Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia
audio cachecetak w3c 1 1 1 biru hijau merah 1
  Bahagian Teknologi Maklumat
 
 
   
Untitled Document


Pengarah

Gan Kim Sai

gks@prison.gov.my



Objektif

Bertanggungjawab dalam penggunaan teknologi maklumat yang sesuai supaya fungsi dan tugas harian di Jabatan Penjara Malaysia dapat dijalankan dengan cekap, berkesan dan menepati keperluan semasa bagi menjamin perkhidmatan yang profesional, berkualiti serta mencapai tahap produktiviti yang disasarkan.



Fungsi

Untuk mencapai objektif ini Bahagian Teknologi Maklumat memainkan peranan yang penting sebagai penggerak utama berhubung teknologi maklumat di Jabatan Penjara Malaysia dengan fungsi-fungsi berikut:

Merancang dan mengesyorkan dasar, strategi, piawaian dan pelan rancangan teknologi maklumat bagi Jabatan.

Membekal dan menguatkuasakan metodologi dan piawaian dalam pembangunan sistem-sistem aplikasi Jabatan.

Merancang dan menguatkuasakan dasar keselamatan ICT selaras dengan keselamatan ICT Kerajaan.

Menguruskan penyenggaraan peralatan komputer supaya berada dalam keadaan beroperasi secara optima.

Mengurus dan memberi bimbingan serta khidmat nasihat dalam pelaksanaan projek teknologi maklumat.

Mengurus dan melaksanakan proses perolehan peralatan komputer untuk projek pengkomputeran.

Mengesyorkan keperluan latihan dalam perkara-perkara yang berhubung dengan pengoperasian komputer bagi semua staf Jabatan.

Bertindak sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Pengurusan Dan Pelaksanaan Projek Pengkomputeran Jabatan Penjara Malaysia



Bahagian Sistem Maklumat terdiri dari:-


1. Seksyen Keselamatan ICT dan Multimedia

• Merancang pengurusan pengendalian insiden keselamatan Jabatan Penjara.
• Mengurus pengendalian insiden keselamatan Jabatan Penjara;
• Menyelaras, memantau pelaksanaan dan menyedia khidmat nasihat kepada Institusi Jabatan Penjara;
• Mengurus data insiden keselamatan ICT, Jabatan Penjara;
• Merancang pembangunan system pengurusan keselamatan berasaskan elektronik untuk Jabatan Penjara.
• Menyelaras dan memantau pelaksanaan Portal
• Menyediakan Perkhidmatan dalam talian dan borang muat turun untuk memudahkan capaian melalui Portal
• Mengurus kandungan laman web
• Memastikan semua hyperlink berfungsi


2 . Seksyen Sistem dan Aplikasi Teras


Sistem Maklumat Pengurusan Pesalah (SMPP)

• Memantau, menyelaras dan menambahbaik aplikasi mengikut keperluan pemilik sistem
• Menyediakan bantuan dan khidmat nasihat teknikal kepada pengguna sistem
• Menyediakan latihan kepada pengguna sistem secara berkala
• Menjalankan kajian dan analisis sistem bagi tujuan penambahbaikkan
• Menjalankan penyelenggaraan sistem
• Membuat proses housekeeping ID Pengguna SMPP
• Memantau kerja-kerja penyelenggaraan SMPP Biometrik oleh syarikat yang ditauliahkan



Sistem Sokongan Jabatan Penjara Malaysia:


Sistem Peringatan Penghantaran Laporan
Sistem Time Based Kenaikan Pangkat KUP
Sistem Keselamatan dan Inteligen
SiMBA, SiMPP, SiMBHIV
Sistem Persiap
Sistem Pengurusan Pelawat Pesalah
Sistem e-Naziran
Sistem Log Latihan Pegawai
Sistem Kenderaan
Sistem Maklumat Perkongsian Data
Sistem Sukarelawan
Sistem Pertukaran
Sistem ePingat
Sistem eSitrep


• Menjalankan kajian dan analisis sistem untuk sesuatu projek pengkomputeran serta menentukan keperluan pengguna sistem.
• Menguruskan pembangunan sistem baru termasuk mereka bentuk sistem, menyediakan spesifikasi sistem, carta alir prosidur, struktur pangkalan data, penyediaan spesifikasi program, mewujudkan data ujian serta menjalankan ujian ke atas sistem yang akan dilaksanakan.
• Menyediakan dokumentasi sistem, manual prosidur kerja, panduan pengguna dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
• Menjalankan penyenggaraan sistem termasuk memberi bantuan teknikal dan latihan kepada pengguna sistem.
• Menyelaras dan membuat pemantau perkembangan perlaksanaan sistem yang dibangunkan secara usahasama dengan kontrak luar.
• Menjalankan kerja-kerja Pengoperasian dan Pelaksanaan MS ISO/IEC 27001:2007 (ISMS) di Jabatan Penjara Malaysia



