Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia
audio cachecetak w3c 1 1 1 biru hijau merah 1
  Sistem Televisit
 
 
   

Sistem Tele-Visit, adalah sebagai alternatif, untuk banduan berjumpa ahli keluarga yang ditahan di institusi yang jauh dari kediaman. Lawatan ini menggunakan kaedah sidang video yang dijangka akan mengurangkan perbelanjaan dan menjimatkan masa untuk melawat ahli keluarga. Keluarga hanya perlu datang ke penjara berdekatan yang menyediakan kemudahan ini bagi bertemu dengan banduan secara tele-visit.
Lawatan sistem tele-visit ini di adakan bertujuan memudahkan serta menggalakkan lawatan oleh ahli keluarga dan secara tidak langsung ianya akan meningkatkan hubungan kekeluargaan serta mengurangkan tekanan penghuni semasa menjalani hukuman. Tiada apa-apa bayaran atau caj dikenakan kepada pihak keluarga mahupun banduan.


Sistem tele-visit di sediakan di:

1.Penjara Kajang - No Tel : 03-87364620

2.Penjara Simpang Renggam - No Tel : 07-7550990

3.Penjara Taiping - No Tel : 05-8072177

4.Penjara Pulau Pinang - No Tel : 04-2289562

5.Penjara Pokok Sena - No Tel : 04-7825555

6.Penjara Penor - No Tel : 09-5121044

7.Penjara Pusat Kota Kinabalu - No Tel : 088-456474

8.Penjara Puncak Borneo - No Tel : 082-614066

9.Sekolah Henry Gurney Telok Mas - No Tel : 06-2619264

Tatacara Menggunakan Televisit

Keluarga perlu mendaftar sebagai pengguna televisit di institusi penjara yang mana penghuni ditempatkan. Setelah pendaftaran dibuat, keluarga akan diberikan kad lawatan dan menjadi pengguna yang sah serta boleh mengguna kemudahan tele-visit di mana-mana penjara yang menyediakan kemudahan ini. Pihak keluarga perlu membuat tempahan lawatan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tarikh lawatan.

Contoh

Penghuni A ditahan di Penjara Kajang Selangor dan keluarga berada di Pulau Pinang. Keluarga perlu mendaftar sebagai pengguna tele-visit di Penjara Kajang dan boleh membuat tempahan lawatan secara tele-visit di Penjara Pulau Pinang atau di penjara lain yang menyediakan kemudahan ini.

Peraturan Semasa Lawatan

* Masa lawatan adalah selama 45 minit.
* Pelawat hendaklah berpakaian kemas.
* Pelawat dibenarkan memberi makanan dan beberapa keperluan asas yang dibenarkan kepada penghuni melalui pembelian di kantin penghuni.
* Pelawat dilarang memberi wang, sebarang bentuk tembakau, dadah dan lain-lain yang telah ditetapkan oleh pihak penjara.
 
 

 

Notis Penafian, Dasar Keselamatan & Privasi

Hak Cipta Terpelihara. © 2012 Jabatan Penjara Malaysia.
PENAFIAN : Jabatan Penjara Malaysia TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik pada Internet Explorer (9/10/11), Google Chrome, Mozilla Firefox 3 dan dengan resolusi minima 1366x768.


JABATAN PENJARA MALAYSIA | Kompleks Penjara Malaysia, 43000 Kajang, Selangor. Tel : 03 8732 8000 | Faks : 03 8739 9205 Email : pro@prison dot gov dot my
cert fb tweet youtube rss

Top