November
 
 
   
Program Mesej Dari Penjara Bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) Dan Pameran Infokraf Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Negeri Sarawak
Jumaat, 30 November 2012 12:11 | Admin - Share on Facebook

06 November 2012 Program Mesej Dari Penjara Bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) Dan Pameran Infokraf Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Negeri Sarawak telah berlangsung bertempat di Bintang Megamall Miri Sarawak. Program yang bertemakan "Transformasi Kendiri" telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita dan Keluarga Sarawak. Majlis ini juga telah dihadiri oleh KPj Tuan Jamaluddin Bin Saad, Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan PKK Abdul Kadir bin Rais Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Program Mesej Dari Penjara ini juga telah dihadiri oleh ketua-ketua jabatan kerajaan di bawah KDN, pelajar-pelajar sekolah, ketua-ketua masyarakat, pesara-pesara Jabatan Penjara Malaysia, Hakim Pelawat Penjara Miri dan masyarakat setempat.


Program di mulakan pada jam 10.30 pagi dengan persembahan SENTAP Kadet Koreksional Penjara dari Sekolah Menengah Riam Miri Sarawak yang terdiri daripada 20 orang pelajar. Seterusnya persembahan sajak dan lagu keinsafan yang telah dipersembahkan oleh empat orang penghuni Penjara Miri. Dalam program ini juga diselitkan dengan forum perdana yang bertajuk Transformasi Kendiri dimana moderator bagi forum tersebut ialah Dato Hj Abang Talhata bin Hj Abang Hazemi merupakan mantan Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Manakala tiga ahli panel ialah PKK Tuan Suria bin Idris Pengarah Penjara Negeri Sabah, Ustaz Muamar Gadaffi bin Abdul Hadi dari Baitulmal Miri dan Encik Leong Boon Huat merupakan bekas banduan yang telah berjaya dalam hidup setelah dibebaskan dari penjara. Selain daripada itu pameran dan Infokraf seluruh institusi Penjara Sarawak berserta pameran dari Jabatan Kesihatan, PDRM dan AADK juga turut diadakan.