Majlis sambutan tersebut membuka lembaran baru sejarah jabatan kerana buat pertama kalinya dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri iaitu YB. Dato’ Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Y.Bhg. Datin Seri Sharifah Aziah binti Syed Zainal Abidin, isteri Menteri Dalam Negeri, YB. Senator Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Timbalan Menteri Dalam Negeri beserta Y.Bhg. Datin, Y.Bhg. Tan Sri Abdul Aziz bin Mohd. Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri beserta Y.Bhg. Puan Sri, Y.Bhg. KJP Datuk Mustafa bin Osman beserta Y.Bhg. Datin, Ketua-ketua Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri, Setiausaha-Setiausaha Bahagian Kementerian serta pegawai-pegawai kanan jabatan.
Bersempena dengan sambutan tersebut, majlis pemakaian pangkat kepada pegawai-pegawai kanan, penganugerahan pingat jabatan, penyampaian anugerah kualiti jabatan dan sijil-sijil penghargaan dijalankan. Jabatan juga turut memberi penghargaan kepada penghuni yang telah berjaya dalam pekerjaan masing-masing selepas dibebaskan daripada penjara. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua.
Klik sini untuk senarai penuh...
![]() | | |
| Y. B. Dato’ Seri Syed Hamid Albar Sedang Melakukan Pemeriksaan Barisan | Y. Bhg. Dato' Wan Ahmad Farid Bin Wan Salleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Menerima Tabik Hormat Diiringi Oleh Y. Bhg. KJP Datuk Mustafa Bin Osman Dan Y. Bhg. Dato’ Hj. Zulkifli Bin Omar. | |
![]() | ![]() | |
| Y. B. Dato’ Seri Syed Hamid Albar Diiringi Oleh Y. Bhg. Dato’ Wan Farid Serta KPj Wan Mohamad Nazarie Dan PKP Noor Aziz Melawat Ke Dalam Penjara. | Upacara Menaikkan Bendera Baru Jabatan Penjara Malaysia |
|
![]() |




















