Kombo ini baru sahaja ditubuhkan pada September 2002. Antara objektif penubuhannya adalah sebagai satu medan penglibatan dalam kegiatan seni muzik bagi pegawai/anggota serta kakitangan Jabatan Penjara yang meminati muzik.
Dalam masa yang sama mereka juga berpeluang untuk belajar dan memahami muzik dengan lebih mendalam lagi secara teori dan praktikal semasa persembahan-persembahan yang dijalankan. Keanggotaan kombo ini adalah seramai 15 orang yang terdiri dari kakitangan Jabatan Penjara dengan pelbagai pangkat.

Kombo ini berkebolehan untuk mempersembahkan pelbagai lagu seperti irama asli, irama 60an, lagu-lagu kegemaran semasa dan lagu-lagu antarabangsa. Penyanyi-penyanyi yang bersama kombo ini adalah antara kakitangan yang pernah menjuarai pertandingan nyanyian peringkat Jabatan/Kementerian dan RTM.

Dalam usia penubuhan yang muda ini, Kombo Penjara telah diundang untuk mengadakan persembahan sempena Makan Malam MAKSAK Malaysia pada Februari 2003 di Hotel Marriot Putrajaya dan Makan Malam Hari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia 2003 pada Mac 2003 di Hotel Marriot Putrajaya.
Kombo ini sentiasa bersedia untuk mengadakan persembahan di majlis makan malam di Jabatan Kerajaan/Swasta atau orang perseorangan.
Urusan tempahan dan pertanyaan, silalah hubungi Ketua Unit Kombo - 03 8732 8000 samb.