Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia
audio cachecetak w3c 1 1 1 biru hijau merah 1
  Bahagian Dasar Kepenjaraan
 
 
   
Untitled Document


Pengarah
KP Dato' Abdul Aziz Bin Abdul Razak

azira@prison.gov.my




Bahagian Dasar Kepenjaraan berperanan membuat kajian dan mengemukakan cadangan ke atas dasar-dasar/isu-isu/program-program yang mempunyai impak kepada pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan koreksional secara keseluruhan. Teknik-teknik pengurusan yang bersesuaian dan berkenaan akan digunakan dalam proses penelitian dan pengkajian ke atas dasar-dasar/isu-isu/program-program tersebut.

 

Visi

Peneraju Perkhidmatan Korektif.


Misi

• Menjadi penasihat, penyelaras dan pakar rujuk dalam penggubalan dasar-dasar dan perancangan pembangunan koreksional yang berkualiti dan mapan.

• Mengeratkan perkongsian pintar (Smart Partnership) dengan kementerian yang berkaitan serta pihak swasta dan Badan Bukan kerajaan.

• Mengkaji semula Dasar Kepenjaraan setiap sepuluh tahun mengikut keperluan semasa.

 

Objektif
• Merancang, menggubal, menyelaras dan memantau serta mengawasi pelaksanaan dasar-dasar yang strategik berpandukan matlamat program atau aktiviti jabatan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

• Mengetuai, membangun dan menilai Program serta Dasar Kepenjaraan dan Penilaian Residivis yang memberi fokus kepada core business baru Jabatan Penjara.

• Bertindak sebagai ‘Think Tank’ dan ‘Strategic Integrator’ bagi memastikan dasar/program/projek dirancang dan digubal secara bersepadu dan berkesan untuk dilaksanakan oleh intstitusi koreksional seluruh Negara.

• Memastikan pelaksanaan program koreksional di institusi penjara adalah selaras dengan keperluan semasa dan dilaksanakan selari dengan dasar yang telah dirancang dan digubal.





Fungsi


• Menjadi tunggak utama core business baru Jabatan Penjara dalam membangun dan memajukan isi kandungan (content) kepenjaraan, koreksional dan penilaian residivis sebagai panduan, rencana dan hala tuju Institusi-Institusi Penjara, banduan dan masyarakat yang sesuai mengikut peredaran semasa serta menyelaras hal ehwal kepenjaraan;

• Menjalankan perancangan strategik dan penyediaan dokterin-dokterin bagi program pembangunan kepenjaraan dan koreksional serta kemasyarakatan;

• Membina jaringan hubungan (networking) bilateral dan multilateral dengan Jabatan-Jabatan Penjara di peringkat antarabangsa;

• Menjalankan perancangan dan penyelidikan serta pemantauan (3P) yang melibatkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi mewujudkan penilaian menyeluruh dari aspek kuantitatif dan kualitatif pengurusan dan pembangunan Jabatan Penjara;

• Membantu merancang dan menyediakan penggubalan dan penetapan dasar, menentukan hala tuju dan rencana, menyediakan pelan strategik serta menjalankan perancangan dan penyelidikan (R&D) bagi pembangunan Jabatan Penjara.


• Menerajui perancangan dan penggubalan dasar-dasar baru berhubung dengan core-business jabatan

• Menilai keberkesanan pelaksanaan dasar dan peraturan selaras dengan hala tuju jabatan

• Menambahbaik secara berterusan dasar dan peraturan sedia ada berasaskan kepada amalan-amalan terbaik melalui penandaarasan

• Memberi khidmat nasihat dan perundingan dalam aspek perancangan dan penggubalan dasar-dasar berhubung dengan core-business jabatan.


• Mengenalpasti dan memantau isu-isu semasa dalam negara dan antarabangsa yang memberi kesan kepada perkhidmatan koreksional jabatan

• Merancang strategi, halatuju dan cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani oleh Jabatan melalui pembentukan dasar-dasar baru bagi pembangunan perkhidmatan koreksional.

• Menyediakan laporan-laporan Jabatan iaitu Laporan Tahunan dan Laporan Pelaksanaan NKRA Jabatan serta laporan pencapaian KPI jabatan.

• Mengkaji semula keberkesanan dan kesesuaian pelaksanaan undang-undang, peraturan dan perintah tetap sedia ada di Jabatan;

• Mencadangkan Rang Undang-undang baru yang bersesuaian untuk pembangunan perkhidmatan koreksional

• Menyelaras serta mewakili Jabatan dalam mesyuarat-mesyuarat Koreksional peringkat antarabangsa seperti APPCA, Harm Reductions dan sebagainya

• Menyelaras pendirian Jabatan mengenai perkara-perkara berkaitan dasar koreksional serta mengambil bahagian dalam perundingan dua hala, pelbagai hala dan serantau

• Melaksanakan dan memantau pelaksanaan dasar dan peraturan peringkat Bahagian dan Institusi Penjara.

• Menyedia dan menyelaras pelaksanaan Pelan Induk dan Perancangan Strategik Jabatan Penjara Malaysia

• Bekerjasama dengan pusat Penyelidikan dan agensi kerajaan, pusat-pusat pengajian tinggi dan lain-lain program kajian berkaitan perkhidmatan koreksional.