3 . Seksyen Pentadbiran dan Pergerakan Komputer


• Mengurus, mengendali dan memantau perolehan dan keperluan/penyelenggaraan perkakasan dan perisian ICT di Jabatan Penjara Malaysia
• Mengurus dan memantau proses penyelenggaraan perkakasan dan perisian ICT di Jabatan Penjara Malaysia.
• Mengurus, mengendali dan memantau aset dan harta modal alih kerajaan bagi perkakasan dan perisian ICT di Jabatan Penjara Malaysia.
• Memberi khidmat nasihat, sokongan dan bantuan teknikal dalam bidang ICT kepada pegawai dan kakitangan (bukan IT) di Jabatan Penjara Malaysia
• Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pegawai Atasan dari masa ke semasa


4 . Seksyen Operasi dan Rangkaian Komunikasi


Rangkai Komunikasi Setempat (LAN)

• Memantau kerja-kerja penyelenggaraan dan baikpulih kemudahan Rangkaian Komunikasi Setempat (LAN) di Jabatan Penjara Malaysia
• Menjalankan kajian dan analisis kemudahan LAN bagi tujuan penambahbaikkan
• Menyediakan bantuan dan khidmat teknikal bagi kerja-kerja membaikpulih LAN
• Memastikan rangkaian LAN di semua institusi penjara beroperasi dengan baik.
• Memantau kerja-kerja pembangunan dan penyelenggaraan talian 1Gov*Net.


Pusat Data

• Memantau kerja-kerja penyelenggaraan dan baikpulih kemudahan perkakasan, perisian dan pangkalan data bagi pusat data Jabatan Penjara Malaysia
• Memantau, mengurus dan mengemaskini perkakasan server jabatan
• Mentadbir pangkalan data jabatan dan melakukan housekeeping bagi server yang ditempatkan di Jabatan Penjara Malaysia
• Melaksanakan penambahbaikkan dan peningkatan pangkalan data mengikut versi terkini.
• Menjalankan proses backup mengikut jadual seperti ketetapan ISMS
• Menjalankan kajian dan analisis untuk sesuatu projek pengkomputeran


Pusat Pemulihan Bencana (DRC)

• Memantau kerja-kerja penyelenggaraan dan membaikpulih kemudahan perkakasan dan perisian ICT bagi Pusat Pemulihan Bencana (DRC) di Jabatan Penjara Malaysia


Lain-Lain

• Menyediakan dokumentasi sistem, manual prosidur kerja, panduan pengguna dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
• Menjalankan kerja-kerja Pengoperasian dan Pelaksanaan MS ISO/IEC 27001:2007 (ISMS) di Jabatan Penjara Malaysia

5. Seksyen Dasar ICT dan Aplikasi Khas

 

Sistem Maklumat Pengurusan Parol (SMP Parol) dan Sistem E-Dosir:

• Memantau, menyelaras dan menambahbaik aplikasi menerusi kontrak penyelenggaraan berdasarkan pematuhan kontrak SJP/2011 (Tambahan Pertama), Pekeliling Parol, Akta Penjara dan peraturan-peraturan lain yang ditetapkan oleh Bahagian Parol dan Pekhidmatan Komuniti (BPPK), Jabatan Penjara Malaysia.
• Menambahbaik sistem sedia ada berdasarkan Project Change Request (PCR) yang dikemukakan oleh BPPK.
• Memberikan bantuan dan khidmat nasihat teknikal kepada pengguna sistem berdasarkan keperluan BPPK.
• Memantau dan menambahbaik dokumentasi sistem sedia ada terutama SRS, SDD dan ERD agar terkini.
• Menyediakan dan memberikan latihan kepada pengguna sistem berdasarkan keperluan BPPK.

Dasar Keselamatan ICT:
• Menyelaras, menambahbaik dan mengemaskini DKICT semasa Jabatan Penjara Malaysia.

• Memantau segala peraturan yang ditetapkan DKICT dipatuhi oleh warga Jabatan Penjara Malaysia.



Program / Inisiatif

• Membangun system pengurusan keselamatan elektronik di Penjara Kajang, Penjara Wanita Kajang, Penjara Sungai Buluh, dan Penjara Taiping
• Membangunkan system sidang video di Penjara Kajang, Penjara Taiping, Penjara Pulau Pinang, Penjara Simpang Rengam, Penjara Pokok Sena, Penjara Penor, Penjara Puncak Borneo, Penjara Kotakinabalu dan SHG Telok Mas




Dasar Teknologi Maklumat dan Komudnikasi (ICT) dan Dasar Keselamatan ICT Jabatan Penjara Malaysia

Sila klik untuk pindah turun. Semua fail dalam format pdf

Dasar Keselamatan ICT


 
 
 
Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi

Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.
PENAFIAN : Jabatan Penjara Malaysia TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik pada Internet Explorer (9/10/11), Google Chrome, Mozilla Firefox 3 dan dengan resolusi minima 1366x768.


JABATAN PENJARA MALAYSIA | Kompleks Penjara Malaysia, 43000 Kajang, Selangor. Tel : 03 8732 8000 | Faks : 03 8739 9205 Email : pro@prison dot gov dot my
cert

Top