Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia
audio cache cetak   w3c 1 1 1 1 hijau 1 1
  Bahagian Banduan/Tahanan Radikal Dan Berisiko Tinggi
 
 
   
Untitled Document


Pengarah
KP Supri Bin Hashim

supri@prison.gov.my


OBJEKTIF UMUM BAHAGIAN BANDUAN/TAHANAN RADIKAL DAN BERISIKO TINGGI

 

Memastikan banduan atau tahanan yang dikategorikan sebagai radikal, liputan meluas dan berisiko tinggi ditahan mengikut prosedur yang ditetapkan, mengikuti program pemulihan yang telah ditetapkan dan menjalani proses penahanan yang selamat sepanjang tempoh pemenjaraan.

OBJEKTIF KHUSUS BAHAGIAN BANDUAN/TAHANAN RADIKAL DAN BERISIKO TINGGI

- Memastikan proses penahanan banduan / tahanan radikal dilakukan secara sah mengikut perundangan dan prosedur sedia ada.

- Memastikan penyediaan dokumentasi dan profil banduan / tahanan radikal disediakan berdasar kepada perundangan dan SOP sedia ada.

- Mengatur, melaksana dan memantau pelaksanaan program pemulihan secara bersepadu dengan penglibatan pihak berkepentingan yang lain.

- Menjalin kerjasama dengan rakan strategik di dalam dan luar negara dalam usaha menambahbaik aspek pengurusan dan pemulihan banduan atau tahanan radikal.

 

DUA SEKSYEN DI BAWAH BAHAGIAN BANDUAN/TAHANAN RADIKAL DAN BERISIKO TINGGI

 

SEKSYEN PEMULIHAN BANDUAN / TAHANAN RADIKAL


- Merancang dasar, menyelaras dan membuat penilaian program dan aktiviti pemulihan banduan/tahanan radikal dan Banduan Liputan Meluas (BLM) yang dilaksanakan di institusi.

- Melaksana kajian keberkesanan program pemulihan banduan/tahanan radikal dalam tempoh yang ditetapkan.

- Merancang dan menyelaras keperluan sumber manusia, anggaran belanja mengurus bagi kelengkapan peralatan dan keperluan perbelanjaan program pemulihan banduan/tahanan radikal di institusi.

- Menyelia dan mengemaskini laporan kemajuan program pemulihan dan kemahiran banduan/tahanan radikal setiap minggu bersama pihak institusi.

- Membangun, menyelia dan mengemaskini profil banduan / tahanan radikal dan Banduan Liputan Meluas (BLM) terlibat secara berkala.

- Merancang, memantau dan menilai pelaksanaan program pemulihan banduan / tahanan radikal dan Banduan Liputan Meluas (BLM) yang dijalankan oleh pihak yang diluluskan.

- Mengatur, mengurus dan memantau pelaksanaan aktiviti-aktiviti pemulihan dan reintegrasi yang melibatkan kerjasama dengan keluarga serta pihak luar bagi banduan/tahanan radikal.

- Menyemak semula dan menambahbaik modul serta aspek sokongan pemulihan (infra) sesuai dengan keperluan dan kehendak semasa program bagi banduan/tahanan radikal.

- Menetapkan dan menyelaraskan penempatan dan keperluan kategori banduan tahanan/radikal dan Banduan Liputan Meluas (BLM).

- Menjalin kerjasama dengan rakan strategik di dalam negara dan luar negara berhubung perkembangan isu keganasan serta kaedah menangani.

 

SEKSYEN DOKUMENTASI DAN PENILAIAN

 

- Memantau pelaksanaan penahanan mengikut peraturan dan pematuhan pada Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan serta dikemaskini mengikut keperluan.

- Menerima dan menyemak laporan representasi tahanan untuk dikemukakan ke Lembaga Penasihat Prevention of Crime Act (POCA) / Prevention of Terrorist (POTA).

- Memastikan maklumat semasa direkod (termasuk tindakan disiplin) dan dikemaskini oleh institusi penjara, Pusat Pemulihan Khas (PPK) dan Tempat Tahanan Khas (TTK).

- Menyelia dan memantau statisitik penerimaan dan pembebasan tahanan setiap hari untuk dikemukakan kepada pihak pengurusan tertinggi Jabatan, KDN atau agensi penguatkuasa yang lain.

- Menyelia dan memantau Modul Radikal dalam Sistem Maklumat Pengurusan Pesalah (SMPP)

- Menyelia dan memantau perintah pengemukaan tahanan yang keluar dari PPK / TTK ke tempat-tempat yang diluluskan.

- Menyelia dan menyemak perintah penahanan tahanan POCA / POTA mengikut tempoh yang ditetapkan.

- Memantau hasil penilaian ujian psikologi serta mencadang pengesyoran program pemulihan yang sesuai.

- Mengatur urusan mesyuarat antara pengurusan tertinggi jabatan bersama bahagian dan institusi yang terlibat berhubung perkembangan semasa isu radikalisasi dalam jabatan.

- Menjalinkan kerjasama dengan rakan strategik bagi menilai kesesuaian pelaksanaan aspek sokongan pemulihan radikal melalui kaedah rawatan perubatan (medication) dan pemakanan (nutrition).

 
 

 

Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi

Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.
PENAFIAN : Jabatan Penjara Malaysia TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.Paparan terbaik pada Internet Explorer (9/10/11), Google Chrome, Mozilla Firefox 3 dan dengan resolusi minima 1366x768.


JABATAN PENJARA MALAYSIA | Kompleks Penjara Malaysia, 43000 Kajang, Selangor. Tel : 03 8732 8000 | Faks : 03 8739 9205 Email : pro@prison dot gov dot my
certfb tweet youtube rss

Top