Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia
audio cachecetak w3c 1 1 1 biru hijau merah 1
  Malaysia Correctional Journal
 
 
   

Click Here for English version


SYARAT-SYARAT PENYEDIAAN ARTIKEL MALAYSIA CORRECTIONAL JOURNAL

Jabatan Penjara Malaysia telah menerbitkan sebuah jurnal koreksional yang dinamakan sebagai Malaysia Correctional Journal. Jurnal ini diterbitkan setiap tahun bermula pada tahun 2017. Malaysia Correctional Journal adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai bahan rujukan berkaitan bidang kepenjaraan yang melibatkan pelbagai bidang kajian seperti kaunseling, kriminologi, psikologi, komunikasi, pendidikan dan sains sosial. Artikel jurnal yang telah diterbitkan adalah hasil penulisan akademik daripada pegawai-pegawai penjara, pelajar dan pensyarah universiti serta pihak-pihak lain yang telah menjalankan kajian di Jabatan Penjara Malaysia. Syarat-syarat bagi penulisan artikel dalam Malaysia Correctional Journal adalah :



1. Setiap artikel jurnal merupakan kajian asal yang dijalankan oleh mana-mana individu atau kumpulan penyelidik sama ada pegawai penjara, pelajar dan pensyarah kolej dan universiti, penjawat awam, atau mana-mana individu dari agensi kerajaan ataupun swasta.
     
2. Kajian adalah berteraskan aspek kepenjaraan sama ada dalam bidang sosiologi, kaunseling, psikologi, kriminologi, pendidikan, komunikasi dan sebagainya.
     
3. Artikel berkenaan tidak dihantar kepada mana-mana penerbitan yang lain.
     
4. Setiap artikel adalah dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang mengandungi kandungan seperti berikut:
     
  4.1 Tajuk
  4.2 Nama penulis
  4.3 Abstrak
  4.4 Pengenalan
  4.5 Objektif Kajian
  4.6 Metodologi Kajian
  4.7 Hasil Kajian
  4.8 Kesimpulan
  4.9 Rujukan
     
5. Format penulisan artikel jurnal adalah seperti berikut:
     
  5.1 Font saiz 12 Times New Roman
  5.2 Line spacing : 1.5
  5.3 Panjang artikel tidak melebihi 30 mukasurat termasuk rujukan.
  5.4 Setiap jadual perlu diletakkan nombor rujukan bersama tajuk di bahagian atas. Begitu juga dengan rajah (termasuk graf dan diagram) perlu diletakkan nombor rujukan dan tajuk di bahagian bawah rajah.
  5.5 Abstrak adalah dalam bentuk italic dan tidak melebihi 200 patah perkataan yang mengandungi ringkasan kajian, hasil dapatan dan kesimpulan dan mengandungi 5-6 katakunci (keywords). Setiap artikel perlu ada abstrak dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  5.6 Petikan (citations) dan rujukan adalah seperti mana yang ditetapkan oleh The American Psychological Association (APA) (contoh : Smith, 1998; Smit et al, 2002)
     
6. Setiap artikel akan dihantar kepada Editor yang telah dilantik oleh Jabatan Penjara Malaysia untuk semakan dan penilaian.
     
7. Mana-mana artikel yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan akan dikembalikan semula kepada pegawai untuk penambahbaikan dan pindaan.
     
8. Untuk penghantaran artikel, sila emel kepada: bhg_dk@prison.gov.my; atau fax : +603-87374194, atau hantar kepada : Bahagian Dasar Kepenjaraan, Ibu Pejabat penjara Malaysia, Bukit Wira, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA.


Sumber Maklumat : Bahagian Dasar Kepenjaraan
Tarikh : 9 Oktober 2017

 
 

 

Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi

Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.
PENAFIAN : Jabatan Penjara Malaysia TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik pada Internet Explorer (9/10/11), Google Chrome, Mozilla Firefox 3 dan dengan resolusi minima 1366x768.


JABATAN PENJARA MALAYSIA | Kompleks Penjara Malaysia, 43000 Kajang, Selangor. Tel : 03 8732 8000 | Faks : 03 8739 9205 Email : pro@prison dot gov dot my
cert fb tweet youtube rss

Top