Logo, Motto dan Bendera

Print

Klik sini untuk pindah turun imej

Logo

baru

Bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan, manakala, bintang bersama- sama anak bulan menandakan agama Islam - Agama Rasmi Malaysia.
Kunci Bersilang melambangkan kuasa dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Jabatan untuk mengendalikan tugas-tugas.
Bunga Padi melambangkan perpaduan dan kerjasama yang erat di semua peringkat kakitangan yang berbilang bangsa.
Latar belakang warna hijau melambangkan warna rasmi Jabatan Penjara dan taat setia kepada Ketua

 

Motto

 

IKHLAS DAN BERBAKTI
Kami di Jabatan Penjara Malaysia menjalankan tugas menegakkan sistem keadilan jenayah negara dan memikul amanah rakyat memulihkan pesalah-pesalah dengan penuh tanggungjawab, berbakti kepada bangsa dan negara.
WARNA HIJAU
Warna korporat jabatan yang melambangkan matlamat jabatan untuk melahirkan kembali warga yang telah runtuh akhlak kepada seorang insan yang produktif dan kembali ke pangkuan masyarakat sebagai rakyat yang berguna seterusnya menunaikan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat.
LAKARAN BENTUK HATI DAN TANGAN
Melambangkan komitmen masyarakat dalam menerima kembali bekas-bekas banduan ke dalam institusi masyarakat tanpa sebarang prasangka yang menjejaskan program pemulihan jabatan.
WARNA LATAR BELAKANG PERAK.
Melambangkan ketelusan sistem pengurusan jabatan yang melibatkan komitmen dan kerjasama antara masyarakat, keluarga pesalah dan jabatan menentukan kejayaan program pemulihan.

 

Bendera

 

bendera baru

 

NAMA BENDERA

Waja Bakti :-
Waja Sentiasa bersemangat waja semasa menjalankan sebarang tugas yang diamanahkan. Bakti Khidmat bakti dicurah tanpa mengira masa dan tempat.

GARIS LOGO BERWARNA HITAM

Kecekalan hati dan semangat waja dikalangan anggota dalam usaha meninggikan imej jabatan dan negara.
WARNA MERAH

Pengurusan yang cekap dan berkesan serta melaksanakan penambahbaikan yang berterusan.
WARNA KUNING

Kesetiaan kepada raja dan pemerintah.
WARNA BIRU

Mengutamakan pelanggan dan mesra dengan pelbagai pihak serta masyarakat.
WARNA HIJAU

Kehidupan yang harmoni di kalangan penghuni dan anggota semasa dalam tempoh penahanan.
WARNA PUTIH

Usaha pemulihan yang bersepadu ke atas penghuni supaya mereka menjadi warga yang produktif.

Klik sini untuk pindah turun imej
 

Waktu Solat

Bagi Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya:-*klik sini untuk lain²
Subuh 06.05 AM
Zuhur 13.26 PM
Asar 16.49 PM
Maghrib 19.23 PM
Isya' 20.37 PM
-:Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan:-

Web Dalaman

Banner
Banner
Banner
Banner

Tinjauan Pendapat

Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan Kaunter Jabatan Penjara Malaysia:-