| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Persatuan Sahabat Penjara Malaysia

Borang Permohonan Ahli Persatuan SAHABAT --> Klik Sini Penubuhan 1. Nama : SAHABAT Penjara Malaysia (Friends Of Prison Malaysia)(SAHABAT) 2. Alamat Berdaftar : Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Bukit Wira, 43000 Kajang, SELANGOR. 3. No. Pendaftaran : 5795/95 (Selangor) 4. Tarikh Didaftarkan : 17 Oktober 1995 Objektif Menggalakkan dan memajukan kebajikan banduan, penghuni dan keluarga mereka ketika tempoh penahanan dan selepas dibebaskan Berusaha mendapatkan sumbangan, tajaan, derma bagi membiayai program kebajikan dan latihan kemahiran bagi banduan dan penghuni serta bekas banduan dan penghuni Menggalakkan penglibatan masyarakat luar dalam memberi ceramah sebagai kaedah pemulihan penghuni Menimbulkan rasa keprihatinan dan pandangan positif masyarakat umum terhadap bekas banduan sebagai sebahagian dari masyarakat dan membimbing mereka menjadi warganegara yang berguna. Menggalakkan aktiviti-aktiviti lain bagi kepentingan banduan dan penghuni keseluruhannya Menjalankan aktiviti ekonomi atau perniagaan, atau bekerjasama dengan pihak lain dimana keuntungan yang diperolehi dari kegiatan di atas tidak boleh dibahagikan kepada ahli-ahli, sebaliknya digunakan untuk memajukan tujuan SAHABAT sahaja. Keahlian dan Permohonan Menjadi Ahli Terbuka kepada :- 1. Individu warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. 2. Wakil-wakil pertubuhan sukarela dan badan-badan bukan kerajaan yang berdaftar. Pertubuhan atau badan-badan sukarela boleh menghantar wakil tidak lebih dari tiga (3) orang wakil. 3. Institusi atau badan korporat, agensi kerajaan atau separa kerajaan yang mana keahlian di wakili oleh tiga (3) orang ahli. Setiap permohonan keahlian SAHABAT hendaklah dikemukakan kepada: Setiausaha Kelab Sahabat Penjara Malaysia Di alamat : Pengarah Bahagian Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Bukit Wira, 43000 Kajang, Selangor. dengan mengisi borang permohonan menjadi ahli yang boleh diperolehi dari Setiausaha Agung SAHABAT. Setiausaha Agung setelah menerima permohonan ini akan mengemukakan kepada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa pengurusan mengikut budibicaranya boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan tanpa memberi sebarang sebab. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya diluluskan hendaklah dalam tempoh 15 hari menjelaskan yuran pendaftaran terlebih dahulu sebelum disahkan hak keahliannya. Bayaran Pendaftaran Yuran dan Kutipan Lain Yuran pendaftaran perseorangan : RM 1.00 Yuran pendaftaran pertubuhan sukarela,badan korporat : RM 10.00 Yuran pendaftaran hendaklah dijelaskan dalam tempoh 15 hari selepas permohonan keahliannya diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan. Tiada bayaran lain dikenakan. Ahli yang membiarkan pendaftarannya tertunggak melebihi tiga bulan akan dengan sendirinya terlucut keahliannya. Kutipan khas daripada ahli bagi tujuan tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan Mesyuarat Agung ahli-ahli. Jawatankuasa Pengurusan 1. Presiden : Y. Bhg. Tan Sri Dato' Azman Hashim 2. Timbalan Presiden : Y. Bhg. Datuk Mustafa B. Osman 3. Naib Presiden I : Y. Bhg. Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar 4. Naib Presiden II : Y. Bhg. Dato' Zaman Khan 5. Setiausaha : Y.Bhg. Dato' Hj Abdul Aziz bin Abdul Razak 6. Penolong Setiausaha : Timbalan Pengarah Pemulihan 7. Bendahari : Dr. Gularindan a/l Chelladurai @ Indran 8. Ahli : Y. Bhg. Dato' Hj Hassan bin Sakimon : Tn Hj. Mohd Noh bin Tan Sri Murad : Tn Hj. Ahmad Rashid bi n Hj. Ahmad : Datuk Hj. Jamil bin Hj. Salleh : Tn Hj. Ahmad Shukur bin Abdul Manas : En. Jamil Razif bin Kasim : En. Che Wan Azhar bin Che Muda : En. Idris bin Ismail 9. AJK Mengikut Zon Kedah : Y.Bhg Dato' Mohd Sakeri bin Dollah Pulau Pinang : En. Ibrisam bin Abdul Rahman Perak : Narander Singh a/l Chand Singh Selangor : Y.Bhg Dato' Alzafry Mohamed Alnasiff bin Mohamed Adahan Wilayah Persekutuan : Tn Hj. Darussalam bin Hj. Budin Melaka : En. Jamil Razif bin Kasim Negeri Sembilan : En. Ku Nawawi bin Ku Abdul Hamid Johor : Y.Bhg Dato' Wan Abd. Rahman bin Abdullah Terengganu : En. Nordin bin Mohamad Kelantan : Tn Hj. Abdul Basir bin Mohamad Pahang : En. Roslan bin Hj. Mohamad Sabah : En. Mohd Sabri bin Yaacob Sarawak : En. Mohd. Zawawi bin Abdul Rahman 10. Juru Audit : Tn Hj. Darussalam bin Hj. Budin : En. Ibrisam bin Abdul Rahman 11. Pengamanah : Y. Bhg. Dato' Ibrahim b. Hj. Mohammad : Y. Bhg. Dato' Omar bin Mohd. Dan 12. Pengerusi Biro Biro Agama Islam : Tn. Hj. Ahmad Rashid bin Ahmad Lain-Lain Agama : Pn. Kausalya Devi a/l Satoo Kebudayaan : Datuk Hj. Jamil bin Hj. Salleh Tabung Kelab : Tn Hj. Ahmad Shukur bin Abdul Manas Sukan & Rekreasi : Tn. Hj. Md. Noh bin Tan Sri Murad Pelajaran, Latihan & Kebajikan : Y. Bhg. Dato' Hj. Hassan bin Sakimon Pengembangan Aktiviti : En. Jamil Razif bin Kasim Penggalakkan Keahlian : En. Idris bin Ismail Bantuan kepada banduan yang akan dibebaskan : En. Che Wan Azhar bin Che Muda