Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia
audio cachecetak w3c 1 1 1 biru hijau merah 1
  Khidmat Masyarakat
 
 
   

Berkongsi tanggungjawab memainkan peranan di dalam menimbulkan rasa kesedaran dan keinsafan diri dikalangan anggota masyarakat agar sentiasa menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang negara ke arah melahirkan masyarakat yang aman dan sejahtera.


Jabatan memperkenalkan Program Mesej dari Penjara; satu aktiviti pendidikan dan pencegahan jenayah yang menawarkan pakej pameran dan ceramah daripada penghuni yang telah dipilih untuk menyertai program ini bagi menceritakan ranjau kehidupan serta pengalaman hidup yang dilalui sehingga membawa diri mereka terkurung di penjara sebagai pengajaran dan teladan


Apa Yang Masyarakat Boleh Bantu Jabatan Penjara Malaysia

Program pemulihan Jabatan Penjara amat memerlukan badan-badan sukarelawan atau individu yang berminat untuk menyumbangkan tenaga sebagai penceramah agama ataupun pengajar akademik bagi membantu banduan-banduan yang berminat untuk mengubah hidup mereka.
Sebarang bentuk derma seperti makanan untuk musim perayaan bagi semua bangsa, makanan atau wang untuk banduan muslim berbuka puasa di bulan Ramadhan.
Bahan-bahan bacaan berbentuk ilmu pengetahuan, hiburan, novel dan sebagainya melainkan yang mengandungi unsur-unsur lucah dan negatif.

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan Seksyen Kebajikan, Bahagian Pemulihan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia atau berhubung terus dengan berhampiran tempat anda

Apa Yang Jabatan Penjara Boleh Bantu Masyarakat

Bantuan kaunselor-kaunselor Jabatan Penjara untuk ceramah-ceramah umum di sekolah-sekolah atau persatuan belia.
Menyediakan tenaga banduan untuk membuat kerja-kerja kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan tempat awam, taman permainan, rumah orang tua dan sebagainya bersama-sama masyarakat setempat, tertakluk kepada kelulusan Bahagian Keselamatan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Kerja-kerja sebegini dapat mendekatkan banduan-banduan dengan masyarakat, memberi rasa keinsafan serta kebanggaan kerana dapat memberi sumbangan kepada masyarakat.

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan berhampiran tempat anda ataupun Ibu Pejabat Penjara Malaysia.

 
 

 

Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi

Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.
PENAFIAN : Jabatan Penjara Malaysia TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik pada Internet Explorer (9/10/11), Google Chrome, Mozilla Firefox 3 dan dengan resolusi minima 1366x768.


JABATAN PENJARA MALAYSIA | Kompleks Penjara Malaysia, 43000 Kajang, Selangor. Tel : 03 8732 8000 | Faks : 03 8739 9205 Email : pro@prison dot gov dot my
cert fb tweet youtube rss

Top