PROJEK
KATEGORI
1. Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi
MAHOGANY
Kaedah Pendaftaran Peserta Kursus Kurang Efektif.
Pengurusan
2. Penjara Pokok Sena, Kedah
PRIDE
Peningkatan Takungan Air Sisa Di Bengkel
Teknikal
3. Penjara Sri Aman, Sarawak
BERLIAN
Kesukaran Penggunaan Kad Bilik Banduan
Pengurusan
4. Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah
KRISTAL
Peningkatan Longgokan Sisa Buangan Dapur
Teknikal
5. Ibu Pejabat Penjara Sabah
ETIKA
Proses Pendaftaran Fail Yang Kurang Efisien
Pengurusan
6. Penjara Simpang Renggam
CITRA
Kesukaran Memakaikan Straits Ke Atas Penghuni Yang Agresif
Teknikal
7. Penjara Sungai Udang
EUREKA
Penyimpanan Barang Banduan Di Pejabat Rekod Tidak Sistematik
Pengurusan
8. Parol Negeri Kelantan
MERPATI
Kelewatan Menyiapkan Kerja Kebersihan Oleh Pesalah Pusat Kehadiran Wajib
Teknikal
9. Penjara Marang, Terengganu
PRIMA BESTARI
Kelewatan Penghuni Membuat Aduan Kepada Pegawai kebajikan Semasa Kemasukan Di Luar Waktu Pejabat.
Pengurusan
10. Maktab Penjara Malaysia, Kajang Selangor
MOMENTUM
Latihan Kawad Di Maktab Penjara Malaysia Kerap Terganggu
Teknikal
11. Pusat Pemulihan Akhlak , Batu Gajah
KINTA
Sistem Pemantauan Tahanan Di Pintu Utama Kurang Efisien
Pengurusan

 

KEDUDUKAN PENGURUSAN TEKNIKAL
JOHAN KINTA
Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak
KRISTAL
Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah
NAIB JOHAN MAHOGANY
Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi
PRIDE
Penjara Pokok Sena, Kedah
KETIGA BERLIAN
Penjara Sri Aman, Sarawak
CITRA
Penjara Simpang Renggam, Johor

 

 

 
 
mygov spr ksn bpa mobile dapat epsa msc hrmis ep tour pemudah integriti bisa  
Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.        Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi