cache cetak  w3c a- a a+ biru hijau merah uk Bahasa/Language
 
  • Direktori JPM
  • Profil Pengarah
  • Profil Jabatan
    • Carta & Organisasi
    • Carta Organisasi KDN
    • Ikrar Jabatan
  • PERSIAP
  • Sistem Tempahan Produk
  • Peta Lokasi
Dari 01 Mei 2010,
Bilangan Capaian :

View Statistic


fb tweet prihatin youtube qr rss


Tarikh Kemaskini : 15 April 2014


  Pautan Dalaman

GALERI PRODUK PENJARA PULAPEN MPM AKADEMI SUKPEN


  Pencapaian
  Derma Khairat Kebajikan
 
 
   

1. Nama : Derma Khairat Kebajikan Jabatan Penjara Malaysia
2. Alamat Berdaftar Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Bukit Wira, 43000 Kajang, SELANGOR.
3. No. Pendaftaran : 13678-V
4. Tarikh didaftarkan : 22hb. Februari, 1973
5. Objektif Membantu ahli-ahli perkumpulan/waris secara khairat dan tenaga apabila berlaku kematian
6. Keahlian
a. Ahli
Setiap pegawai yang bertugas di Jabatan Penjara Malaysia adalah layak untuk memohon menjadi ahli Derma Khairat Kebajikan Jabatan Penjara Malaysia, dengan bayaran pendaftaran RM5.00 (RM Lima sahaja). Jika pegawai berkenaan berumur melebihi 50 tahun, surat pengesahan kesihatan dari doktor hendaklah disertakan.
b. Ahli Tetap

Setiap ahli Derma Khairat Kebajikan yang telah menjadi ahli selama 15 tahun, apabila hendak bersara, bolehlah memohon untuk menjadi ahli tetap dengan bayaran RM 100.00 (RM Satu Ratus sahaja) dalam tempoh masa tiga bulan sebelum tarikh bersara.

Setiap ahli Derma Khairat Kebajikan yang telah menjadi ahli selama 15 tahun, apabila hendak bersara pilihan atau berpindah ke jabatan lain, bolehlah memohon menjadi ahli tetap dengan bayaran RM 200.00 (RM Dua Ratus sahaja) dalam tempoh masa 3 bulan sebelum tarikh bersara.

Setiap ahli Derma Khairat Kebajikan yang telah menjadi ahli selama 15 tahun tetapi tidak memohon menjadi ahli tetap apabila bersara wajib/pilihan atau pun bertukar jabatan, jika ingin memohon menjadi ahli tetap, bolehlah memohon dengan bayaran RM 400.00 (RM Empat Ratus sahaja).

**Nota -
Makluman kepada semua Ahli Tetap- Pihak tuan/puan diminta melapurkan diri kepada Pegawai Perhubungan institusi penjara yang terhampir dengan tempat tinggal tuan/puan selepas bersara supaya memudahkan urusan di kemudian hari dengan membekalkan alamat terkini dan nombor telefon untuk dihubungi.

c. Penamatan Keahlian

Mana-mana ahli Derma Khairat Kematian akan hilang keahlian jika ia meletak jawatan, bersara, dibuang kerja atau ditukarkan daripada perkhidmatan Jabatan Penjara Malaysia, kecuali jika mereka ingin kekal menjadi ahli tetap, adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan ahli seperti di atas.

Setelah mana-mana ahli hilang keahlian atas apa-apa sebab pun, maka mereka adalah terlucut haknya terhadap segala faedah dan/atau tuntutannya atau terhadap keistemewaan keahlian Derma Khairat Kematian ini atau terhadap harta Derma Khairat Kematian ini dan ia hendaklah berhenti mengakui bahawa ia masih lagi menjadi ahli dengan apa jua pun caranya samada secara bertulis mahupun secara lisan.

7. Kutipan
Kutipan secara tetap melalui pemotongan gaji oleh Biro Perkhidmatan Angkasa sebanyak RM 5.00 bagi setiap ahli akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2008.
8. Bayaran Kepada Ahli (Kuatkuasa mulai 16 Januari 2010)
a. Ahli - RM 10,000.00
b. Ahli Tetap - RM 6,000.00
c. Suami/Isteri - RM 3,000.00
d. Anak - RM 2,000.00 (Anak yang berumur 18 tahun ke bawah sahaja, termasuk anak angkat berdaftar)
>> Tuntutan Kematian 2008
9. Penamaan Dan Orang Yang Dinamakan
  • Isteri atau isteri-isteri, suami (jika ahli seorang wanita)
  • Anak-anak termasuk anak angkat yang didaftarkan
  • Cucu
  • Ibu, bapa, datuk, nenek
  • Adik perempuan/lelaki, abang/kakak yang seibu dan sebapa
  • Adik perempuan/lelaki, abang/kakak yang seibu atau sebapa
  • Anak-anak adik perempuan/lelaki, abang/kakak yang seibu dan sebapa atau yang seibu atau sebapa
  • Bapa dan ibu saudara seibu dan sebapa atau seibu atau sebapa
  • Anak-anak bapa dan ibu saudara seibu dan sebapa atau seibu atau sebapa
  • Menantu lelaki dan perempuan
  • Mana-mana orang lain yang dinamakan dengan sempurna dan mengikut peraturan oleh ahli di hadapan dan disaksikan serta ditandatangani oleh Jaksa Pendamai atau Majistret
10. Bayaran Penamaan
Ahli boleh dengan cara bertulis membatalkan atau mengubah penamaannya dengan syarat pembatalan atau perubahan telah didaftarkan semasa hayatnya dalam Derma Khairat Kematian ini. Tiada bayaran yang dikenakan bagi tiap-tiap pendaftaran bagi pembatalan dan/atau perubahan.
11. Bukti Kematian
Pembayaran faedah kematian kepada orang yang dinamakan oleh ahli tidak boleh dibuat kecuali setelah mengeluarkan perakuan mati yang asal yang dikeluarkan oleh seorang Pendaftar atau Pendaftar Kematian, dan bagi ahli yang mati di luar Malaysia, perakuan mati yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan di tempat ahli itu mati.
12. Alamat Surat-Menyurat

Setiausaha
Derma Khairat Kebajikan
Jabatan Penjara Malaysia
IPPM, Bukit Wira
43000 Kajang

Tel : 03-87328173
Fax : 03-87399205
Email : dkk@prison.gov.my
13. Lembaga Pengarah Derma Khairat Kebajikan
Pengerusi En. Wan Abdul Rahman bin Abdullah
Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan)
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Setiausaha En. Harun Bin Awang
Bahagian Teknologi Maklumat
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Bendahari En. Farit b. Salleh
Bahagian Kepenjaraan
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Ahli Lembaga Pengarah Y. Bhg. Dato' Alzafri Mohamed Alnassif b. Mohamed Adahan
Pengarah
Bahagian Dasar Kepenjaraan
En. Mohd Muslih b. Mahmud
Penjara Kluang
Puan Zamiah @ Zaimiah bt. Parman
Bahagian Pemulihan dan Rawatan
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
 
 
spr hrmis  
Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.        Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi