Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia
audio cachecetak w3c 1 1 1 biru hijau merah 1
  Unit Integriti
 
 
   


Pengarah Integriti
PKK Ku Nawawi bin Ku Hamid

knawawi@prison.gov.my

OBJEKTIF

 

Mengurus perkara yang berkaitan dengan integriti pegawai dan anggota
Jabatan Penjara Malaysia.

Merancang dan melaksanakan kursus-kursus integriti kepada kakitangan
Jabatan Penjara Malaysia

Melaksanakan proses prosiding tindakan tatatertib Jabatan Penjara Malaysia.

Melaksanakan dan menyediakan maklum balas Aduan yang diterima Jabatan
Penjara Malaysia.

Memastikan warga Penjara mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri
moral dan etika yang kukuh serta meningkatkan semangat patriotisme

 

FUNGSI UNIT

 

Unit Integriti sebagai ‘focal point’ kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di sektor awam. Matlamatnya untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh serta meningkatkan semangat patriotisme. Kewujudannya sebagai usaha kawalan dalaman oleh agensi untuk menguruskan integriti dalam organisasi.

Terdapat enam fungsi teras yang dipertanggungjawabkan kepada Unit Integriti merangkumi perkara berikut;


Tadbir Urus

Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan

 

Pengukuhan Integriti

Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi

 

Pengesanan Dan Pengesahan

Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta perlanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan sewajarnya diambil.
Melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.

 

Pengurusan Aduan

Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan / maklumat mengenai salahlaku jenayah serta perlanggaran tatakelakuan dan etika organisasi

 

Pematuhan

Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa

 

Tatatertib

Melaksanakan fungsi Urusetia Lembaga Tatatertib
Memastikan urusan tatatertib di peringkat institusi mematuhi tatacara dan prosedur


PROGRAM / INISIATIF


Antara cadangan program / tindakan yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut :

•Menyemak kembali Pelan Integriti Penjara (PIPEN) 2015 - 2020

•Menyediakan Integrity Handbook / Garis Panduan Integriti

•Menyediakan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM)

•Membuat naziran pematuhan di institusi penjara perihal integriti anggota dalam membuat tuntutan tugas rasmi

•Menyediakan modul integriti dan tenaga pengajar / fasilitator bagi kursus asas Jabatan Penjara – Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara (SAPP) dan Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara (SMPP).

 

Sumber Maklumat : Unit Integriti
Tarikh : 13 Februari 2017

 
 

 

Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi

Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.
PENAFIAN : Jabatan Penjara Malaysia TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik pada Internet Explorer (9/10/11), Google Chrome, Mozilla Firefox 3 dan dengan resolusi minima 1366x768.


JABATAN PENJARA MALAYSIA | Kompleks Penjara Malaysia, 43000 Kajang, Selangor. Tel : 03 8732 8000 | Faks : 03 8739 9205 Email : pro@prison dot gov dot my
cert fb tweet youtube rss

Top