cache cetak  w3c biru hijau merah uk Bahasa/Language
 
  • Direktori JPM
  • Profil Pengarah
  • Profil Jabatan
    • Carta & Organisasi
    • Carta Organisasi KDN
    • Ikrar Jabatan
  • PERSIAP
  • Sistem Tempahan Produk
  • Peta Lokasi
Dari 01 Mei 2010,
Bilangan Capaian :

View Statistic


fb tweet prihatin youtube qr rss


videogaleri
Tarikh Kemaskini : 11 November 2014


  Pautan Dalaman

GALERI PRODUK PENJARA PULAPEN MPM AKADEMI SUKPEN


  Pencapaian
capai
  Sejarah Penjara
 
 
   
Klik sini untuk Sejarah Jabatan secara E-BOOK

Pendahuluan

 

Penjara adalah berbeza dari institusi atau organisasi yang ada dalam masyarakat moden. Perbezaan bukan sekadar dari penampilan fizikal, malahan ianya merupakan satu tempat di mana satu kumpulan pekerja yang terlatih berkhidmat untuk mengurus dan menjaga satu kumpulan manusia yang bergelar "banduan/tahanan/juvana". Kumpulan kedua ini tidak datang secara rela, malah mereka dipaksa masuk dan dihalang dari meninggalkan kawasan penjara oleh pengawal, tembok dan pagar. Dalam erti kata lain, pihak pengurusan Jabatan Penjara tidak boleh memilih pelanggan dan tidak mempunyai kuasa untuk membebaskan mereka. Banduan/ tahanan/penghuni harus hidup mengikut peraturan yang ditetapkan dan pergerakan mereka adalah amat terkawal. Dalam konsep kepenjaraan masa kini, penjara merupakan tempat di mana banduan akan ditahan, dikawal dan menjalani pelbaga aktiviti pemulihan sehinggalah tarikh mereka dibebaskan. Masyarakat harus menyedari bahawa falsafah kepenjaraan itu merupakan satu ukuran ketamadunan bagi kehidupan sesebuah masyarakat sesebuah negara. Jabatan Penjara Malaysia adalah institusi terakhir dalam perlaksanaan "Criminal Justice System", dan bertanggungjawab kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Jabatan Penjara Malaysia berkhidmat kepada masyarakat dengan menahan mereka yang dihukum oleh mahkamah.

 

Tugas Jabatan Penjara ialah mengawal mereka dengan penuh perasaan perikemanusiaan dan membantu mereka menjalani kehidupan yang berfaedah serta mematuhi undang-undang semasa dalam tahanan dan selepas dibebaskan.

 


 

Sejarah Penubuhan

 

Sewaktu pemerintahan British dan sehingga kedatangan Jepun, tempat-tempat hukuman dijalankan adalah di bawah tanggungjawab pemerintahan negeri dengan peraturan-peraturan masing-masing. Bagi Negeri-negeri Selat, seorang Penguasa yang ditempatkan di Singapura bertindak sebagai penyelia dengan membuat pemeriksaan ke negeri-negeri di bawah jajahannya. Negeri-negeri Selat merupakan negeri-negeri yang awal sekali membangunkan penjara-penjaranya manakala Negeri-Negeri Melayu hanya membangunkan penjara-penjara setelah British menubuhkan pentadbiran yang bertanggungjawab. Penjara Taiping atau lebih dikenali sebagai "Taiping Gaol", yang merupakan penjara terbesar di Tanah Melayu pada ketika itu telah dibangunkan pada tahun 1879. Pentadbiran penjara ditubuhkan dengan tujuan utama untuk menimbulkan kesengsaraan dalam hidup banduan dengan harapan kesengsaraan ini dapat menghindarkan orang-orang melakukan jenayah. Dalam tahun 1881, wadar Sikh dibawa masuk untuk membantu wadar Melayu dan pengajar pertukangan dari Hong Kong digunakan dalam usaha memperkenalkan perusahaan dalam penjara. Antara perusahaan awal adalah seperti pecah batu dan pertukangan kayu. Pada tahun 1882, satu percubaan pengkategorian banduan dilakukan dan pada tahun 1889 wadar berbangsa Eropah telah dilantik di sesetengah penjara. Dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Penjara Taiping dijadikan pusat penahanan banduan hukuman lama bagi negeri Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor. Pada tahun 1923, Sistem Hakim Pelawat telah diperkenalkan. Perusahaan penjara telah diperkembangkan dan meliputi kerja-kerja percetakan, menenun kain, jahitan, perusahaan rotan dan besi. Pada tahun 1924, pekerjaan pecah batu dihapuskan dan diganti dengan kerja pukul sabut kelapa.
Semasa pemerintahan Jepun (1941-1945), penjara telah digunakan sebagai penjara awam dan juga tawanan perang oleh Tentera Jepun. Dalam tempoh peperangan inilah, semua rekod mengenai penjara dan banduan dimusnahkan.

