cache cetak  w3c biru hijau merah uk
 
  • Direktori JPM
  • Profil Pengarah
  • Profil Jabatan
    • Carta & Organisasi
    • Carta Organisasi KDN
    • Ikrar Jabatan
  • PERSIAP
  • Sistem Tempahan Produk
  • Peta Lokasi
Dari 01 Mei 2010,
Bilangan Capaian :

View Statistic
fb tweet prihatin youtube qr rss


videogaleri
Tarikh Kemaskini : 30 Jun 2015


  Pautan Pilihan

GALERI PRODUK PENJARA PULAPEN MPM AKADEMI SUKPEN


  Pencapaian
capai
  Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan)
 
 
   
Dato' Wan Abdul Rahman Bin Abdullah
Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan)


KPj Dato' Wan Abdul Rahman bin Abdullah dilahirkan di Baling, Kedah pada tahun 1957. Pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains. Memulakan perkhidmatan di Jabatan Penjara Malaysia pada 1 September 1985 dan ditugaskan di Penjara Kajang Selangor sebagai Penguasa Penjara Tingkatan Biasa KX 5. Pada 1 Mac 1990 beliau bertukar tempat tugas ke Penjara Johor Bahru. Kecemerlangan beliau dalam melaksanakan tugas membolehkan beliau dinaikkan pangkat ke Penguasa Penjara Tingkatan Kanan KX 4 pada 8 ogos 1991 dan ditukarkan ke Maktab Penjara Malaysia. Pada 16 Oktober 1991 beliau ditugaskan semula di Penjara Kajang, pada 22 Januari 1992 bertukar dari Penjara Kajang ke Penjara Miri, Sarawak. Pada 16 Jun 1993 bertukar dari penjara Miri ke Ibu Pejabat Penjara Sarawak sebagai Timbalan Pengarah.

 

Pada 1 Julai 1995 bertukar dari Ibu Pejabat Penjara Sarawak ke Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan sebagai Pengarah Penjara Pengkalan Chepa. Beliau dinaikkan pangkat Penguasa Penjara Gred KX 3 pada 16 September 1999 dan ditukarkan ke Penjara Terbuka Marang, Terengganu sebagai Pengarah Penjara Terbuka Marang. Beliau seterusnya dinaikkan pangkat ke Gred KX 50 pada 16 September 2003 dan bertukar ke Ibu pejabat Penjara Sarawak sebagai Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Pada 3 April 2006 dinaikkan pangkat ke jawatan Penguasa Penjara Gred KX 54 dan ditukar ke Penjara Simpang Rengam Johor, sebagai Pengarah Penjara Simpang Rengam. Pada 4 Jun 2007 beliau bertukar ke Ibu Pejabat Penjara Malaysia menjawat jawatan sebagai Pengarah Bahagian Vokasional & Industri. Bintang kerjaya beliau terus bersinar apabila pada 25 Februari 2011, beliau dinaikkan pangkat ke Gred Utama C sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) sehingga kini.

Perkhidmatan cemerlang beliau kepada jabatan dan negara telah mendapat pengiktirafan dengan dianugerahkan Pingat Ketua Pengarah Penjara (P.K.P.P) pada tahun 1998, Pingat Perkhidmatan Setia (P.P.S) pada tahun 2004, Pingat Cemerlang Penjara (P.C.P) pada tahun 2005, Pingat Pekerti Penjara (P.P.P) pada tahun 2007, Ahli Mahkota Kedah (A.M.K) dan Pingat Bintang Kenyalang (P.B.K) pada tahun 2008, Pingat Bakti Setia (P.B.S) iaitu pingat tertinggi Jabatan yang dianugerahkan oleh Y.B. Menteri Dalam Negeri dan Pingat Bakti Penjara (P.B.P) pada tahun 2009. Kecemerlangan perkhidmatan beliau terus mendapat pengiktirafan dengan dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) pada tahun 2013 yang membawa gelaran Dato’ dan dianugerahkan Dato’ Setia Diraja Kedah (D.S.D.K) yang turut membawa gelaran Dato’ pada tahun 2014.

 
 
Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.        Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi