Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia
audio cachecetak w3c 1 1 1 biru hijau merah 1
  Panduan Lawatan Bagi Keluarga Penghuni
 
 
   
  Lawatan antara banduan dengan individu-individu yang dibenarkan bagi mewujudkan hubungan yang positif, penyelesaian masalah dan mengurangkan tekanan semasa dalam tahanan.

Tujuan Lawatan

Banduan berpeluang mengetahui perkembangan semasa, rumahtangga dan keluarga serta mewujudkan kesedaran dan keinsafan
Membuat perancangan dan persediaan awal bagi menghadapi masa depan setelah dibebaskan
Mengurangkan perasaan bosan, terasing dan rendah diri
Memudahkan pihak-pihak tertentu seperti polis, peguam dan badan-badan kebajikan untuk mengendalikan sesuatu kes
Menggalakkan banduan supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan penjara


Kaum keluarga banduan digalakkan melawat banduan/penghuni yang sedang menjalani hukuman supaya mereka tidak merasa tersisih dan sebagai galakan kepada mereka untuk mengubah sikap menjadi warga yang berguna setelah dibebaskan kelak.

Definisi

Saudara mara dan rakan-rakannya bermaksud;

termasuklah ibu/bapa/suami/isteri/anak/datuk/nenek/bapa mertua/ibu mertua/adik beradik/adik beradik tiri/adik beradik angkat serta rakan-rakannya yang rapat dan didaftarkan.


Kad Lawatan

Hanya satu kad lawatan yang akan diberikan, melainkan atas permohonan banduan secara bertulis untuk isteri-isterinya atau saudara-mara dan rakan-rakannya yang lain
Jika kad lawatan diluluskan lebih daripada satu kepada isteri-isterinya atau saudara-mara dan rakan-rakannya, maka jadual lawatan akan diaturkan secara berselang seli agar tempoh kekerapan sesuatu lawatan mengikut peraturan yang ditetapkan


Sistem Lawatan Berjadual

Sistem lawatan berjadual diperkenalkan bagi penambahbaikan kepada sistem yang sedia ada. Selaras dengan hasrat kerajaan melalui slogan "Mesra Pelanggan", maka sistem lawatan berjadual diaplikasikan iaitu temujanji berjadual melalui telefon bagi urusan lawatan.


Objektif :

Mempertingkatkan pengurusan Unit Lawatan secara total.
Memendekkan masa menunggu untuk lawatan
Mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kaunter


Syarat-syarat Lawatan :
Pelawat adalah terdiri daripada ibubapa/isteri/anak-anak atau keluarga terdekat sahaja.
Cukup tempoh/tarikh seperti yang tercatat di dalam Kad Lawatan.
Kad Lawatan dan Kad Pengenalan atau Lesen Memandu atau Pasport atau lain-lain pengenalan diri hendaklah dibawa bersama pada hari lawatan.
Berpakaian kemas dan sopan
Sentiasa mematuhi peraturan-peraturan lawatan.


Buat masa kini, sistem ini cuma dilaksanakan di Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang sahaja mulai 13/03/2002. Perlaksanaan sistem adalah seperti berikut :

  1. Penjara Sungai Buloh

    Pelanggan boleh menghubungi kaunter pendaftaran melalui talian 03-60384858 di waktu pejabat pada hari bekerja 8.15 pg - 12.30 tgh dan 2.15 ptg - 4.00 ptg
    Panggilan telefon boleh dibuat tiga hari awal sebelum tarikh lawatan sebenar
    Anda hanya perlu menyatakan nama/nombor/blok penempatan/masa dan tarikh yang hendak dilawati serta perlu juga dinyatakan nama anda.
    Sebarang kemusykilan, sila hubungi Pegawai di Unit Lawatan, Penjara Sungai Buloh seperti talian di atas.
    Penetapan waktu lawatan :
     
    Isnin, Rabu dan Khamis Ahad/Kelepasan Am Sabtu/Jumaat
    8.15 pg 8.15 pg 8.15 pg
    9.00 pg 9.00 pg 9.00 pg
    9.45 pg 9.45 pg 9.45 pg
    10.30 pg 10.30 pg 10.30 pg
    11.15 pg 11.15 pg 11.15 pg
    12.00 tgh 12.00 tgh 12.00 tgh
    12.45 tgh 12.45 tgh    
    1.30 ptg 1.30 ptg    
    2.15 ptg        
    3.00 ptg        
    3.45 ptg        


  2. Penjara Kajang

    Temujanji melalui telefon boleh dibuat pada hari bekerja : 8.15 pg - 2.15 ptg
    Talian telefon : 03-87364620 (smb. 215)
    Sebaiknya temujanji lawatan hendaklah dibuat 1-3 hari lebih awal dari tarikh lawatan
    Pelawat dikehendaki hadir 15 minit lebih awal. Lawatan anda dikategorikan sebagai lawatan biasa sekiranya hadir lewat
    Perjumpaan temujanji tertakluk kepada keadaan semasa
    Pembatalan lawatan hendaklah dimaklumkan kepada Unit Pendafaran Lawatan
    Penetapan waktu lawatan :
     


    Isnin – Khamis : 8.30 am – 2.30 pm


    Sabtu : 8.30 am – 11.30 am


    Ahad : 8.30 am – 3.30 pm


    Jumaat dan Cuti Umum : Tutup



  3. Jenis-Jenis Lawatan

    1. Lawatan Permulaan/Penerimaan

      Mana-mana banduan yang baru masuk penjara boleh dibenarkan untuk dilawati oleh keluarga terdekat sekali dalam tempoh 4 minggu selepas diterima masuk
      Selepas tempoh itu, lawatan dikategorikan sebagai perjumpaan peringkat
      Tiada lawatan penerimaan bagi banduan-banduan yang dipindahkan

    2. Lawatan Peringkat

      Lawatan peringkat hanya layak diberikan kepada banduan selepas 4 minggu ia diterima masuk
      Peringkat Band uan
      Perjumpaan
      Peringkat Satu (Kolar Putih - Hukuman singkat kebawah dari 6 bulan 4 minggu sekali
      Peringkat Dua (Kolar Merah - Hukuman lama 6 bulan dan ke atas) 4 minggu sekali
      Peringkat Tiga (Kolar Hijau - Hukuman lama) 3 minggu sekali
      Peringkat Empat (Kolar Biru - Hukuman lama) 2 minggu sekali
      Peringkat Khas (Sut Biru - Hukuman lama) seminggu sekali
      Banduan Akhir seminggu sekali
      Banduan Dagang seminggu sekali

      Jadual Lawatan:

      Setiap hari termasuk hari kelepasan am kecuali hari Isnin/kelepasan am pada hari Isnin.
      Hari
      Masa
      Selasa hingga Jumaat 8.30 pagi - 2.30 petang
      Sabtu 8.30 pagi - 11.30 petang
      Ahad/Kelepasan Am 8.30 pagi - 2.00 petang
      Perayaan 8.30 pagi - 4.00 petang

      Keluarga banduan hendaklah membawa 'Kad Melawat Banduan' dan hadir pada tarikh yang tercatat di kad.
      Masa lawatan ialah 45 minit dan dibenarkan untuk lima (5) orang sahaja. Jika ahli keluarga ramai, giliran perjumpaan hendaklah dibuat dalam masa 45 minit tersebut. Kanak-kanak dibawah umur 10 tahun tidak termasuk dalam bilangan pelawat
      Makanan, minuman dan barang-barang keperluan banduan hanya boleh dibeli dari kantin penjara.
      Akur pada arahan Pegawai Yang Bertugas di Tempat Jumpa. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada pegawai yang akan melaporkan kepada Pegarah Institusi.

    3. Lawatan Perayaan

      Kebenaran diberikan kepada banduan yang menyambut hari perayaan keagamaan berdasarkan kepada perakuan anutan agama yang tercatat di dalam rekod banduan.
      Tarikh lawatan hari perayaan dan peraturan-peraturan mengenainya akan ditetapkan melalui pekeliling yang akan dikeluarkan dari masa ke semasa oleh pihak Ibu Pejabat Penjara Malaysia
      Makanan 'istimewa hari perayaan' adalah dibenarkan diberi kepada banduan seperti yang ditetapkan melalui pekeliling IPPM yang akan dikeluarkan, tetapi makanan lain dan keperluan harian hanya boleh dibeli dari kantin penjara.

    4. Lawatan dan Ziarah Keluarga Terdekat Semasa Sakit Tenat atau Mati

      Lawatan banduan dengan kelulusan Ketua Pengarah Penjara seperti kematian ahli keluarga terdekat atau sakit tenat
      Tafsiran 'keluarga terdekat' ialah ibu, bapa, isteri, suami, anak dan lain-lain orang yang dinamakan sebagai penjaga/waris di dalam rekod peribadi banduan
      Hanya boleh diluluskan jika ada permohonan daripada keluarga terdekat dan persetujuan banduan berkenaan
      Pengarah setelah berpuas hati tentang kesahihan kematian/sakit tenat tersebut, keperluan kawalan dan keselamatan di tempat yang akan di lawati/ziarahi akan memanjangkan permohonan ke IPPM untuk kelulusan Ketua Pengarah Penjara
      Mana-mana banduan yang telah dibenarkan melawat keluarga semasa sakit tenat adalah tidak dibenarkan melawat keluarga semasa kematian

    5. Lawatan Terakhir Bagi Banduan Hukuman Mati

      Bagi banduan yang akan menjalani hukuman gantung berjumpa secara bersemuka dengan keluarga bagi kali terakhir
      Perjumpaan terakhir hanya dibenarkan sehari sebelum perlaksanaan hukuman gantung
      Semasa perjumpaan, sebarang wasiat atau dokumen atau perjanjian hanya boleh dibuat atau ditandatangani oleh banduan akhir berkenaan atas persetujuan/kerelaan banduan akhir itu sendiri tanpa paksaan oleh mana-mana pihak dengan kehadiran Pegawai Penjara

    6. Perjumpaan Oleh Penasihat Undang-Undang

      Penasihat Undang-Undang hendaklah mengemukakan surat rasmi untuk membuat temujanji
      Perjumpaan hendaklah mendapat persetujuan dan pengesahan dari banduan terlebih dahulu sebelum ia di lawati oleh Penasihat Undang-Undang
      Semasa perjumpaan Penasihat Undang-Undang, saudara mara dan rakan-rakan tidak dibenarkan berjumpa bersekali melainkan dengan kebenaran bertulis Pegawai Yang Menjaga
      Banduan yang sedang berada di wad hospital luar boleh dilawati oleh Penasihat Undang-Undangnya jika ia dapat memberikan alasan yang munasabah berkaitan kes ataupun rayuannya, dengan kebenaran Pegawai Yang Menjaga
      Penyampaian dokumen mahkamah yang berwibawa termasuk writ atau proses perundangan yang lain hendaklah tertakluk kepada Peraturan 103 Peraturan-Peraturan Penjara 2000

    7. Lawatan di Pusat Pemulihan Akhlak (Mengikut peringkat penghuni)

      Peringkat I Lapan minggu sekali
      Peringkat II Enam minggu sekali
      Peringkat III Empat minggu sekali
      Peringkat IV Dua minggu sekali

    8. Lawatan di Tempat Tahanan Perlindungan
      Orang tahanan > Seminggu sekali

    9. Lawatan di Sekolah Henry Gurney
      Penghuni > Dua minggu sekali

 
 

 

Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi

Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.
PENAFIAN : Jabatan Penjara Malaysia TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik pada Internet Explorer (9/10/11), Google Chrome, Mozilla Firefox 3 dan dengan resolusi minima 1366x768.


JABATAN PENJARA MALAYSIA | Kompleks Penjara Malaysia, 43000 Kajang, Selangor. Tel : 03 8732 8000 | Faks : 03 8739 9205 Email : pro@prison dot gov dot my
cert fb tweet youtube rss

Top