• Mengumpul secara sistematik segala keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat Pra-Kabinet, Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian , Mesyuarat Ketua-ketua Institusi dan Mesyuarat MATINPEN.

• Bertanggungjawab terhadap perancangan dan pelaksanaan dasar serta menjalankan kajian ke arah pengukuhan Jabatan
• Memantau usaha-usaha pembaikan dan pembaharuan dalam pentadbiran yang dilaksanakan oleh bahagian dan institusi.

• Melaksanakan dan memantau pelaksanaan dasar dan peraturan perkhidmatan awam di peringkat bahagian/institusi;

• Mengenalpasti dan mengemukakan cadangan bagi memperbaiki dasar-dasar yang digunakan di peringkat jabatan dan institusi untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.

• Membuat penilaian ke atas perkembangan dan kemajuan pentadbiran dan pengurusan jabatan dan institusi melalui penganalisaan ke atas program-program serta usaha-usaha penambahbaikan dan pembaharuan seterusnya mengemukakan cadangan mengenainya.

• Memantau Sasaran Kerja Tahunan Jabatan



Piagam Pelanggan

 


• Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan (JPP) Jabatan Penjara Malaysia enam (6) kali setahun.

• Mengeluarkan sekurang-kurangnya satu (1) penerbitan jurnal dalam setahun

• Melaksanakan sekurang-kurang dua (2) kajian berkaitan dengan isu-isu dasar Jabatan Penjara Malaysia dalam tempoh yang ditetapkan seperti berikut

 

o Kajian empirikal (empirical) dalam tempoh dua belas (12) bulan
o Kajian bukan empirikal (non empirical) dalam tempoh enam (6) bulan; dan
o Kajian yang melibatkan pihak konsultan akan tertakluk kepada tempoh dalam terma kontrak

 

• Menyediakan maklum balas / ulasan mengenai isu-isu seperti berikut:

 

o Berkaitan dengan Dasar Umum Jabatan Penjara Malaysia dalam masa lima (5) hari bekerja; dan
o Berkaitan dengan input teknikal daripada jabatan/bahagian Jabatan Penjara Malaysia dalam masa sepuluh (10) hari bekerja



Strategi

 

• Menyediakan Pelan Tindakan Pelaksanaan Bahagian setiap awal tahun dengan melibatkan semua peringkat pegawai dan kakitangan.

• Bekerjasama dengan bahagian-bahagian dan agensi-agensi dalaman dan luar jabatan bagi mencapai objektif dengan lebih berkesan

• Memantau pelaksanaan program/aktiviti koreksional peringkat jabatan dan institusi dengan memperakukan perubahan-perubahan dasar mengikut keperluan semasa.

• Menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa berkaitan bagi memastikan program/aktiviti dilaksanakan mengikut dasar yang telah ditetapkan

• Mengadakan mesyuarat berjadual bagi semua urusan seperti penyelarasan jawapan Parlimen, penyediaan kertas kabinet dan kertas kerja.



Bahagian ini mempunyai dua seksyen seperti berikut:

 

Seksyen Dasar

 

Fungsi Seksyen ini ialah :

 

• Merancang dan menyelaras penggubalan dasar dalam semua bidang berkaitan peranan jabatan dalam pembangunan perkhidmatan koreksional

• Mengurus pelaksanaan dasar berkaitan pembangunan koreksional diperingkat institusi.

• Menyelaras pelaksanaan dasar pembangunan koreksional di antara agensi kerajaan, swasta dan NGO.

• Membangunkan dasar perkhidmatan koreksional untuk keperluan semasa dan akan datang.



Seksyen Residivis

 

Fungsi Seksyen ini ialah :

 


• Meneliti isu/masalah dasar strategi pembangunan atau program residivis dari sudut impak kepada kumpulan sasar.

• Menyedia kertas cadangan penilaian semula dasar residivis dan strategi yang dilaksanakan ke arah kecapaian KPI yang telah ditetapkan.

• Menyelaras dan melaksanakan tugas-tugas memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan sesuatu dasar/strategi/program bagi pengurangan residivis

• Membantu Bahagian/institusi merangka strategi pemantauan penilaian dan keberkesanan program yang dijalankan.

• Melaksanakan kajian impak keberkesanan program pemulihan yang dijalankan bagi mengurangkan kadar residivis.

• Melaksanakan dan membantu perancangan strategi pengurangan kadar residivis meliputi pemikiran semula dan ‘reengineering’ Bahagian/ Institusi.

• Melaksanakan kajian kolerasi antara kadar pengurangan residivis dengan keberkesanan program pemulihan bersama institusi pengajian awam.

Kembali ke Atas










 
 
 

 

Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi

Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.
PENAFIAN : Jabatan Penjara Malaysia TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik pada Internet Explorer (9/10/11), Google Chrome, Mozilla Firefox 3 dan dengan resolusi minima 1366x768.


JABATAN PENJARA MALAYSIA | Kompleks Penjara Malaysia, 43000 Kajang, Selangor. Tel : 03 8732 8000 | Faks : 03 8739 9205 Email : pro@prison dot gov dot my
cert fb tweet youtube rss

Top