 

Selepas Perang Dunia Kedua, Ibu Pejabat Penjara ditubuhkan dan mentadbir semua penjara-penjara di Tanah Melayu. Era selepas perang menyaksikan keadaan kembali tenang dan kaedah pentadbiran moden diperkenalkan. Keadaan darurat pada tahun 1948 menyebabkan bilangan tahanan meningkat dan berlaku kesesakan dalam penjara. Ini menyebabkan pembangunan penjara terbantut dan hanya ketika akhir tahun 1949, keadaan kembali tenang dan tumpuan kepada pembangunan sistem penjara dapat dijalankan sepenuhnya.

 

Pada tahun 1952, Undang-Undang Penjara telah digubal dan diikuti penggubalan Peraturan Penjara Persekutuan pada 1953 yang berdasarkan konsep layanan moden diperkenalkan bagi menggantikan undang-undang penjara lama. Dalam tahun itu juga, Rang Undang-Undang Keadilan Jenayah (Criminal Justice Bill) telah diluluskan dan undang-undang ini telah memansuhkan penyeksaan dengan cemeti (cat of nine tails) dan penggunaan istilah "penjara" bagi perkataan-perkataan "penal servitude". Tahun 1957, merupakan tahun kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu dan Pesuruh Jaya Penjara yang pertama telah dilantik untuk mengendalikan pentadbiran semua penjara di Persekutuan Tanah Melayu. Dengan pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Jabatan Penjara Malaysia merangkumi pengurusan penjara bagi Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak. Pada 2 November 1995 telah dikuatkuasakan Akta Penjara 1995 bagi menggantikan Akta Penjara lama. Pada 1 September 2000 pula telah dikuatkuasakan Peraturan-Peraturan Penjara 2000 bagi menggantikan peraturan-peraturan terdahulu. Akta dan peraturan yang terdahulu telah lama digunakan dan wajar dibuat perubahan dan pembaharuan berdasarkan kepada keperluan dan perubahan semasa bagi memperkemaskan jentera pengurusan dan pentadbiran institusi penjara. Dalam era pembangunan dan permodenan, Jabatan Penjara Malaysia menyedari hakikat bahawa kita tidak seharusnya alpa dengan pencapaian yang lepas dan seharusnya bergerak maju ke hadapan serta berinovasi bagi membantu melicinkan pentadbiran penjara dalam menangani budaya-budaya moden dalam kriminologi, penalogi dan kawalan sosial secara keseluruhannya.

 


 

Senarai Bekas-Bekas Ketua Pengarah Penjara

 

Nama
Tempoh
Capt. E.S. Lilley
01.04.1946 - 11.09.1949
11.09.1949 - 01.10.1956
01.10.1956 - 02.10.1957
03.10.1957 - 24.07.1977
25.07.1977 - 30.04.1988
01.05.1988 - 07.11.1989
01.03.1990 - 07.02.1994
09.02.1994 - 31.12.1997
01.01.1998 - 16.10.2001
 
 
mygov spr ksn bpa mobile dapat epsa msc hrmis ep tour pemudah integriti bisa  
Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.        Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi