Majlis Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia 2008

Print

Majlis Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia 2008 akan dilangsungkan pada 18 Oktober 2008 bertempat di Penjara Marang. Majlis perasmian akan diserikan lagi dengan kehadiran  Y.B. Dato' Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri.

Tema “Pemulihan Ke Arah Masyarakat Harmoni" dipilih  sebagai tema majlis sambutan Hari Jabatan Penjara 2008. Tema ini jelas memberi pengertian tentang impian dan bagaimana untuk mencapainya.  Kerjasama semua pihak, penting bagi mengembeling tenaga, bermula dari akar umbi bermula dengan pencegahan dan seterusnya memulihakan individu yang tersasar objektif hidupnya.  Keharmonian  yang dicapai, pastinya memberikan kehidupan yang lebih   bermakna kepada semua pihak.

Di dalam majlis ini juga, pihak jabatan akan memperkenalkan bendera baru JPM - Waja Bakti bagi menggantikan bendera lama seiring dengan penambahbaikan yang dilaksanakan. 

Adalah diharapkan sambutan Hari Jabatan Penjara 2008 ini bukan sahaja dapat meningkatkan lagi semangat serta komitmen setiap anggota penjara tetapi juga berupaya membuka satu lembaran baru ke arah mempereratkan lagi pertalian dan kerjasama yang lebih jitu dan bersepadu di antara Jabatan Penjara Malaysia dengan semua pihak di dalam masyarakat.

 

Waktu Solat

Bagi Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya:-*klik sini untuk lain²
Subuh 06.05 AM
Zuhur 13.26 PM
Asar 16.49 PM
Maghrib 19.23 PM
Isya' 20.37 PM
-:Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan:-

Web Dalaman

Banner
Banner
Banner
Banner

Tinjauan Pendapat

Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan Kaunter Jabatan Penjara Malaysia:-