Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia
audio cachecetak w3c 1 1 1 biru hijau merah 1
  Bahagian Pembangunan Profesionalisme
 
 
   
Untitled Document


Pengarah
TKPj Ibrisam Bin Abdul Rahman

ibrisam@prison.gov.my


Objektif

1. Menyediakan anggota yang berwibawa dan mempunyai tahap kompetensi serta profesionalisma yang tinggi.
2. Melahirkan kakitangan yang berdisiplin dan berilmu bagi mencapai tahap penghasilan kerja yang berkualiti / bermutu tinggi.
3. Pembentukan nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif.
4. Mewujudkan nilai cipta (value creation) dan nilai tambah (value added) di dalam pengurusan kepenjaraan.
5. Menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya.
6. Melaksanakan aktiviti inspektorat ke atas pelaksanaan dan menilai impak fungsi utama jabatan supaya penambahbaikan berterusan melalui mekanisme latihan dapat dijalankan dengan berkesan.



Fungsi

Aktiviti latihan merupakan satu aspek terpenting dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan kakitangan. Latihan merupakan kaedah utama dalam usaha melahirkan kakitangan yang berilmu, mahir dan berintergriti. Latihan juga merupakan proses yang berterusan dan tidak seharusnya diberi penekanan hanya semasa di peringkat awal perkhidmatan sahaja.



Bidang Tugas:-

Kembali ke Atas

Bidang tugas Unit Inspektorat adalah berpandukan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2004. Bidang tugas Unit Inspektorat, Jabatan Penjara Malaysia adalah seperti berikut:

1. Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi;
2. Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa;
3. Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan;
4. Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan;
5. Memberi nasihat/pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT;
6. Melaporkan kepada Komisioner Jeneral Penjara hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan;
7. Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Unit Inspektorat untuk kelulusan Komisioner Jeneral Penjara;
8. Membentangkan Laporan Inspektorat di Mesyuarat Matinpen dan mesyuarat pengurusan yang berkenaan.







 
 
 

 

Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi

Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.
PENAFIAN : Jabatan Penjara Malaysia TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik pada Internet Explorer (9/10/11), Google Chrome, Mozilla Firefox 3 dan dengan resolusi minima 1366x768.


JABATAN PENJARA MALAYSIA | Kompleks Penjara Malaysia, 43000 Kajang, Selangor. Tel : 03 8732 8000 | Faks : 03 8739 9205 Email : pro@prison dot gov dot my
cert fb tweet youtube rss

Top